Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Oman


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OMAN

Oman, negara yang terletak di tenggara Semenanjung Arab.  Oman adalah antara kesultanan tertua di dunia Arab.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
MUSCAT

Muscat (pend. 30 000; pend. kaw. met. 250 000),

ibu negara Oman. Ia terletak di pesisir pantai timur

laut di sepanjang Teluk Oman. Muscat yang juga

dieja sebagai Masqat, menjadi bandar pelabuhan

utama dan pusat perdagangan Oman pada tahun

1500-an.

UMUM 
QABUS IBN SA‘ID

Qabus ibn Sa‘id (1359 H. – /1940 M.– ) ialah

sultan kerajaan Oman. Sultan Qabus ibn Sa’id lahir

di bandar Salalah yang terletak di selatan Oman.

Ketika berusia 6 tahun, Sultan Qabus telah mula

belajar di beberapa sekolah dan pusat pengajian di Oman

hinggalah baginda mendapat pendidikan asas yang sempurna.

Seterusnya Sultan Qabus menyambung pengajian

di United Kingdom dan memasuki Fakulti Ketenteraan Saint Herst

dan kembali ke negara sendiri setelah mendapat

keputusan yang cemerlang untuk menyumbang

jasa kepada pembangunan negara.

UMUM 
RIYAL

Riyal ialah nama mata wang utama di Arab Saudi,

Iran, Oman, Qatar dan Yaman.

UMUM 
SEMENANJUNG TANAH ARAB

Semenanjung Tanah Arab, gurun yang

gersang yang terletak di barat daya Asia.

Sebahagian besar daripada gurun ini ialah negara

Arab Saudi dan bahagian lain terdiri daripada

negara Yaman, Oman, Emiriah Arab Bersatu, Qatar

dan Kuwait serta sebuah pulau yang dikenali

sebagai Bahrain yang terletak berhampiran dengan

pantai timur semenanjung ini. Semenanjung Tanah

Arab amat luas dan sebahagian besarnya diliputi

oleh tanah gersang yang sesetengah tempatnya

amat jarang menerima hujan. Suhu di bahagian

tengah semenanjung ini mencapai 54 ° C pada

musim panas. Walau bagaimanapun, Semenanjung

Tanah Arab merupakan satu kawasan ekonomi

terpenting kerana ia mengandungi sumber minyak

yang terbesar di dunia.

UMUM 
MAJLIS KERJASAMA TELUK

Majlis Kerjasama Teluk ialah sebuah

organisasi negara-negara Arab yang bekerjasama

dalam bidang-bidang tertentu seperti pertahanan,

tentera dan dasar ekonomi. Enam negara yang

menganggotainya, iaitu Bahrain, Kuwait, Oman,

Qatar, Arab Saudi, dan Emiriah Arab Bersatu.

UMUM 
TIMUR TENGAH

Timur Tengah ialah kawasan yang amat luas

meliputi sebahagian besar benua Afrika Utara, Barat

Daya Asia dan Tenggara Eropah. Para pengkaji tidak

sependapat dalam pemetaan yang tepat bagi

kawasan Timur Tengah ini. Walau bagaimanapun

mereka sekata bahawa kawasan ini merangkumi

negara-negara berikut: Cyprus, Mesir, Iran, Iraq,

Palestin , Jordan, Kuwait, Lubnan, Oman, Qatar,

Bahrain , Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, Emiriah

Arab Bersatu, dan Yaman. Keluasan keseluruhan

kawasannya kira-kira 9 694 000 kilometer persegi.

Penduduknya pula mencecah 262 juta orang.

UMUM 
TAHR

Tahr ialah nama bagi tiga spesies antelop bak

kambing. Ia mempunyai tanduk yang melengkung

ke belakang dan kaki bertelapak. Ia juga mempunyai

bulu yang sangat tebal, berjumbai-jumbai. Tahr

memakan rumput dan tumbuh-tumbuhan lain. Tahr

Himalaya adalah spesies yang terbesar. Panjangnya

kira-kira 1.7 meter, dan beratnya lebih daripada 100

kilogram. Tahr Nilgiri di selatan India mempunyai

bulu berwarna gelap. Tahr jantan mempunyai

tompok pelana berwarna perak di belakangnya.

Tahr Arabia di Oman adalah spesies yang terkecil. Ia

berbulu perang.

Pengelasan saintifik . Tahr tergolong dalam famili

Bovidae. Ia membentuk genus Hemitragus jemlahicus ,

tahr Nilgiri ialah H. hylocrius, dan tahr Arabia ialah

H. jayakar.

UMUM 
TELUK ARAB

Teluk Arab ialah sebuah kawasan perairan

berbentuk jantung yang terletak di barat daya Asia

iaitu di antara Iran dengan Semenanjung Tanah

Arab. Teluk ini lebih dikenali di kalangan orang

Eropah sebagai Teluk Parsi. Orang pertama yang

menamakan Teluk Parsi ini ialah Niyarkhus,

pemimpin angkatan laut Iskandar Agung pada tahun

325 S.M. setelah menyusuri sepanjang pantai Parsi

tanpa menyedari kewujudan pantai yang lain. Pada

abad pertama Masihi, Balini menamakan teluk ini

sebagai Teluk Arab setelah dia menemui pantai

barat. Selat Hurmuz menyambungkan Teluk Arab

dengan Teluk Oman, yang dianggap sebagai

cabang bagi Lautan Hindi. Ia berukuran 800

kilometer panjang, 200 kilometer lebar dan 260 000

kilometer persegi luas. Kawasan yang paling dalam

di Teluk Arab berukuran 90 meter. Di teluk ini

banyak terdapat hidupan laut seperti kerang dan

udang.

UMUM 
DUSSEK, O.T.

DUSSEK, O.T. (1886 -   ?), pengkaji bahasa Melayu. Dia lahir pada 16 November 1886 di Surey, England. Nama penuhnya ialah Oman Theodore Dussek dan berketurunan Jerman.

BAHASATokoh

Kembali ke atas