Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Norway


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NORWAY

Norway ialah sebuah negara yang panjang dan

sempit, terletak di tebing barat laut benua Eropah.

Satu per tiga daripada kawasan utara Norway

terletak di atas Bulatan Artik dan negara ini

dinamakan Negara Matahari Tengah Malam. Oleh

sebab kawasan ini terletak begitu jauh ke utara, ia

mengalami musim panas yang panjang apabila

matahari bersinar 24 jam sehari. Oslo, ibu negara

Norway dan bandar terbesar, terletak di bahagian

selatan negara ini.

UMUM 
SVALBARD

Svalbard ialah gugusan pulau di Lautan Artik

yang terletak di tengah-tengah perjalanan di antara

Norway dan Kutub Utara. Pulau-pulau ini

kepunyaan Norway dan Svalbard ialah namanya

dalam bahasa Norway. Kadangkala ia dikenali

dengan nama Jermannya, iaitu Spitsbergen.

Svalbard mempunyai lima pulau besar dan banyak

pulau kecil. Pulau-pulau utama dari segi saiz, ialah

Spitsbergen, North East Land, Pulau Edge, Pulau

Barents, dan Prince Charles Foreland. Luas

Svalbard ialah 62 050 kilometer persegi. Jaraknya

dari Kutub Utara ialah 1100 kilometer. (Lihat Lautan

Artik [peta]; Norway [peta]).

UMUM 
OLAV V

Olav V (1903–1991) menjadi raja Norway pada

tahun 1957 apabila ayahandanya, Raja Haakon VII,

mangkat. Olav lahir di England, dan pergi ke

Norway semasa berusia dua tahun. Baginda

memasuki Norwegian War College dan Oxford

University. Baginda sering berkhidmat sebagai

pemangku raja semasa ayahanda baginda gering.

Olav merupakan ketua tentera pertahanan Norway

dalam Perang Dunia II (1939–1945). Permaisurinya,

Puteri Martha dari Sweden, mangkat pada tahun

1954.

UMUM 
ASBJORNSEN, PETER CHRISTEN

Asbjornsen, Peter Christen (1812–1885),

pengumpul cerita rakyat Norway dan juga ahli

alamiah. Dia menjadi masyhur kerana karyanya

bersama-sama Jorgan Moe dalam mengabadikan

dongeng yang diceritakan oleh penduduk

Norway. Koleksi mereka berjudul Norwegian Folk

Tales (1842–1843) menjadi kesusasteraan klasik

Norway dan kesusasteraan dunia. Koleksi itu

meliputi kisah seperti “The Three Billy Goat Gruff”

dan “The Seven Fathers in the House”.

Asbjornsen lahir di Cheristiania (kini Oslo). Dia

menjelajah pantai Norway dan memberi

sumbangan penting dalam bidang botani dan

zoologi.

UMUM 
OSLO

Oslo (pend. 449 220) ialah ibu negara dan bandar

terbesar di Norway. Oslo juga merupakan pusat

ekonomi, industri dan kebudayaan yang utama bagi

negara ini, dan juga salah satu bandar pelabuhan

utama Norway. Oslo terletak di pantai tenggara, di

tanjung tinggi di Fiord Oslo yang terkenal. Bandar ini

terletak kira-kira 130 kilometer ke utara Skagerrak,

salah satu cabang Laut Utara [lihat Norway (peta)].

Dari tahun 1624 hingga tahun 1925, Oslo dikenali

Christiania sebagai penghormatan kepada Raja

Christian IV, yang merancang untuk membina semula

bandar itu selepas dimusnahkan dalam suatu

kebakaran.

UMUM 
SCANDINAVIA

Scandinavia ialah nama yang sering diberikan

kepada semenanjung di Norway dan Sweden.

Walau bagaimanapun, Scandinavia sebenarnya

merujuk kepada negara tempat tinggal orang

Scandinavia. Negara tersebut termasuk Denmark,

Norway, dan Sweden. Negara-negara ini termasuk

Finland dan Iceland membentuk Norden . Negaranegara

Norden selalu menimbulkan kekeliruan

dan dirujuk sebagai Scandinavia.

UMUM 
SKAGERRAK

Skagerrak ialah sebuah cabang Laut Utara.

Skagerrak membahagikan Norway dan Sweden

di utara dan memisahkan kedua-dua negara ini

daripada Denmark di selatan. Nama ini sering kali

dieja sebagai Skager-Rak atau Skagerrack.

Skagerrak ialah lebih kurang 209 kilometer

panjang. Cabang ini penting kerana

menyambungkan Laut Utara dengan Kattegat. Dua

selat terbentuk di pintu masuk Laut Baltik. Di

sepanjang pantai Jutland, tidak terdapat pelabuhan

yang sesuai untuk kapal berlabuh kerana pantai ini

dipenuhi tebing pasir yang berbahaya. Tetapi di

sepanjang Norway, 130 kilometer jauhnya dari situ,

terdapat banyak pelabuhan yang baik. Untuk lokasi,

lihat Eropah (peta).

UMUM 
LIE, TRYGVE

Lie, Trygve (1896–1968), negarawan Norway

yang berkhidmat sebagai Setiausaha Agung

Pertama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dia

dilantik pada tahun 1946 untuk tempoh selama

lima tahun dan dilanjutkan lagi perkhidmatannya

selama tiga tahun bermula pada tahun 1950. Walau

bagaimanapun, dia mengumumkan peletakan

jawatannya pada tahun 1952 dan mengosongkan

jawatan itu pada bulan April 1953. Soviet Union

menentang Lie kerana sokongannya terhadap

tindakan Amerika Syarikat di Korea Selatan. Lie

bersara dengan harapan dapat mengendurkan

ketegangan antarabangsa.

UMUM 
KRONEKrone ialah wang syiling Denmark dan Norway.UMUM 
AMUNDSEN, ROALD

Amundsen, Roald (1872–1928), penjelajah

Norway, mengetuai ekspedisi yang pertama

sampai di Kutub Selatan. Amundsen dan empat

orang rakannya menemui kutub tersebut pada 14

Disember 1911. Mereka mendahului ekspedisi

Inggeris yang diketuai oleh Robert F. Scott lima

minggu lebih awal. Amundsen juga terkenal

kerana kerap membuat penjelajahan di Artik.

UMUM 
123

Kembali ke atas