Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. mendirikan (persatuan dll), membentuk (jawatankuasa, badan, dll): beliau berazam hendak ~ sebuah Bank Rakyat pd tahun hadapan; 2. mewujudkan, mengada­kan, menjelmakan, menyatukan (dgn): bagi keperluan mereka yg tidak mampu membeli buku saya mengesyorkan kerajaan ~ per­pustakaan di kampung-kampung dan di pekan-pekan kecil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 men­­­­­­­dirikan se­­suatu per­satuan dll; mem­bentuk (jawatankuasa dll): Mereka telah ~ pasukan penentang Jepun secara sulit. 2 mengadakan; membina: Kerajaan telah ~ balai raya di kampung-kampung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tubuh (kata nama)
Bersinonim dengan badan, jasad, jasmani, jisim, diri, rangka, bentuk, sarira;,
Kata Terbitan : bersetubuh, menyetubuhi, persetubuhan, bertubuh, menubuhkan, tertubuh, pertubuhan, penubuhan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
union organizerpengelola kesatuanPentadbiranTiadaPihak yang menolong pekerja menubuhkan kesatuan tempatan.
Lloyd's associationpersatuan LloydPentadbiran PerniagaanTiadaBeberapa individu yang menubuhkan satu kumpulan dengan tujuan untuk menanggung risiko. Mereka ini beroperasi seperti Lloyd's of London walaupun tidak ada kaitan dengan persatuan itu. Setiap ahli bertanggungjawab ke atas risiko yang ditanggung.
incorporation expensesbelanja penubuhanPentadbiran PerniagaanTiadaPerbelanjaan yang dikenakan untuk menubuhkan sesebuah syarikat.
international societymasyarakat antarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaKonsep yang menyatakan negara berupaya menubuhkan satu masyarakat dalam kalangan mereka sendiri berasaskan persetujuan bersama dalam mengadakan peraturan dan institusi yang bertanggungjawab dalam pengurusan hubungan mereka. Peraturan dan institusi yang berkaitan pula dikekalkan kerana mereka mempunyai kepentingan bersama. Konsep ini berbeza dengan konsep masyarakat dunia yang berasaskan perkongsian identiti dalam kalangan individu dan masyarakat antarabangsa berasaskan negara sebagai unit utamanya. Contohnya, masyarakat antarabangsa yang wujud sehingga hari ini ialah Kesatuan Eropah. Kesatuan ini terdiri daripada beberapa buah negara Eropah yang telah bekerjasama dalam banyak hal, termasuk dalam bidang keselamatan dan ketenteraan. Kerjasama antara negara anggota ini mampu dikekalkan disebabkan kepentingan bersama.
agency feeyuran agensiPelanconganTiadaWang yang perlu dibayar kepada pihak berwajib untuk menubuhkan sesebuah agensi.
data administratorpentadbir dataKomputerTiada1. Seorang atau sekumpulan orang yang mempunyai kuasa untuk menubuhkan dan menyelenggarakan pangkalan data yang besar di dalam sesuatu organisasi.,2. Kumpulan butiran data di dalam rekod.
Charter of the United NationsPiagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTriti yang menubuhkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1945 selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Draf asal piagam disediakan oleh empat negara kuasa besar dunia, iaitu Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, Great Britain dan China dalam Persidangan Dumbarton Oaks dan Yalta. Negara-negara lain kemudiannya dipelawa untuk menyertai perundingan dalam Persidangan San Francisco dan piagam tersebut dimeterai oleh semua negara anggota. Piagam tersebut memperuntukkan prinsip dan fungsi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sebagai satu triti, piagam tersebut memperuntukkan larangan terhadap penggunaan kekerasan seperti peperangan kecuali langkah keselamatan bersama dan pertahanan diri.
administrative authoritykuasa pentadbiranUndang-undangTiadaKuasa sesuatu agensi atau ketuanya untuk melaksanakan terma undang-undang yang menubuhkan agensi itu dan juga untuk membuat peraturan bagi melaksanakan urusan agensi itu.
Agreement Establishing the World Trade OrganisationPerjanjian Penubuhan Pertubuhan Perdagangan DuniaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerjanjian yang menubuhkan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), yang menggariskan ruang lingkup, fungsi, struktur, proses membuat keputusan dan peraturan keahlian pertubuhan antarabangsa tersebut. Perjanjian ini mengakhiri Rundingan Pusingan Urugay dan dimuktamadkan di Marrakesh pada tahun 1994. Selain menamatkan ciri ad hoc Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT), perjanjian ini juga mempertingkatkan liberalisasi perdagangan dunia daripada perdagangan barangan kepada perkhidmatan dan harta intelek.
joint ventureusaha samaPengurusanPerancanganSalah satu bentuk perikatan strategik yang melibatkan dua atau lebih organisasi dalam menubuhkan satu entiti korporat bagi tujuan perkongsian sumber dan keupayaan untuk menjana kelebihan dalam persaingan. Setiap organisasi yang terbabit perlu bersetuju atas peratusan pemilikan hak perniagaan yang akan menentukan kadar pembahagian untung rugi operasi.
1234

Kembali ke atas