Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Pakistan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PAKISTAN

Pakistan ialah negara Islam di selatan Asia. Nama

rasmi negara ini ialah Republik Islam Pakistan.

Lebih kurang 97 peratus penduduknya menganut

ajaran Islam. Agama merupakan sebab yang utama

Pakistan didirikan sebagai sebuah negara yang

merdeka.

UMUM 
PAKISTAN TIMUR

Pakistan Timur lihat Bangladesh.

UMUM 
SASTERA PAKISTANSastera yang diamalkan oleh masyarakat di Pakistan.SASTERAKonsep
ORANG PUSHTUN

Orang Pushtun ialah salah satu kumpulan etnik

yang terbesar di Afghanistan dan Pakistan.

Kumpulan itu merangkumi kira-kira setengah

jumlah penduduk Afghanistan dan kira-kira satu

per lima daripada jumlah penduduk Pakistan.

Kebanyakan orang Pushtun tinggal berhampiran

dengan sempadan di antara Afghanistan dengan

Pakistan – di bahagian timur Afghanistan atau

bahagian barat Pakistan.

UMUM 
ZIA’U AL-HAQ, MUHAMMAD

Zia’u al-Haq, Muhammad (1924–1988) ialah

ketua tentera Pakistan berpangkat jeneral,

pemimpin politik dan ketua negara Pakistan sejak

tahun 1977 sehingga dia meninggal dunia. Dia

lahir di Jawlandar yang kemudiannya dikenali

sebagai wilayah Punjab di India.

UMUM 
SUNGAI SUTLEJ

Sungai Sutlej ialah cabang Sungai Indus yang

terpanjang, sungai utama di Pakistan. Sungai

Sutlej bermula di kawasan Penara Tibet, di barat

daya China dengan ketinggian hampir lima

kilometer di atas aras laut. Sungai ini mengalir

berlengkok-lengkok melalui Pergunungan

Himalaya, dan merentasi bahagian barat laut

India, dan terus mengalir ke arah barat daya,

melalui Punjab, Pakistan, hingga bertemu Sungai

Indus di bahagian timur, tengah Pakistan.

Panjang Sungai Sutlej ialah 1370 kilometer.

Sungai ini ialah sumber air utama bagi dataran

Punjab yang kering. Salah satu empangan yang

tertinggi di dunia, Empangan Bhakra, terletak 226

meter di atas aras sungai berhampiran Bhakra,

India. Untuk lokasi sungai, lihat Pakistan (peta

muka bumi).

UMUM 
NAWAZ SHARIF

Nawaz Sharif (1949– ), perdana menteri

Pakistan dari tahun 1990 hingga tahun 1993. Dia

dilantik selepas partinya Islamic Democratic

Alliance memperoleh kemenangan yang besar

dalam pilihan raya kebangsaan. Dasar yang

diisytiharkan olehnya adalah untuk menghapuskan

perselisihan lama dan kesetiaan parokial. Dia juga

mempunyai matlamat untuk mewujudkan integrasi

nasional, menggalakkan perindustrian, dan

mengurangkan pergantungan bantuan dari luar

negara.

UMUM 
SUNGAI INDUS

Sungai Indus ialah sungai yang terpanjang di

Pakistan. Dalam puisi purba sejarah India, sungai ini

dikenali sebagai “Raja Sungai”. Sungai ini menjadi

sumber kepada salah satu sistem saliran yang

terbesar di dunia. Sungai Indus berpunca di Tibet di

utara Pergunungan Himalaya pada ketinggian 5180

meter, mengalir ke barat dan ke barat daya

sepanjang kira-kira 2897 kilometer dan mengalir

masuk ke Laut Arab melalui beberapa muara.

UMUM 
AYUB KHAN, MOHAMMAD

Ayub Khan, Mohammad (1907–1974),

pemimpin politik Pakistan. Dia lahir di Hazara,

Provinsi Sempadan Barat Laut. Dia mendapat

pendidikan di Aligarh Muslim University dan

terlatih di Royal Military Academy, Sandhurst, di

United Kingdom. Ayub Khan ditauliahkan di dalam

Tentera British India pada tahun 1928. Semasa

Perang Dunia II (1939–1945), dia bertugas di Burma.

UMUM 
BHUTTO, ZULFIKAR ALI

Bhutto, Zulfikar Ali (1928–1979) ialah presiden

dan perdana menteri Pakistan dari tahun 1971

hingga tahun 1977. Dia lahir di daerah Larkana

di wilayah Sindh. Bhutto mendapat pendidikan

di University of California Amerika Syarikat dan

Oxford University, England. Dia berkelayakan

sebagai barrister . Dari tahun 1958 hingga tahun

1966, dia berkhidmat sebagai menteri dalam

kerajaan Pakistan. Dia meletakkan jawatan pada

tahun 1966 untuk menubuhkan Pakistan People’s

Party (PPP).

UMUM 
123

Kembali ke atas