Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.tal] | ناتل

Definisi : = hari ~ hari raya orang Kristian kerana memperingati lahirnya Jesus Christ (jatuh pd 25 Disember setiap tahun), hari Krismas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.tal] | ناتل

Definisi : ; hari ~ hari raya utk memperingati lahirnya Jesus Christ (jatuh pd 25 Disember); Krismas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Natal


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KWAZULU-NATAL

KwaZulu-Natal ialah salah satu daripada

sembilan provinsi di Afrika Selatan. Ia wujud

pada 27 April 1994. Provinsi ini terletak di pantai

timur Afrika Selatan, dan berkongsi sempadan

negara dengan Swaziland dan Mozambique di

sebelah utara, dan Lesotho di sebelah barat.

Ia juga berkongsi sempadan provinsi dengan

Mpumalanga, Free State, dan Cape Timur.

Provinsi ini termasuk bekas provinsi Natal dan

tanah air KwaZulu.

UMUM 
NATAL

Natal ialah sebuah provinsi yang terletak di Afrika

Selatan dari tahun 1910 hingga tahun 1994. Ia

terletak di pantai timur Afrika Selatan,

bersempadan dengan Lautan Hindi.

UMUM 
DURBAN

Durban (pend. 215 669; pend. kaw. met. 1 106 971)

ialah pelabuhan utama di timur Afrika Selatan.

Ia ialah bandar raya yang terbesar di Kwazulu-

Natal dan ketiga terbesar di Afrika Selatan (Lihat

Kwazulu-Natal).

UMUM 
RICHARDS BAY

Richards Bay (pend. 23 328) ialah sebuah bandar

pelabuhan di Kwazulu-Natal pantai timur laut

Afrika. Sepanjang tahun 1980-an, jumlah

penduduknya lebih daripada dua kali ganda

berbanding jumlah banci pada tahun 1980. Untuk

lokasi lihat Afrika Selatan (peta politik).

UMUM 
ZULU

Zulu ialah salah satu kaum di Afrika. Terdapat kira-kira tujuh juta orang Zulu di Republik Afrika Selatan, kebanyakannya di jajahan Kwazulu-Natal.

UMUMBandar/Negeri/Negara/Tempat
SUTAN TAKDIR ALISJAHBANAKapsyen          :           Sutan Takdir Alisjahbana

 

SUTAN TAKDIR ALISJAHBANA (1908-1994), penulis dan budayawan Indonesia. Dia lahir di Natal, Tapanuli, Sumatera, Indonesia. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Belanda, Bengkulu. Selepas itu dia melanjutkan pengajiannya di Sekolah Penguruan di Bukittinggi, Lahat, dan Muara Enim. Kemudian dia meneruskan pengajiannya di Sekolah Perguruan Tinggi di Bandung, dan Fakultas Hukum, Universitas Indonesia, Jakarta. Seterusnya dia mempelajari ilmu bahasa umum, kebudayaan Asia Timur dan falsafah.

BAHASATokoh

Kembali ke atas