Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : , memperdayakan, mendaya, mendayakan menjalankan tipu daya (muslihat), menipu: apabila sudah begitu, mudahlah mereka mendayakan kami spt yg sudah diperdayakannya beberapa orang pelayan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : melakukan tipu helah (muslihat); menipu: Dlm cerita kanak-kanak, sang kancil selalu ~ binatang-binatang hutan yg lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Memperdaya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Saya ingin bertanya, apakah perkataan ini wujud dan apakah ertinya. 'memberdaya'Tidak ada  perkataan "memberdaya" (mem + berdaya) dalam dalam data kami, yang ada ialah "berdaya"  dan  "memperdaya". Berdaya bermaksud 1. mempunyai tenaga, bertenaga, berupaya  2. mempunyai kemampuan (keupayaan 3. mempunyai muslihat (fikiran, ikhtiar); . Memperdaya pula bermaksud melakukan tipu helah (muslihat); menipu.Ejaan12.02.2019
Hal ini bermakna, yg betulnya ialah memerdaya, menadbir, dan sebagainya. JIka salah, mengapa pula demikian?Kata daya apabila mendapat imbuhan menjadi berdaya, memperdaya, mendayai Tidak ada bentuk memerdaya. Tadbir apabila menerima imbuhan meN menjadi mentadbir. Huruf t dalam kata tadbir tidak gugur apabila mendapat imbuhan meN.Tatabahasa05.10.2007
Bagaimanakah kita membezakan penggunaan 'mengabui' dan 'mengaburi'? (kabur)Mengabui ialah 1. membubuh abu (pd sesuatu); 2. = ~ mata ki menyebabkan (seseorang) terpedaya hingga tidak mengetahui atau menyedari keadaan atau tujuan yg sebenar, mengelirukan, menyesatkan pandangan, memperdaya: beliau mengingatkan pen­duduk-penduduk di situ supaya mengawasi tindak-tanduk golongan yg cuba ~ mata orang ramai. Mengaburi pula ialah menjadikan kabur: tanda tanya terus ~ fikiran Burad. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna16.08.2010
Saya ingin kepastian adakah laman web ini http://www.smartebook.net/cgi/member/index.php ada kaitan dengan DBP kerana ada logo DBP dan Karyanet di sana ? Terima kasih. Maklumat ini adalah untuk kepastian syarikat yg menganjur web tersebut tidak memperdaya kami untuk menyertai mereka dengan mengunakan nama DBP.DBP tidak pernah menjalinkan kerjasama dengan laman web http://www.smartebook.net. Kerjasama ini adalah antara syarikat IGD(rakan kongsi DBP yang membangunkan portal Karyanet) dengan pihak ketiga. Penggunaan logo DBP itu bukan dengan persetujuan DBP.Lain-lain01.08.2007
Adakah imbuhan mempeR- mempunyai objek tepat dan objek sipi seperti imbuhan apitan meN-..-kan seperti contoh dalam ayat "majikan itu memperalat pekerja syarikatnya". Adakah pekerja objek merupakan tepat dan syarikatnya merupakan objek sipi?Awalan imbuhan memper-, apabila digabungkan dengan segelintir kata dasar daripada golongan kata nama, membentuk kata kerja yang membawa makna menjadikan sebagai maksud perbuatan dalam kata dasar dan sering membawa maksud kiasan. 
Contohnya: alat      -  memperalat
                  daya    -  memperdaya
                  kacang -  memperkacang

Objek tepat dan objek sipi pula merupakan dua objek yang terdapat dalam satu ayat .  Binaan ayat ialah seperti yang berikut :
             subjek + kata kerja + objek 1 + objek 2
Contoh ayat:
             Hasnah      membelikan       Asri          sebuah buku
             (subjek)     (kata kerja)     (objek 1)      (objek 2)

Objek 1 ialah objek yang mengikuti secara langsung kata kerja dan disebut objek tepat, sementara objek 2 yang mengikuti objek tepat disebut objek sipi.  Dalam ayat contoh, Asri ialah objek tepat manakala sebuah buku ialah objek sipi.
Satu ukuran untuk menentukan yang mana satukah antara kedua-dua objek itu objek tepat atau objek sipi ialah proses pasif.  Dalam bahasa Melayu, hanya objek tepat yang boleh mengalami proses pasif, iaitu proses yang mengedepankan objek asal menjadi subjek terbitan ayat pasif, atau unsur yang diterangkan.  Bentuk pasif bagi ayat contoh ialah:
                Asri dibelikan sebuah buku oleh Hasnah
Untuk mengetahui sama ada ayat contoh yang mengandungi imbuhan memper- yang saudara berikan itu, mempunyai objek tepat dan objek sipi atau tidak, kita boleh cuba dengan mengubah ayat tersebut menjadi ayat pasif dengan menjadikan objek tepatnya sebagai subjek:
                 Ayat contoh: Majikan itu memperalat pekerja syarikatnya.
                 Apabila dipasifkan: Pekerja diperalatkan syarikatnya oleh majikan itu.

Apabila dipasifkan, maksud ayat tidak sama dengan ayat asal dan susunan ayat juga tidak gramatis.  Jadi,  ini membawa maksud bahawa imbuhan memper_ tidak mengandungi objek tepat dan objek sipi.
Tatabahasa19.02.2014
Mengapakah perkataan memperolehi ditukar kepada memperoleh tetapi mempunyai tidak ditukar kepada mempunya?

Awalan memper- juga awalan pembentuk kata kerja yang wujud hanya dalam satu bentuk, iaitu memper-. Dalam bahasa Melayu bentuk ini biasa juga dirujuk sebagai hanya awalan per-. Namun demikian, dalam ayat aktif, per- tidak boleh wujud tanpa awalan men- kecuali dalam ayat perintah. Bentuk ini berubah menjadi diper- dalam ayat pasif seperti memperoleh.

Awalan memper- dapat bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata tugas. Contohnya; alat - memperalat, daya - memperdaya (kata nama). Kata adjektif; luas - memperluas, tinggi- mempertinggi.

Oleh- memperoleh. Kata tugas yang terdiri daripada kata sendi nama.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 177-178.

Tatabahasa24.02.2010
Assalam 1. Adakah -nya dan -lah tersenarai sebagai kata imbuhan akhiran? 2. Mengapakah perkataan memperolehi tidak betul sedangkaan perkataan membaiki betul ? Terima kasih.1. Fungsi 'nya' ialah sebagai kata pembenda dan penekan selain bertindak sebagai kata ganti nama diri ketiga. Kata penegas atau partikel memberi penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat, iaitu -kah, -tah dan -lah.

2. Awalan memper- juga awalan pembentuk kata kerja yang wujud hanya dalam satu bentuk, iaitu memper-. Dalam bahasa Melayu bentuk ini biasa juga dirujuk sebagai hanya awalan per-. Namun demikian, dalam ayat aktif, per- tidak boleh wujud tanpa awalan men- kecuali dalam ayat perintah. Bentuk ini berubah menjadi diper- dalam ayat pasif seperti memperoleh.

Awalan memper- dapat bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata tugas. Contohnya; alat - memperalat, daya - memperdaya (kata nama). Kata adjektif; luas - memperluas, tinggi- mempertinggi.

Oleh- memperoleh. Kata tugas yang terdiri daripada kata sendi nama.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 177-178.



Tatabahasa07.01.2014

Kembali ke atas