Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Muhyiddin


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
penggolongan kata bagi ayat ini... “Pupus bahasa, pupuslah bangsa.” Begitulah kebimbangan yang diluahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin, dalam ucapannya semasa merasmikan pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) Peringkat Kebangsaan di Melaka pada 13 Oktober lalu. Kenyataan Muhyiddin tersebut ada kebenarannya. Hal ini demikian kerana jika sesuatu bahasa tidak lagi dipedulikan, lama-kelamaan dikhuatiri bahasa tersebut hanya menjadi bahasa jalanan yang digunakan oleh segelintir penutur. Sebenarnya, BBK yang diraikan setiap tahun bukan sekadar acara tahunan. Sambutannya merupakan kelangsungan perjuangan memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu, serta bahasa perpaduan di negara ini. Hakikatnya, obor perjuangan yang menyemarakkan bahasa Melayu tidak akan menyala sekiranya tiada usaha berterusan dijalankan."Pupus bahasa, pupuslah bangsa" ialah ungkapan umum yang sering diucapkan oleh pemimpin/tokoh bagi mengingatkan kita betapa pentingnya usaha untuk memartabatkan bahasa ibunda dalam konteks ucapan YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin ialah bahasa Melayu, bahasa rasmi negara.Tatabahasa18.04.2012
Salam. Bagaimanakah cara yang sepatutnya untuk menulis nama "Muhyiddin bin Yassin" di dalam tulisan Jawi? Adakah ia "محيي الدين بن ياسين" atau "محي الدين بن يسٓ"? Terima kasih.Kedua-dua bentuk ejaan boleh digunakan. Walau bagaimanapun berdasarkan penggunaan nama-nama tokoh lain Dalam tulisan Arab/Jawi kami mencadangkan ejaan محي الدين بن محمد ياسين digunakan.Ejaan15.06.2020
Di Facebook@ seorang rakan, saya terbaca bahawa Jawatankuasa Memartabatkan Bahasa Melayu yang bermesyuarat di DBP pada 11 Mei 2011 “bersetuju menerima istilah bahasa Melayu supaya dikekalkan”. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri. (1) Adakah hal ini benar? (2) Jikalau benar, adakah keputusan itu bermaksud nama bahasa Melayu dikekalkan seperti dalam Perlembagaan Malaysia dan nama bahasa Malaysia terus digunakan termasuk sebagai nama mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2013 ini? Terima kasih.Tidak ada maklumat tentang Jawatankuasa Memartabatkan Bahasa Melayu yang bermesyuarat di DBP pada 11 Mei 2011 “bersetuju menerima istilah bahasa Melayu supaya dikekalkan” dalam sumber rujukan kami. Melihat kepada peristiwa/kegiatan kebahasaan dalam satu atau dua tahun belakangan ini sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan pada 30 November 2010, iaitu Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan. Antara lain objektif penubuhan jawatankuasa tersebut termasuklah merancang langkah agar martabat bahasa Melayu sentiasa terpelihara dengan memastikan penggunaannya dengan cara yang betul dalam semua bidang. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan mesyuarat diadakan sama ada di Kementerian Pelajaran atau di Parlimen. Keputuasan mesyuarat tidak diuar-uarkan kepada orang ramai. Pada pandangan kami berkemungkinan kenyataan bahawa Jawatankuasa Memartabatkan Bahasa Melayu yang bermesyuarat di DBP pada 11 Mei 2011 “bersetuju menerima istilah bahasa Melayu supaya dikekalkan” diusulkan dan disepakati dalam mesyuarat atau jawatankuasa yang lain.Lain-lain02.01.2013
Tuan, Apabila kita berurusan dengan Menteri Pelajaran sekarang apakah gelaran tepat yang mesti digunakan'YB' atau 'YAB' kerana pada hakikat sebenar beliau juga adalah YAB (TPM)? T.Kasih Hassan Sheikh SeylanYAB Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran. Dalam hal ini kita mengambil gelaran tertinggi beliau, walaupun kadangkala urusan yang dilakukan atas kedudukan beliau sebagai Menteri Pelajaran. Oleh itu, gelaran yang tepat ialah YAB.Lain-lain23.06.2011
Apakah panggilan atau gelaran bagi Menteri Pelajaran (YB atau YAB) untuk tuan penulisan.Jawatan Menteri Pendidikan di Malaysia sekarang dipegang oleh orang yang sama memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Maka panggilan kehormat beliau ialah YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin.Tatabahasa11.12.2014
Bagaimanakah membina ayat 3 kosa kata ini? ‘mengabsahkan,mengabur,mengacak’

Contoh binaan ayat daripada kosa kata  “mengabsahkan”, “mengabur” dan “mengacak” adalah seperti yang berikut: 1). Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri  yang dihadiri oleh    Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pada 1 Mac 2020 di Istana Negara,  mengabsahkan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang Kelapan. 2). Penglihatan Mak Limah kianmengabur akibat penyakit kencing manis. 3). Bekerjalah dengan seikhlas hati, jangan mengacak dan patuhilah peraturan yang telah ditetapkan.


Tatabahasa08.01.2021

Kembali ke atas