Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata PBT


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SPBBK-PBT 2016 DI DALAM KRITERIA 1 (xvii) MEMATUHI GARIS PANDUAN PENENTUAN NAMA GEOGRAFI DAN TAMAN BOLEHKAH PIHAK TUAN TERANGKAN DENGAN LEBIH TERPERINCI MENGENAI PERKARA DI ATAS ? DAN APAKAH YANG DIPERLUKAN DI DALAM KRITERIA TERSEBUT . TERIMA KASIHUntuk maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila hubungi urus setia di Bahagian Promosi dan Pengiktirafan melalui talian 21479131 (Encik Ahmad Fazly bin Sahar).Lain-lain22.09.2016
Ada kah, iklan papan kami lulus ?Tuan/puan perlu membuat permohonan pengesahan bahasa untuk iklan secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila klik Daftar Permohonan, pilih Daftar Iklan. Masukkan keterangan yang diminta. Pilih PBT dan tekan Masuk PBT. Muat naik gambar mengikut format dan saiz yang ditetapkan. Tekan Simpan. Buat bayaran yang ditetapkan. Pihak kami akan memproses iklan tuan/puan selepas bayaran diterima. Sila buat pembetulan seperti yang berikut:

1. Masukkan keterangan aktiviti perniagaan dalam bahasa Melayu di bahagian atas sebelah kiri iklan papan utama. Contohnya PEJABAT URUSAN  atau lain-lain yang bersesuaian.

2. Betulkan Tel.:   (Letak titik dan dirapatkan)

3. Sila terjemahkan teks bahasa Inggeris dalam  bahasa Melayu atau buat dalam dwibahasa (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris) kecuali nama yang telah didaftarkan.

4. 
Sila lampirkan keseluruhan visual iklan dan teks yang lebih jelas setiap butirannya untuk memudahkan penyemakan daripada pihak kami.





Lain-lain24.03.2021
SAYA INGIN BERTANYAKAN , APAKAH PERANAN SEORANG MUNSYI DEWAN @ PEGAWAI BAHASA DALAM PERMOHONAN LESEN DI SESEBUAH PBT .Peranan seorang Pegawai Bahasa dalam permohonan lesen di sesebuah PBT ialah untuk menyemak dan memastikan bahasa yang digunakan pada paparan iklan itu baik dan betul serta menepati tatabahasa bahasa Melayu.  Untuk makluman puan, semua paparan iklan seperti papan tanda premis perniagaan, billboard, gegantung, kain rentang dan sebagainya diwajibkan menggunakan bahasa Melayu.  Bagi memastikan penggunaan bahasa Melayu itu baik dan betul, Pegawai Bahasa daripada DBP perlu menyemak dan mengesahkannya.Lain-lain21.09.2016
NO. PERMOHONAN IKLAN Pejabat kami di Petaling Jaya, Selangor dengan itu PBT kami ialah MBPJ. Tetapi kami telah tersalah pilih iaitu MBSA. Nasihat dan kerjasama dari pihak tuan sangatlah dihargai untuk membetulkan PBT kami. Terima kasih Regina Joseph 014-3229946Pihak Berkuasa Tempatan telah ditukarkan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan iklan telah diluluskan.Lain-lain20.07.2022
Assalamualaikum saya mohon untuk pihak DBP menyemak ayat papan iklan kedai sebelum saya hantar kepada pihak PBT.terima kasihVisual papan iklan yang dilampirkan adalah betul.

Untuk pengesahan iklan, sila buat permohonan melalui https://dbpsahbahasa.my/. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik semula visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan Berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses.
Lain-lain11.01.2024
saya nak bertanya menurut pbt papan tanda perlu dalam bahasa melayu sedangkan company saya ditubuhkan dalam bahasa inggeris..saya tidak faham..takkan saya kena tukar nama perniagaan pula melibatkan ssm & bank & banyak lagi perkara membabitkan pembekal & juga pelanggan serta orang ramai..saya akan hantar contoh papan tanda..pemahaman saya dewan bahasa cuma memastikan penggunaan & ejaan bahasa yang betul bukan kena tukar dr bahasa inggeris ke bahasa melayu..tolong ye..maklumat dr pbt cameron highlandsKami tidak mengesahkan nama perniagaan yang telah didaftarkan. Walau bagaimanapun, papan tanda yang ingin dipaparkan di negara ini harus mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan, antaranya mesti ada keterangan dalam bahasa Melayu. Contohnya, jika ABC Company, di bahagian atas mesti ada keterangan iklan seperti PEJABAT URUSAN.Lain-lain12.08.2014
ADAKAH PROMOSI PAPAN IKLAN INI MENYALAHI PERATURAN PBT?Visual yang dikirim telah disemak. Semua perkataan dalam bahasa Inggeris perlu diterjemahkan kepada bahasa Melayu atau buat dwibahasa, iaitu:

1. POSTPAID = Pelan Pascabayar
2. @ = DENGAN 
3. Careline = Talian Khidmat Pelanggan atau Talian Penting
4. Visual perlu jelas dan terang

Akan tetapi, untuk pengesahan iklan, tuan/puan hendaklah menggunakan Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Tuan/Puan perlu mendaftar terlebih dahulu. Selepas itu, barulah boleh mengirimkan visual iklan ke DBP. Kemudian baharulah visual tersebut disahkan lulus atau perlu dibuat penambahbaikan sebelum dibawa ke PBT untuk tujuan permohonan papan iklan. Berikut laman web yang boleh puan gunakan:

http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx
Lain-lain12.04.2017
Contoh signboard2 jalan yang kelihatan di pasang oleh pihak PBT > (1). J. Bangsar > Jln. Bangsar > Jalan Bangsar (2). T. Tasik Perdana > Tmn. Tasik Perdana > Taman Tasik Perdana (3). B. Tun Razak > Bdr. Tun Razak> Bandar Tun Razak (4). Jln.T.A. Rahman sepatutnya Jalan Tuanku Abdul Rahman (Nama Agong yang pertama) (5). K.Trengganu/Terengganu sepatutnya Kuala Trengganu/Terengganu (6). K.Lipis sepatutnya Kuala Lipis. Soalan saya signboard yang mana pihak PBT wajib pakai/guna apabila membuat signboard jalan. Saya syor dan cadangkan supaya semua perkataan short form tidak dibenarkan. Mohon dapat pengesahan pihak DBP dan memantau keatas perkara ini demi generasi akan datang. Sekian, terima kasih.

Saya bersetuju dengan pandangan tuan bahawasanya semua ejaan papan tanda yang hendak dipaparkan di tempat awam hendaklah disemak terlebih dahulu dengan DBP. Seelok-eloknya ejaan pada papan tanda ditulis penuh tanpa memendekkan perkataan tersebut seperti Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur, Kuala Lipis dan Kampung Pandan. Penguatkuasaan terhadap penamaan di papan tanda ini juga perlu konsisten dan mendapat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat. Terima kasih atas maklumat yang diberikan dan hal ini akan kami kemukakan kepada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. 

Lain-lain19.11.2010
Saya bimbang mengenai signboard2 jalan yang dipasang oleh pihak PBT tanpa membuat semakan dengan pihak DBP terlebih dahulu sebelum dipasang oleh pihak kontraktor. Siapa harus bertanggungjawab jika ada sigboard yang dipasang tidak mengikut bahasa atau perkataan yg tepat. Senarai nama jalan seperti berikut:- 1. Di Lebuhraya Persekutuan KL ke Kelang saya melihat banyak signboard2 berbeza. Contoh. Signboard > J. Bangsar > Jln. Bangsar > Jalan Bangsar. 2. Di Jalan Maharajela ke Petaling Jaya saya melihat Signboard > Jln. Tun Sambanthan > Jln. Tun Sambhantan. 3. Dari Jalan Pudu ke Jalan Cheras > Signboard > Jln. Changkat Thamby Dollah > Jln. Changkat Tambhy > Jln. Changkat Tambi Dollah. 4. Dari bulatan Kg. Pandan ke Time Square Signboard > Ke Jalan Sultan Ismail > Ke Jalan Sultan Ismali. 6. Yang lebih menyedihkan signboard di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman. Semua signboard diseluruh sekitar kawasan ini ditulis dengan Jln T.A. Rahman. Pada pandangan saya nama jalan TAR adalah nama istimewa sempena nama YDP Agong Pertama. Jadi kenapa pihak PBT (DBKL) tidak mengambil perhatian/peka keatas perkara ini dan pihak kontaraktor pulak mengambil kerja cepat sambil lewa menyiapkan tender2 signborad. Saya syorkan Jln. T.A Rahman di perbetulkan semula ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (ayat penuh). Sebagai orangawam saya amat malu dan kesal atas perkara ini. Sebagai bukti saya akan poskan kepada pihak tuan iaitu aduan bergambar untuk tindakan yang segera. Sekian. Tajuddin Hassan

Saya bersetuju dengan pandangan tuan bahawasanya semua ejaan papan tanda yang hendak dipaparkan di tempat awam hendaklah disemak terlebih dahulu dengan DBP. Seelok-eloknya ditulis penuh tanpa memendekkan perkataan tersebut seperti Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur dan Kampung Pandan. Penguatkuasaan terhadap penamaan di papan tanda ini juga perlu konsisten dan mendapat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat. Terima kasih atas maklumat yang diberikan dan hal ini akan kami kemukakan kepada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. 

Lain-lain18.11.2010
ASSALAMUALAIKUM WBT..KAMI INGIN MEMOHON SEMAKAN BAGI SIGNBOARD SYARIKAT SEBELUM PERMOHONAN IKLAN/LESEN PBT DIBUAT. SEGALA KHIDMAT NASIHAT DAN MAKLUM BALAS TUAN MENGENAI PERKARA INI DIDAHULUI DENGAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH

Sebelum membuat permohonan dalam talian, tuan/puan perlu mendaftar akaun terlebih dahulu melalui Laman Web: dbpsahbahasa.my. Sila klik "Daftar Akaun" dan isi maklumat yang diperlukan. Setelah selesai mendaftar, satu pautan akan dihantar melalui e-mel dan tekan pautan tersebut untuk aktifkan akaun. 

Untuk pengesahan iklan, sila buat permohonan tuan/puan melalui Laman web dbpsahbahasa.my. Masukkan alamat e-mel, password, kata kunci dan klik MASUK. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > Klik DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), pilih jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat. Pilih PBT dan klik “PILIH”. Pastikan jumlah bayaran ialah RM10.00. Muat turun visual iklan mengikut format dan klik SIMPAN.

Tuan akan menerima makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses.

 


Lain-lain01.01.2024
12345678910...

Kembali ke atas