Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (novémber) bulan ke-11 dlm tahun Masihi yg mengandungi 30 hari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /novémber/ bulan yg ke­sebelas dlm tahun Masihi (terdiri drpd 30 hari). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata November


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sumatrasumatraMeteorologiMeteorologi PerhubunganBadai yang terdapat di Selat Melaka antara bulan April hingga November. Angin ini bertiup laju, kadangkala melebihi 50 km/jam, dari barat daya, dan kadangkala dari barat atau barat laut dan menyebabkan laut berombak tinggi di pantai. Badai ini membentuk arkur kumulonimbus besar (badai lengkung) yang diikuti oleh hujan lebat dan ribut petir, sert penurunan suhu yang mendadak.
baguiobaguioMeteorologiMeteorologi PerhubunganNama tempatan bagi siklon tropika yang dialami oleh kepulauan Filipina pada bulan Julai hingga November.
LeonidsPancuran AsadMatematikTiadaPancuran meteor berkala, punca sinaran: RA 152 darjah, dec + 22 darjah, mencapai maksimumnya pada 17 November.
TauridsPancuran al ThaurMatematikTiadaPancuran meteor, punca sinaran sepasang: RA 56o dec + 14o dan +22o, mencapai maksimumnya pada 8 November.
midnight sunmatahari tengah malamGeografiTiadaFenomena yang berlaku di antara bulan Mei dan Julai di hemisfera U dan di antara November dan Januari di hemisfera S, apabila matahari kekal di atas horizon bila dilihat di antara garis, latitud 632o - 90o U dan S daripada Khatulistiwa. Kawasan utara Skandinavia biasa dikenali sebagai kawasan Matahari Tengah Malam.
harmattanharmatanGeologiTiadaAngin panas, kering, dan berdebu dari timur atau timur laut yang bertiup di Afrika Barat terutamanya dari akhir November hingga pertengahan Mac.
churadachuradaSainsHidrometeorologiHujan badai yang lebat di Kepulauan Mariana (lautan Pasifik barat) semasa monsun timur laut. Hujan ini terjadi dari November ke April atau Mei, terutamanya dari Januari hingga Mac.
interwar periodjangka masa antara perangSains PolitikHubungan AntarabangsaTempoh masa antara dua peperangan seperti antara Perang Dunia Pertama (28 Julai 1914�11 November 1918) dengan Perang Dunia Kedua (1 September 1939�2 September 1945).
harmattanharmatanMeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin kering yang membawa debu yang bertiup dari arah timur laut atau timur yang merentasi Afrika Barat, terutama pada akhir bulan November hingga pertengahan Mac.
Balfour DeclarationDeklarasi BalfourSains PolitikHubungan AntarabangsaPerisytiharan sokongan Britain terhadap pembentukan negara Yahudi di Palestin. Deklarasi ini mengambil sempena nama Menteri Luar Britain, Arthur James Balfour yang mengutuskan surat sokongan kepada ketua persekutuan zionis Inggeris, Lord Rothchild pada 2 November 1917. Pernyataan sokongan ini menjadi dasar politik gerakan zionisme. Berikutan deklarasi ini, PBB bersetuju membahagikan Palestin kepada dua bahagian, iaitu satu bahagian untuk Yahudi dan sebahagian lain untuk Arab Palestin. Pada 14 Mei 1948, mandat Britain ke atas Palestin berakhir dan pada masa yang sama Israel mengisytiharkan pembentukan negara untuk orang Yahudi di Palestin.
12

Kembali ke atas