Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Organisation


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Organisation & Method AdviserPenasihat PengaturcaraPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
Organisation and Method DivisionBahagian PengaturcaraPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
organisation developmentpembangunan organisasiPentadbiranPentadbiran Awam

Usaha yang dibuat oleh pihak pengurusan organisasi untuk memastikan organisasi tersebut dapat bertahan dalam jangka masa panjang dan mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh. Majikan khasnya merangka perancangan yang strategik bukan sahaja dalam konteks penyusunan tugas kakitangan tetapi juga memastikan perjalanan organisasi tidak tersasar daripada wawasan dan matlamat yang ditetapkan. Antara kaedah yang dilaksanakan untuk tujuan pembangunan organisasi ialah pelaksanaan program pengembangan kerjaya kakitangan dan pembangunan sumber manusia serta jaringan perniagaan dengan rakan industri.

organisationorganisasiPentadbiranPentadbiran Awam

 Pertubuhan yang dibentuk berasaskan gabungan antara individu yang bekerjasama secara formal dan terikat dalam usaha untuk mencapai sesuatu matlamat yang tertentu. Dalam sesuatu organisasi, terdapat hierarki yang tersusun mengikut tugas dan fungsi. Organisasi melibatkan dua dimensi utama yang saling bergantungan, iaitu pentadbiran sebagai struktur dan pengurusan sebagai memenuhi fungsi. Struktur organisasi bersifat autoritatif dan mempunyai hubungan personel yang biasa dalam satu sistem pentadbiran. Contohnya, organisasi NGO dan jabatan kerajaan dalam pentadbiran awam. 

organisation theoryteori organisasiPentadbiranPentadbiran Awam

 Gullick (1937), telah menggariskan tiga komponen penting yang terkandung dalam teori ini, iaitu pembahagian kerja, koordinasi kerja dan corak organisasi. Teori ini boleh diklasifikasikan kepada organisasi formal dan tidak formal. Organisasi formal adalah organisasi yang bersistematik, berstruktur, bervisi, bermisi, berobjektif dan bermatlamat. Para sarjana merujuk organisasi formal sebagai organisasi kerja, tanpa mengira bentuk, saiz, struktur atau jenis organisasi. Organisasi jenis ini juga berteraskan kepada kuasa, pangkat, peranan dan tanggungjawab yang diagihkan mengikut kesesuaian dan kelayakan. Organisasi formal  mempunyai tingkat hierarki yang jelas membezakan antara majikan dengan pekerja, melalui hierarki yang ditunjukkan dalam carta dan struktur organisasi. Manakala organisasi tidak formal menjurus kepada pembentukan kumpulan manusia. Mereka membentuk kumpulan atau kelompok untuk bersosial dan mempertingkatkan kualiti kehidupan. Contohnya, kumpulan dalam masyarakat kampung, kumpulan riadah dan rakan sekerja.

organisation developmentpembangunan organisasiPentadbiranPengurusan-
Organisation of Islamic Capitals and CitiesPertubuhan Ibu Negara dan Bandar Raya IslamUndang-undangUndang-undang AntarabangsaInstitusi sekutu Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang diwujudkan untuk menguatkan ikatan persahabatan, persaudaraan dan perpaduan antara ibu negara dan bandar raya Islam dan memelihara identiti dan warisan kota-kota tersebut.
Organisation of Economics Cooperation and Development (OECD)Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaPertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh 35 buah negara perindustrian dan maju yang menerima demokrasi dan prinsip pasaran bebas. OECD menyelaraskan polisi ekonomi dan kewangan negara anggota agar mereka dapat meningkatkan peluang pekerjaan, menaikkan taraf hidup, mengekalkan kestabilan kewangan, membantu perkembangan kewangan negara-negara lain dan menyumbang kepada perkembangan perdagangan dunia.
Organisation of Arab Petroleum Exporting Countries (OAPEC)Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum Arab (OAPEC)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaPertubuhan serantau yang dianggotai oleh 11 buah negara Arab yang mengeluarkan petroleum. Negara-negara anggota OAPEC menjalinkan kerjasama dalam industri petroleum. OAPEC pernah menggunakan petroleum sebagai senjata untuk menekan tindakan ketenteraan Israel terhadap Mesir dan Syria pada tahun 1973.
Organisation of Petroleum Exporting Countries (OPEC)Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaPertubuhan yang dianggotai oleh 14 buah negara pengeluar petroleum. Pertubuhan ini diwujudkan pada tahun 1960 dan beribu pejabat di Vienna. OPEC ditubuhkan bagi melindungi kepentingan negara pengeluar petroleum, selain berusaha untuk memastikan kestabilan harga petroleum di pasaran antarabangsa.
12345678

Kembali ke atas