Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata PBB


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon tuan/puan nyatakan yang mana satukah sebutan yang betul bagi pernyataan berikut, sebagai contoh. Malaysia telah menandatangani 1. Konvensyen PBB, atau 2. Deklarasi PBB, atau 3. Artikel PBB. Terima kasih.Selamat petang

1.  Konvensyen  bermaksud persidangan atau perjumpaan anggota atau wakil pertubuhan politik dll utk membincangkan sesuatu.
2. Deklarasi bermaksud pernyataan (pengumuman) rasmi.
3. Artikel bermaksud 1. bahagian atau fasal drpd sesuatu undang-undang. 2. karangan atau tulisan ttg sesuatu perkara yg disiarkan dlm akhbar dsb; makalah.

Oleh itu, pernyataan yang betul ialah Deklarasi PBB.
Lain-lain26.09.2016
Assalamualaikum,saya ingin bertanya, bagaimanakah penggunaan huruf besar dan kecil untuk PBB? Contoh: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu? Sekian, terima kasih.Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah kata nama khas yang dieja dengan hururf besar.Ejaan09.12.2011
Salam, Adakah terjemahan bahasa Melayu bagi State of Palestine (berdasarkan nama rasmi dalam PBB dan ISO 3166) masih dikekalkan sebagai Palestin atau diubah menjadi Negara Palestin sebagai penggunaan rasmi di Malaysia? Terima kasih.Terjemahan bagi State of Palestine ialah negara Palestin. Walau bagaimanapun, dalam wacana bahasa Melayu negara Palestin dan Palestin, kedua-duanya digunakan.Istilah02.03.2023
Saya ingin bertanya United Nations dalam bahasa Melayu ialah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau Bangsa-Bangsa Bersatu?Padanan yang betul ialah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.Penyemakan dan penterjemahan02.04.2017

Kembali ke atas