Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Nigeria


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NIGERIA

Nigeria ialah negara Islam yang terletak di

pesisiran pantai barat Afrika dan mempunyai

penduduk paling padat di benua Afrika.

Penduduknya mencecah sehingga 117 juta orang

dan menduduki tempat ke-10 di dunia dari segi

kepadatan penduduk.

UMUM 
ABUJA

Abuja ialah ibu negara Nigeria. Untuk lokasi, lihat

Nigeria (peta politik).

UMUM 
ACHEBE, CHINUA

Achebe, Chinua (1930– ), orang Nigeria, yang

menjadi salah seorang penulis Afrika yang paling

terkemuka. Tulisannya meneliti apa yang dianggap

sebagai akibat-akibat tragik imperialisme British

terhadap masyarakat Afrika. Dia menganalisis kaitan

antara gaya kesusasteraan Inggeris dengan Afrika.

Karyanya mempengaruhi kritikan sastera

UMUM 
YORUBA

Yoruba ialah nama satu kaum yang mendiami

kawasan barat daya Nigeria serta sebahagian

Benin dan Togo di Afrika Barat. Terdapat lebih 17

juta orang Yoruba tinggal di kawasan ini.

UMUMBangsa/Suku/Kaum
SOYINKA, WOLE

Soyinka, Wole (1934– ) ialah penyair, penulis

drama, novel, dan pengkritik dari Nigeria. Dia

menerima Hadiah Nobel untuk kesusasteraan

pada tahun 1986. Soyinka seorang penulis serba

boleh yang mampu mengubah penulisannya

antara satira lucu dengan gaya lirik yang indah

dalam pelbagai karyanya. Dia mengadunkan

teknik penulisan Barat untuk cerita rakyat kaum

Yoruba dengan amat berkesan. Dua buah

novelnya ialah The Interpreters (1965) dan Season

of Anomy (1973). Antara karya dramanya yang

diterbitkan termasuk The Swamp Dwellers (1958),

The Lion and the Jewel, dan The Invention (1959).

UMUM 
TASIK CHAD

Tasik Chad ialah tasik yang terletak di bahagian

tengah utara Afrika. Sebahagian besar daripadanya

terletak dalam negara Chad dan yang lainnya

terletak di Nigeria, Cameroon dan Niger. Untuk

lokasi, lihat Chad (peta).

UMUM 
SAHEL

Sahel ialah kawasan padang rumput kering di

Afrika. Sahel terletak di bahagian selatan Sahara,

dan merentangi sebahagian besar negara Senegal,

Mauritania, Mali, Burkina Faso, Niger, Nigeria, Chad

dan Sudan. Sesetengah ahli geografi juga mengambil

kira kawasan kering Ethiopia, Kenya dan Somalia

sebagai sebahagian daripada Sahel. Kemarau yang

teruk telah beberapa kali melanda Sahel. Kawasan itu

menjadi terlalu kering semenjak tahun 1968. Berjutajuta

penduduk di Sahel mati kerana tanaman musnah

disebabkan oleh kemarau.

UMUM 
LIBYA

Libya ialah sebuah negara Arab yang terletak

di utara Afrika di pesisir Laut Mediterranean. Ia

berjiran dengan Mesir dan Sudan di bahagian

timur, Chad dan Nigeria di bahagian selatan dan

juga Algeria dan Tunisia di bahagian barat. Tripoli

merupakan bandar terbesar dan ibu negara Libya.

UMUM 
ACHEBE CHINUA

Achebe, Chinua (1930-   ), penulis novel, cerpen dan penyair Nigeria. Achebe lahir di Ogidi, bahagian timur Nigeria iaitu bahagian yang paling awal menerima pengaruh daripada mubaligh Kristian.

SASTERATokoh
NOK

Nok ialah tamadun Afrika Barat yang telah

berkembang sejak sekitar 500 S.M. sehingga

sekurang-kurangnya tahun 200 M. Nok berpusat di

lembah tempat bertemunya Sungai Niger dan

Sungai Benue. Hari ini Nok adalah nama sebuah

kampung di Nigeria, kira-kira 160 kilometer di timur

laut Baro.

UMUM 

Kembali ke atas