Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata PKS


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan manakah yang sesuai digunakan dalam konteks ayat dibawah. Terima kasih. a) mensasarkan atau menyasarkan Pelan Induk PKS 2012 – 2020 mensasarkan/menyasarkan peningkatan sumbangan PKS sebanyak 62% kepada pekerjaan, 25% kepada eksport dan 41% kepada KDNK menjelang tahun 2020. b)bolehkan menggunakan perkataan sebahagian dalam ayat dibawah? Adakah sebahagian hanya merujuk kepada bahagian-bahagian pada tubuh manusia sahaja? Kebanyakan usahawan bermula dengan perusahaan mikro (mempunyai kurang daripada lima pekerja) sebelum berkembang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan sebahagian PKS berjaya menjadi syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia.1. Menyasarkan.
2. Perkataan "sebahagian" boleh digunakan dalam ayat tersebut.
Lain-lain17.09.2014
Terjemahan Misi dan VisiDBP mencadangkan terjemahan yang berikut: Misi Institusi Kewangan yang menepati segala keperluan pelanggan, Penanda Aras Antarabangsa untuk Menjana kecemerlangan PKS. Visi Membangunkan PKS sebagai Pemacu Pertumbuhan Negara Selaras dengan Agenda Ekonomi NegaraTatabahasa14.02.2014
Assalamualaikum / Salam Sejahtera, Saya mewakili CGC ingin bertanya mengenai penggunaan Bahasa Malaysia yang terbaik untuk papan tanda bangunan kami. Di bawah adalah beberapa pilihan yang telah kami senarai pendek: 1) CGC Penjamin Kredit 2) Penjamin Kredit 3) Syarikat Jaminan Kredit 4) Jaminan Kredit Dengan email ini kami lampirkan beberapa gambar contoh. Untuk makluman pihak DBP, CGC menyediakan jaminan kredit dan juga pinjaman terus kepada PKS Malaysia. Ribuan terima kasih.Waalaikumussalam. Perkataan yang yang sesuai ialah Perkhidmatan Jaminan Kredit CGC.Penyemakan dan penterjemahan02.02.2017
Kekurangan buku panduan guru terbitan DBP untuk matapelajaran Bahasa Inggeris Tingkatan 1- 5 dan matapelajaran pendidikan moral Tingkatan 1,2,4 dan 5. Sekian . Terima kasih

 Salam Sejahtera.

Berkenaan soalan saudara.Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menerbitkan buku Panduan Guru Tingkatan 1-5 kerana buku tersebut diterbitkan oleh penerbit luar.Bagi buku Panduan Guru matapelajaran Moral Tingkatan 1,2,4 dan 5 buku ini merupakan terbitan DBP, setiap sekolah dibekalkan sebanyak lima naskhah BPG pada bekalan pertama buku baharu. Jika berlaku kekurangan mungkin disebabkan perkara berikut: Buku tersebut tidak dipulangkan oleh guru terdahulu kepada pihak sekolah atau sememangnya tidak dibekalkan oleh pengedar, walaupun arahan telah dibuat. Perkara ini boleh dirujuk kepada Bhg. PKS atau Bhg Kewangan Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Sekian

Lain-lain09.04.2008

Kembali ke atas