Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Niger


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NIGER

Niger ialah sebuah negara besar, yang dilingkungi

daratan di Afrika Barat. Gurun dan gunung yang

gersang meliputi kebanyakan kawasan utara Niger.

Dataran yang diliputi pokok yang jarang-jarang

menganjur di sepanjang sempadan selatan. Negara

ini secara rasminya disebut sebagai Republik Niger,

iaitu sempena nama Sungai Niger, yang mengalir di

barat daya negara ini. Niamey ialah ibu negara Niger

dan bandar yang terbesar.

UMUM 
SUNGAI NIGER

Sungai Niger ialah sungai yang ketiga terpanjang

di Afrika selepas Sungai Nil dan Sungai Congo

(Zaire). Sungai Niger mengalir sejauh kira-kira 4180

kilometer di barat Afrika. Ia membawa lebih banyak

air daripada mana-mana sungai di Afrika yang lain

kecuali Sungai Congo (Zaire). Sungai Niger menyaliri

kawasan seluas kira-kira 1 500 000 kilometer persegi.

UMUM 
NIAMEY

Niamey (pend. 360 000) ialah ibu negara dan

bandar terbesar di Niger. Bandar ini terletak di

Sungai Niger di bahagian barat daya negara itu.

Untuk lokasi, lihat Niger (peta).

UMUM 
SUNGAI ZAMBEZI

Sungai Zambezi ialah sungai yang keempat

terpanjang di Afrika selepas Sungai Nil, Sungai

Congo, dan Sungai Niger. Sungai Zambezi

berpunca di Zambia, berhampiran sempadan Zaire

dengan Angola. Sungai tersebut mengikut aliran

yang berliku-liku sejauh 2736 kilometer,

memisahkan Zambia daripada Zimbabwe dan

merentasi Mozambique dan mengalir masuk ke

Terusan Mozambique [lihat Afrika (peta)]. Sungai

Zambezi mempunyai banyak cabang dan

menyalirkan kawasan lebih daripada 1 300 000

kilometer persegi.

UMUM 
SAHEL

Sahel ialah kawasan padang rumput kering di

Afrika. Sahel terletak di bahagian selatan Sahara,

dan merentangi sebahagian besar negara Senegal,

Mauritania, Mali, Burkina Faso, Niger, Nigeria, Chad

dan Sudan. Sesetengah ahli geografi juga mengambil

kira kawasan kering Ethiopia, Kenya dan Somalia

sebagai sebahagian daripada Sahel. Kemarau yang

teruk telah beberapa kali melanda Sahel. Kawasan itu

menjadi terlalu kering semenjak tahun 1968. Berjutajuta

penduduk di Sahel mati kerana tanaman musnah

disebabkan oleh kemarau.

UMUM 
NOK

Nok ialah tamadun Afrika Barat yang telah

berkembang sejak sekitar 500 S.M. sehingga

sekurang-kurangnya tahun 200 M. Nok berpusat di

lembah tempat bertemunya Sungai Niger dan

Sungai Benue. Hari ini Nok adalah nama sebuah

kampung di Nigeria, kira-kira 160 kilometer di timur

laut Baro.

UMUM 
TASIK CHAD

Tasik Chad ialah tasik yang terletak di bahagian

tengah utara Afrika. Sebahagian besar daripadanya

terletak dalam negara Chad dan yang lainnya

terletak di Nigeria, Cameroon dan Niger. Untuk

lokasi, lihat Chad (peta).

UMUM 
TIMBUKTU

Timbuktu (pend. 20 483) ialah bandar

perdagangan kecil di Mali Tengah. Nama rasminya

ialah Tombouctou. Dari tahun 1200 hingga tahun

1500, ia merupakan salah sebuah bandar komersial

yang terkaya di Afrika dan pusat pengajian Islam.

Timbuktu diasaskan pada kira-kira tahun 1100. Ia

terletak berhampiran hujung selatan Gurun Sahara,

lebih kurang 13 kilometer dari Sungai Niger (lihat

Mali [peta]).

UMUM 

Kembali ke atas