Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : , memperdayakan, mendaya, mendayakan menjalankan tipu daya (muslihat), menipu: apabila sudah begitu, mudahlah mereka mendayakan kami spt yg sudah diperdayakannya beberapa orang pelayan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : melakukan tipu helah (muslihat); menipu: Dlm cerita kanak-kanak, sang kancil selalu ~ binatang-binatang hutan yg lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Memperdaya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
international scamspenipuan antarabangsaKriminologiKeadilan JenayahTindakan memperdaya secara sengaja yang dilakukan secara rentas sempadan di peringkat antarabangsa untuk mendapatkan keuntungan secara salah atau menafikan hak mangsa. Contohnya, penipuan Macau.
internet fraudpenipuan internetKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan memperdaya mangsa dengan menggunakan internet bagi tujuan untuk mendapatkan keuntungan secara salah atau menafikan hak mangsa.
spoofperdayaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPenyamaran identiti aset sistem komputer seperti data, pengguna atau peranti untuk memperdaya pihak yang disasarkan tentang kesahihan aset berkenaan, sumber dan sebagainya.
ironyironiKesusasteraanTiadaKeadaan (wacana) yang melindugi makna untuk menyampaikan maksud yang berlainan. Kadang-kadang maksud yang disampaikan berlawanan dengan apa yang diujarkan. Walau bagimanapun, ironi tidak bertujuan memperdaya, malahan untuk mendapat kesan retorika dan artistik. Ironi menonjolkan ketidaksuaian antara harapan dengan kenyataan, dan antara suasana yang dikemukakan dengan kenyataan yang mendasarinya. Ironi berhubungan dengan sarkasme dan sinisme, iaitu gaya ujaran yang penuh dengan kecurigaan, keraguan, atau sikap meremehkan kejujuran dan moral. Antara jenis ironi adalah seperti yang berikut: Pertama, ironi lisan ialah kenyataan yang mengandungi makna tersirat yang berbeza daripada apa yang dinyatakan oleh pengujar. Contohnya, ayat pertama dalam karya Pride and Prejudice oleh Jane Austen: �It is truth universally acknowledge that a single man in possession of a good fortune must be in want of a wife�. Berdasarkan petikan ayat di atas, ironinya seseorang wanita memerlukan suami yang kaya. Kedua, ironi struktural ialah kenyataan yang menonjolkan ciri-ciri struktural yang berfungsi untuk mengekalkan kependuaan makna. Alat yang biasa untuk jenis ironi ini ialah penciptaan wira yang terlalu lurus atau pengujar yang naif. Kenaifan wira menyebabkan pemahaman tentang persekitaran amat terbatas dan keliru berbanding dengan tanggapan pengarang dan khalayak tentang keadaan yang sebenar. Oleh itu, ironi struktural bergantung pada pengetahuan ironi pengarang yang dikongsi bersama khalayak. Ketiga, ironi dramatik ialah situasi apabila audiens mengetahui lebih banyak tentang situasi sesuatu watak daripada apa yang disedari oleh watak tersebut. Dalam drama tragedi, ironi ini dikenali sebagai ironi tragik. Ironi terdapat dalam semua genre sastera. Lihat juga ironi dramatik, ironi romatik, tragedi.

Kembali ke atas