Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata PBB


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
United Nations (UN)Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaPertubuhan yang diwujudkan selepas Piagam PBB ditandatangani pada tahun 1945. Sehingga kini, PBB dianggotai oleh lebih kurang 200 buah negara. Matlamat penubuhannya adalah untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa serta menyelesaikan masalah ekonomi, sosial dan politik melalui kerjasama antarabangsa. Pertubuhan ini juga bertujuan untuk menggalakkan rasa hormat dan prihatin terhadap hak asasi manusia. Ibu pejabatnya terletak di New York dan pertubuhan ini diketuai oleh Setiausaha Agung. Pertubuhan ini dipegang oleh Majlis Keselamatan PBB yang mempunyai ahli tetap dan tidak tetap. Perhimpunan Agung PBB yang bersidang pada setiap tahun merupakan forum perbincangan bagi seluruh anggota pertubuhan dan setiap anggota mempunyai hak yang sama untuk bersuara.
United Nations (UN)Pertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan yang ditubuhkan selepas Piagam PBB ditandatangani pada tahun 1945. Sehingga kini, PBB dianggotai oleh lebih kurang 200 buah negara. Matlamat penubuhannya adalah untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa serta menyelesaikan masalah ekonomi, sosial dan politik melalui kerjasama antarabangsa. Pertubuhan ini juga bertujuan untuk menggalakkan rasa hormat dan prihatin terhadap hak asasi manusia. Ibu pejabatnya terletak di New York dan pertubuhan ini diketuai oleh Setiausaha Agung. Pertubuhan ini bertanggungjawab untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan, dan dipegang oleh Majlis Keselamatan PBB yang mempunyai ahli tetap dan tidak tetap. Perhimpunan Agung PBB yang bersidang pada setiap tahun merupakan forum perbincangan bagi seluruh anggota pertubuhan ini dan setiap anggota mempunyai hak yang sama untuk bersuara. Sinonim PBB.
international peace and securitykeamanan dan keselamatan antarabangsaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaObjektif atau matlamat utama penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1945. Bagi mencapai objektif ini, PBB mengambil dua pendekatan, iaitu langkah kolektif yang berkesan dan penyelesaian pertikaian secara aman. Walau bagaimanapun, PBB hanya mengambil berat tentang keamanan dan keselamatan antarabangsa sahaja tetapi sebaliknya tidak mengambil berat kekacauan yang berlaku dalam negeri, sehinggalah kekacauan ini menjejaskan keamanan antarabangsa. Hal ini disebabkan oleh tindakan lima anggota tetap Majlis Keselamatan PBB yang sering menyalahgunakan kuasa veto yang diberi dan menyebabkan objektif keamanan dan keselamatan antarabangsa ini gagal dicapai sepenuhnya. Lihat juga Majlis Keselamatan.
United Nations CharterPiagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuSains PolitikHubungan AntarabangsaDokumen bertulis yang menjadi perlembagaan PBB. Piagam ini ditandatangani di San Francisco pada 26 Jun 1945 dan disahkan oleh 51 buah negara. Piagam ini menggariskan perjalanan dan aktiviti dalam sistem PBB, termasuk struktur organisasi, prinsip, kuasa dan fungsi PBB. Piagam ini menekankan tujuan PBB untuk mengekalkan keamanan dan menggalakkan kerjasama ekonomi dan sosial dalam kalangan negara.
advisory opinionpendapat nasihatUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSalah satu bidang kuasa Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang menangani hal-hal yang berkaitan penyediaan jawapan bagi persoalan undang-undang antarabangsa yang diperlukan oleh organ utama PBB, terutamanya Perhimpunan Agung PBB. Dalam hal ini, Mahkamah Keadilan Antarabangsa diminta untuk memberikan pendapat nasihat atau pandangan perundangan berkenaan persoalan tersebut. Pendapat nasihat tersebut tidak mengikat mana-mana negara atau pertubuhan, tetapi ia boleh membentuk undang-undang adat antarabangsa pada masa hadapan. Contoh kes yang melibatkan pendapat nasihat ialah kes Difference Relating to Immunity from Legal Process of a Special Rapporteur of the Commission on Human Rights yang diputuskan pada tahun 1999 berkenaan tindakan mahkamah Malaysia mendengar kes saman yang membabitkan seorang agen PBB.
collective securitykeselamatan bersamaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKonsep yang mendasari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang melarang penggunaan kekerasan, yang terkandung dalam Perkara 2(4) Piagam PBB. Berdasarkan konsep ini, negara yang melakukan serangan terhadap negara lain boleh dianggap telah melakukan serangan terhadap semua anggota masyarakat antarabangsa. Oleh itu, tindakan boleh diambil secara bersama menerusi Majlis Keselamatan PBB dengan mengadakan sekatan ekonomi dan komunikasi sebagai langkah permulaan sebelum tindakan ketenteraan dilakukan. Namun, penggunaan kuasa veto dalam Majlis Keselamatan boleh menimbulkan persoalan kesaksamaan dan keberkesanan.
trusteeship councilmajlis pemegang amanahSains PolitikHubungan AntarabangsaSistem pemegang amanah PBB yang telah menggantikan Sistem Mandat Liga Bangsa (LBB). Di bawah sistem ini, PBB melalui majlis pemegang amanah melantik negara tertentu untuk mentadbir wilayah yang penduduknya dianggap masih tidak berupaya memerintah sendiri. Wilayah yang ditadbir melalui sistem ini ialah negara bekas jajahan kuasa yang kalah dalam Perang Dunia Kedua. Antara negara bekas jajahan tersebut ialah Rwanda, Burundi, Tanzania, Togoland, Cameroon, Naurau dan Somalia. Pada 1 November 1994, majlis ini menangguhkan operasinya selepas Palau, iaitu wilayah terakhir yang ditadbir oleh sistem ini mencapai kemerdekaan pada 1 Oktober 1994.
military sanctionsanksi ketenteraanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan oleh tentera udara, laut atau darat di bawah kelolaan Majlis Keselamatan PBB bagi mengekalkan atau mengembalikan keamanan atau keselamatan antarabangsa. Tindakan ini termasuklah sekatan, pengepungan dan demonstrasi ketenteraan. Demonstrasi ketenteraan merujuk kepada serangan atau mempamerkan kekuatan bagi tujuan memperdayakan musuh. Sanksi ketenteraan hanya boleh dilakukan jika sanksi ekonomi, diplomatik dan komunikasi tidak berkesan. Sanksi ketenteraan merupakan sebahagian daripada sistem keselamatan bersama yang diperuntukkan oleh Bab VII Piagam PBB. Oleh sebab PBB tidak mempunyai angkatan bersenjatanya sendiri, negara anggota hendaklah menyumbang tentera bagi tujuan ini. Contohnya, sanksi ketenteraan yang dikenakan ke atas Iraq kerana melanggar Piagam PBB dengan menakluki Kuwait pada 1990. Sanksi ketenteraan mampu menjadikan negara yang disasarkan kurang agresif seperti apa yang telah berlaku kepada Iraq.
International Labour Organization (ILO)Pertubuhan Buruh AntarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan khusus PBB beribu pejabat di Geneva yang ditubuhkan oleh Perjanjian Versailles pada tahun 1919 dan menjadi agensi PBB pada tahun 1946. Pertubuhan ini berjuang untuk memperbaik keadaan buruh, meningkatkan taraf kehidupan dan keadilan sosial. Antara usaha antarabangsa yang dilakukan adalah memperbaik syarat waktu bekerja, gaji yang mencukupi, perlindungan pekerja terhadap penyakit dan kecederaan semasa bekerja, perlindungan bagi wanita dan kanak-kanak, serta perlindungan bagi pekerja yang bekerja di luar negara. Selain itu, pertubuhan ini juga menerbitkan bahan yang mengandungi perangkaan buruh dan nasihat kepada pekerja. Pertubuhan ini mempunyai persidangan umum yang terdiri daripada wakil negara anggota dan badan yang memerintah terdiri daripada 56 ahli (28 ahli mewakili kerajaan, 14 ahli mewakili majikan dan 14 ahli mewakili pekerja). Pertubuhan ini dibiayai dengan sumbangan daripada 175 buah negara anggotanya. Sinonim ILO.
veto powerkuasa vetoSains PolitikHubungan AntarabangsaKuasa untuk menolak atau membatalkan sesuatu keputusan. Contohnya, anggota Majlis Keselamatan PBB telah beberapa kali menggunakan kuasa veto yang dimilikinya untuk menghalang PBB daripada mengambil tindakan tertentu.
123456789

Kembali ke atas