Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Myanmar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MELAYU MYANMAR

MELAYU MYANMAR, suku kaum yang tinggal di Kepulauan Mergui, Myanmar.  Suku kaum yang terkenal ialah Orang Laut Selung atau dikenal juga sebagai Selone, Selong, Selung, Silong atau Salon.  Kepulauan Mergui terletak di utara laut Andaman dan pantai Tenasserim di selatan Myanmar.  Golongan Selung diketahui menduduki Kepulauan Mergui sejak tahun 1827. Orang Myanmar memanggil mereka orang ‘Pase’.  ‘Pase’ dalam bahasa Myanmar bererti Melayu.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
MYANMAR

Myanmar lihat Burma.

UMUM 
KESATUAN MYANMAR

Kesatuan Myanmar lihat Burma.

UMUM 
SASTERA MYANMARSastera yang diamalkan oleh masyarakat Myanmar.SASTERAKonsep
AUNG SAN SUU KYI, DAW

Aung San Suu Kyi, Daw (1945– ), pemimpin

politik Myanmar. Dia menerima Hadiah Nobel

Keamanan pada tahun 1991 atas usaha-usaha secara

damai yang dilakukannya untuk meng embalikan

demokrasi di Myanmar. Dari tahun 1989 hingga

1995, dia ditahan di dalam rumah oleh diktator

tentera yang memerintah Myanmar.

UMUM 
MANDALAY

Mandalay (pend. 472 512) ialah bandar kedua

terbesar di Myanmar dan pelabuhan sungai

pedalaman yang utama. Hanya Yangon, ibu negara

Myanmar (dahulunya Rangoon) mempunyai

penduduk yang lebih ramai.

UMUM 
RANGOON

Rangoon (pend. 1 315 964; pend. kaw. met. 2 452 881)

ialah ibu negara dan bandar raya terbesar di

Myanmar (Burma). Rangoon juga pelabuhan utama

dan pusat industri negara. Pada tahun 1989,

kerajaan Myanmar menukarkan nama bandar raya

ini daripada Rangoon kepada Yangon. Rangoon

terletak di selatan Myanmar di kedua-dua tebing

Sungai Rangoon kira-kira 32 kilometer ke utara

Teluk Martaban, sebahagian dari Lautan Hindi.

Untuk lokasinya lihat Burma (peta).

UMUM 
SUNGAI IRRAWADDY

Sungai Irrawaddy yang juga dieja Irawadi ialah

sungai utama di Myanmar. Sungai ini mengalir kira-kira

2000 kilometer ke arah selatan melalui

beberapa pemandangan yang amat menarik di

negara tersebut. Sungai Irrawaddy berpunca dari

kawasan tinggi dan berbatu-batan di bahagian utara

Myanmar. Ia mengalir melalui kawasan yang

berpenduduk padat sehingga ke kawasan sawah

padi yang luas. Di sana, Sungai Irrawaddy memasuki

Teluk Benggala melalui banyak muara yang

membentuk suatu delta tanah ladang yang subur.

UMUM 
YANGONIbu negara Myanmar.GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
U-THANTDiplomat Burma (kini Myanmar), Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 1962-1971.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
123

Kembali ke atas