Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Mesir

Puisi
 

Terang bulan tanpa cahaya,
     Raja Mesir bertenun kain;
Tuan kupandang tanpa cahaya,
     Kalau tiada cinta yang lain.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. mana satu yang betul? 'universiti mansurah, mesir' atau 'universiti mansoura, mesir' terima kasih

Oleh sebab penamaan ini adalah nama khas dan tidak didaftarkan di negara Malaysia, tidak ada satu sumber yang jelas untuk mengenal pasti ejaan yang betul. Sila hubungi pihak Kedutaan Mesir untuk mendapatkan maklumat tentang ejaan tersebut.

Ejaan24.10.2011
1. Dimana boleh saya dapat bahan rujukan dalam bahasa melayu mengenai (senarai nama Qari Mesir yang terkenal dan sumbangan beliau terhadap Al Quran). 2. Senarai nama Qari Mesir yang terkenal dan sumbangan beliau terhadap Al Quranuntuk mendapatkan bahan rujukan mengenai senarai nama Qari Mesir yang terkenal dan sumbangan mereka terhadap Al- Quran, tuan boleh berhubung terus dengan pihak JAKIM atau Darul Quran kerana pihak kami tidak Ada menyimpan bahan atau data tersebut.
Sekian, terima kasih.
Lain-lain03.03.2008
Apakah terjemahan yang diiktiraf oleh DBP untuk "Arab Spring", yang merujuk kepada kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir dan negara-negara Arab yang lain?Apakah terjemahan yang diiktiraf oleh DBP untuk "Arab Spring", yang merujuk kepada kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir dan negara-negara Arab yang lain?
Konsep "Arab Spring" yang berlaku di beberapa negara Arab seperti Mesir dan Tunisia membawa maksud penukaran kerajaan secara tidak sah melalui gerakan revolusi dan keganasan. Gerakan revolusi membawa maksud perubahan sesebuah kerajaan, sistem politik, atau sistem sosial yang dilakukan secara radikal dan kekerasan, seperti rusuhan dan pemberontakan bersenjata.
Istilah05.07.2013
Apakah ganti nama bagi raja yang zalim. Contoh ayat: Para pengawal membawa Sarah kepada Raja Mesir. Apabila beliau mendekati Sarah, tiba-tiba tangan dan kakinya lumpuh. **Raja Mesir dalam cerita ini digambarkan sebagai seorang raja yang zalim dan suka merampas isteri orang**Kata ganti nama yang tepat ialah baginda. Baginda merupakan kata ganti nama ketiga yang digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. Untuk keterangan lanjut atau contoh sila rujuk Tatabahasa Dewan.Tatabahasa12.04.2013
Manakah yang lebih tepat? Al-Azhar, al-Azhar, Al Azhar atau al azhar? Perkataan ini akan digunakan pada persatuan kami di Mesir iaitu PERUBATAN Cawangan Al-Azhar. PERUBATAN merupakan singkatan kepada Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia Mesir yang mempunyai 7 Cawangan mengikut universiti antaranya Universiti Al-Azhar. Kami masih keliru tentang cara penulisan Al-Azhar itu sendiri. Sebagai contoh, Pelajar Al-Azhar/ Bumi Al-Azhar/, hakikatnya adakah penggunaan Al-Azhar itu menepati tatabahasa yang sebenarnya, mohon pencerahan, terima kasihPerkataan Arab "al-" diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tanda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya, seperti al-Quran, al-Attas, al-Kitab dan al-Wali. Oleh itu, ejaan yang betul ialah al-Azhar.Tatabahasa11.04.2013
Selamat sejahtera, Saya ingin bertanya, entri "firaun" membawa saya kepada makna "raja Mesir (pd zaman purbakala)". Namun, mengapakah ia tidak dieja dengan huruf besar memandangkan ia merupakan kata nama khas? Sekian, terima kasih.Perkataan firaun  dieja dengan huruf kecil kerana ia merupakan gelaran atau jawatan bagi kerajaan Mesir.Ejaan07.12.2020
Mohon semakan terjemahan. There are accounts of an alien attacking ancient Egypt. Terdapat pemerian sejarah makhluk asing menyerang pada zaman Mesir kuno. Terima kasihCadangan kami, terdapat pengisahan tentang makhluk asing pernah menyerang manusia pada zaman Mesir kuno. Jika bukan manusia, mungkin objek lain yang diserang oleh makhluk asing - sila kaitkan dengan cerita sebelumnya.Penyemakan dan penterjemahan01.11.2017
bolehkah kawan saya yang berada di mesir menghantar karya pertandingan menulis cerpen berunsur islamik melalui emelnya. dan apakah emel yang dbp sediakan untuk perkhidmatan itu. kawan saya mahukan sesegera mungkin emelnya. maaf di atas segala kesulitan.Untuk makluman saudara pertandingan tersebut telah ditup pada 5 September yang lalu. Untuk maklumat lanjut, hubungi urus setia di Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau e-mel kepada roslida@dbp.gov.my atau rohaizah@dbp.gov.my.Lain-lain09.09.2011
Salam.sy nk tnya, dkt dewan pustaka & bahasa boleh translate result pelajar undergraduate uni mesir kepada bahasa malaysia/inggeris?Untuk makluman, DBP tidak membuat perkhidmatan penterjemahan bahasa Inggeris atau sebagainya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia 03-9226 2506.Penyemakan dan penterjemahan14.01.2015
apa makna mumiaMumia bermaksud mayat manusia atau bangkai binatang yang diawet sebelum dikebumikan (seperti yang di­amalkan pada zaman Mesir kuno); memumiakan mengawet mayat supaya tahan lama dan tidak reput degan cara melumur­kan minyak khas dsb. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna25.07.2012
12

Kembali ke atas