Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Namibia


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NAMIBIA

Namibia ialah negara di barat daya Afrika.

Sebelum ini, ia dinamakan Afrika Barat Daya.

Namibia meliputi keluasan 823 168 kilometer

persegi.

UMUM 
TELUK WALVIS

Teluk Walvis ialah sebuah daerah di selatan

Afrika, yang ditadbir bertahun-tahun oleh Afrika

Selatan. Ia dikelilingi oleh bahagian selatan

Namibia . Daerah ini terletak di sepanjang Lautan

Atlantik (lihat Namibia [peta]) . Teluk Walvis meliputi

kawasan seluas 1124 kilometer persegi dan

mempunyai penduduk seramai 20 740 orang.

Bandar Teluk Walvis merupakan pelabuhan utama

untuk perdagangan Namibia. Industri bagi daerah

ini termasuk pemprosesan, pengetinan, daging

dan perikanan.

UMUM 
BUSHMEN

Bushmen ialah penduduk asal Afrika yang masih hidup secara nomad. Mereka tinggal di Gurun Kalahari di wilayah Botswana dan Namibia. Puak ini juga dikenali sebagai San dan Basarwa.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangsa/Suku/Kaum
AZURIT

Azurit ialah mineral yang mengandungi kuprum.

Formula kimianya ialah Cu 3 (CO 3 ) 3 (OH) 2 . Ia

dinamakan azurit kerana warnanya biru azure. Ia

biasanya dijumpai bercampur dengan mineral

kuprum hijau yang dikenali sebagai malakit .

Walaupun ia mungkin merupakan bijih kuprum

yang tidak penting di peringkat awal kerja

melombong kuprum, azurit digunakan

terutamanya dalam barang kemas. Pigmen biru

azurit pernah digunakan dalam lukisan. Sumber

utama hablur azurit ialah Tsumeb dan Namibia.

tetapi, hablur azurit yang paling sempurna datang

dari Chessy, Perancis.

Lihat juga Mineral (gambar: Azurit).

UMUM 

Kembali ke atas