Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tempat perniagaan, bandar: Petaling Jaya ialah ~ tambahan kpd Kuala Lumpur; 2. tempat orang berjual beli, pasar: segenap lorong di ~ pesara penuh dgn kaum Melayu, Cina dan Siam; 3. = ~ sari (sehari) pasar yg diadakan sehari dlm satu minggu; ~ Ahad (minggu) pekan yg diadakan hanya pd hari minggu; 4. minggu, tujuh hari: dua tiga ~ sebelum perayaan itu anak negeri telah sibuk bersiap-siap; se~ seminggu; warta se~ majalah mingguan; berpekan-pekan beberapa pekan (minggu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok renek dan bunganya), melur, Jasminium curtisii; 2. sj tumbuhan (pokok renek), Azima tetracantha; 3. sj tumbuhan (pokok), Dehaasia microcarpa; ~ betina = ~ hutan = ~ jantan sj tumbuhan (pokok renek dan bunganya), meĀ­lur, Jasminium bifarium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tempat yg ramai serta banyak bangunannya utk berbagai-bagai tujuan; bandar. 2 tempat orang berjual beli; pasar: ~ sari (sehari) pekan yg diadakan hanya sehari dlm seminggu. 3 tempoh yg lamanya tujuh hari; minggu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pekan (kata nama)
1. Bersinonim dengan bandar: kota, bandar raya, kota raya,
Berantonim dengan desa

2. Rujuk pasar

3. Bersinonim dengan minggu: tujuh hari

Kata Terbitan : berpekan-pekan,

Puisi
 

Olok-olok si pekan-pekan,
     Hari panas menjala udang;
Kita bertolak kami berpesan,
     Jangan lama di bandar orang.


Lihat selanjutnya...(52)

Pantun

PantunSumberTema
Ulak-ulak di pekan-pekan, Labu lama di jagung dulang; Kalau bertolak kami berpesan, Jangan lama di kampung orang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Olok-olok si pekan-pekan, Hari panas menjala udang; Kita bertolak kami berpesan, Jangan lama di bandar orang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Asam kuini jual di pekan, Pekan bernama Pasar Minggu; Begini nasib untungnya badan, Adik seorang rindu menunggu.Pantun Melayu SarawakKasih
Pekan Berjaja pekan tertua, Banyak menjual kain kasa; Makan semeja kita berdua, Enak tidak sama dirasa.Pantun Melayu SarawakKasih
Pekan Bujuk Kuala Rumput, Pucuk gemirat pucuk kain; Saya bujuk abang tak ikut, Abang berharap tempat lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pekan Jawi Tanah Petani, Pekan Sabtu Kampung Pak Tua; Apa jadi nasibku ini, Badan satu kekasih dua.Pantun Melayu SarawakNasib
Cik Bedah pergi ke pekan, Sampai ke pekan membeli rotan; Kalau sudah bertuah badan, Batu di tangan menjadi intan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Hendak ke pekan berurus niaga. Dapat untung perniagaan teguh; Hendak membina warga bahagia, Warga gemilang 2020.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Pergi ke pekan ke Pulau Datu, Cincin permata jatuh ke ruang; Adik berpesan di muka pintu, Air mata jangan dibuang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Pulau Pinang Pekan Baru, Kapten Light menjadi raja; Bila terkenang zaman dahulu, Jatuh berlinang air mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678

Kembali ke atas