Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.tal] | ناتل

Definisi : = hari ~ hari raya orang Kristian kerana memperingati lahirnya Jesus Christ (jatuh pd 25 Disember setiap tahun), hari Krismas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.tal] | ناتل

Definisi : ; hari ~ hari raya utk memperingati lahirnya Jesus Christ (jatuh pd 25 Disember); Krismas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Natal


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
natalnatalKependudukanTiadaTiada
natal tooth/birth toothgigi natalPergigianTiadaGigi yang terdapat dalam mulut bayi yang baru lahir. Gigi natal berkemungkinan gigi desidus atau gigi supernumerari. Insiden gigi natal jarang berlaku dan sekiranya ada, biasanya ialah gigi insisor bawah dan kadang-kadang gigi insisor atas. Keadaan ini terjadi disebabkan kedudukan ektopik germa gigi semasa fetus terbentuk. Gigi natal boleh didapati dalam keadaan seperti sindrom Ellis-van Creveld atau mungkin berlaku secara spontan. Gigi natal ini selalunya goyah, dan boleh mengganggu proses penyusuan, menyebabkan inflamasi di sekeliling gingiva dan kecederaan pada bahagian lantai lidah. Sekiranya mengganggu, gigi natal akan dicabut menggunakan anestesia topikal.
natal teethgigi natalPerubatanTiadaGigi yang terdapat sewaktu dilahirkan.
natal cleftrekah natalPerubatanTiadaTiada
natal red-top grass (Rhynchelytrum repens)rumput dawai (Rhynchelytrum repens)VeterinarTiadaTiada
Weihnachtsmusik (G)muzik natalKesenianTiadaMuzik perayaan Hari Natal.
pre-natal counsellingkaunseling pranatalPergigianTiadaPerbincangan antara pengamal pergigian dengan ibu bapa tentang penjagaan kesihatan diri yang boleh mempengaruhi perkembangan dan pembentukan struktur gigi serta tisu oral bayi yang akan dilahirkan. Penjagaan kesihatan diri termasuklah amalan pemakanan yang sempurna, pengambilan ubat-ubatan dan mengelakkan pendedahan daripada agen yang berbahaya seperti sinar-X dan nikotin.
noel (F)noelKesenianTiadaLagu natal.
predeciduous dentitionkegigian pradesidusPerubatanTiadaKegigian yang terdapat semasa kelahiran. Sinonim: kegigian natal.
premature eruptionpengeruptan pramatangPergigianTiadaGigi desidus atau kekal yang erupt lebih awal dari tarikh pengeruptan biasa. Biasanya pengeruptan dikira pramatang sekiranya gigi erupt melebihi enam bulan dari tarikh pengeruptan biasa. Pengeruptan pramatang juga boleh dikaitkan dengan gangguan hormon tumbesaran dan tiroid. Contoh gigi pengeruptan pramatang ialah gigi natal dan gigi neonatal. Sinonim pengeruptan gigi pramatang

Kembali ke atas