Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n Mongolia. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Mongolia


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MONGOLIA

Mongolia ialah sebuah negara yang terletak di

antara China dan Rusia di timur-tengah Asia.

Mongolia ialah sebuah negara berbukit bukau,

tanah tinggi rata dan banjaran gunung yang tinggi

meliputi kebanyakan permukaan negara itu. Gurun

Gobi yang sejuk memenuhi kebanyakan bahagian

tenggara Mongolia. Suhunya biasanya terlalu sejuk

atau terlalu panas dan hujan turun sangat sedikit

semasa ribut musim panas yang jarang berlaku.

UMUM 
SABEL

Sabel ialah haiwan kecil dalam famili wesel. Sabel

hidup dari timur Rusia merentasi Siberia dan

Mongolia hingga ke Hokkaido, di utara Jepun. Ia

berkaitan rapat dengan marten pain Amerika Utara,

yang juga dikenali sebagai sabel Amerika (lihat

Marten ).

UMUM 
SHAMAN

Shaman ialah seseorang yang dianggap

memiliki kuasa tertentu yang didapati daripada

hubungan terus dengan kuasa ghaib, biasanya

dalam mimpi atau bersawai. Istilah ini berasal

daripada perkataan Mongolia, tetapi manusia di

banyak kawasan mempunyai Shaman yang

dipercayai boleh menghalau roh jahat atau

membawa kebaikan terutamanya dengan merawat

penyakit. Shaman ditemui dalam kalangan orang

Eskimo, Maori, Mongolia, Polinesia dan

sebagainya. Orang Asli Amerika turut mempunyai

kepercayaan yang sama (lihat Orang Asli Amerika

[Orang Shaman ]).

    

UMUM 
TARTARY

Tartary, pada masa dahulu ialah nama bagi

sebuah wilayah yang sangat besar di Eropah dan

Asia yang didiami oleh puak Tartar. Wilayah ini

terletak di luar Tembok Besar China merangkumi

bahagian utara China, Mongolia, Xinjiang, dan

bahagian selatan Rusia. Kini, nama Tartary

selalunya digunakan cuma pada kawasan yang

dikenal sebagai Xinjiang atau Turkestan China dan

juga sebahagian besar bahagian barat Mongolia.

UMUM 
ORANG TURKI

Orang Turki ialah orang yang bertutur dalam

bahasa Turkik. Terdapat kira-kira 10 bahasa Turkik.

Bahasa utama ialah bahasa Turki. Hampir separuh

daripada kira-kira 90 juta orang Turki di dunia tinggal

di Turki. Yang lainnya tinggal di kawasan Asia Tengah,

di Azerbaijan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Turkmenistan,

dan Uzbekistan. Terdapat juga komuniti besar orang

Turki di Afghanistan, China, Iran, Mongolia, dan

Rusia. Sesetengah orang Turki juga tinggal di negara

Balkan, di tenggara Eropah.

UMUM 
MOLOTOV, VYACHESLAV MIKHAILOVICH

Molotov, Vyacheslav Mikhailovich (1890–

1986), terkenal semasa menjadi Menteri Luar

Kesatuan Soviet selama dua penggal. Dia diturunkan

pangkat pada tahun 1957 kerana penentangannya

terhadap Nikita S. Khrushchev, Setiausaha Pertama

Parti Komunis Soviet. Dia dipecat daripada

menganggotai Presidium Parti Komunis dan dapat

dianggap seperti dibuang negeri apabila dia dilantik

sebagai duta ke Mongolia Luar. Pada tahun 1960, dia

menjadi wakil Soviet ke Agensi Tenaga Atom

Antarabangsa di Vienna, Austria. Parti Komunis

Soviet mengutuknya pada tahun 1961, dan dia pun

pulang ke Moscow. Pada tahun 1962, dia

disingkirkan daripada parti. Majlis Tertinggi Soviet

mengarahkan namanya ditarik balik daripada

digunakan untuk bandar, bangunan, dan objek lain

di seluruh Soviet. Dia dilantik semula sebagai

anggota parti pada tahun 1984.

UMUM 
MONGOL

Mongol, ahli kelompok Asiatik yang mempunyai hubungan rapat dengan suku bangsa kawasan Dataran Tinggi Mongolia.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
RUBARB

Rubarb adalah satu daripada beberapa sayur-sayuran

saka. Rubarb berasal dari Mongolia, tetapi

ditanam di kawasan sederhana di Eropah dan

Amerika.

UMUMUmum

Kembali ke atas