Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Palestin


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Adakah terjemahan bahasa Melayu bagi State of Palestine (berdasarkan nama rasmi dalam PBB dan ISO 3166) masih dikekalkan sebagai Palestin atau diubah menjadi Negara Palestin sebagai penggunaan rasmi di Malaysia? Terima kasih.Terjemahan bagi State of Palestine ialah negara Palestin. Walau bagaimanapun, dalam wacana bahasa Melayu negara Palestin dan Palestin, kedua-duanya digunakan.Istilah02.03.2023
MOHON DBP ambil tindakan dan siasat satu keratan akhbar bertarikh 12 Mei 2021, tentang Gaza di bedil, di dalam perenggan terakhir editor telah mengeluarkan kenyataan berhubung penduduk Palestin adalah penunjuk perasaan semasa Israel menghalau rakyat Palestin dari kediaman sendiri,. Ayat itu tidak sesuai di gunakan ibaratkan macam menyokong tindakan rejim zionis terhadap rakyat Palestin. Kerana rakyat berkenaan hanya mempertahankan hak dan agama Islam serta tempat masjid ke 3 suci , mohon DBP siasat dan minta sinar harian buat permohonan maaf terbuka dan menarik balik keratan tersebut. Ini adalah sensitif agama , bangsa dan saudara Islam.
Kami mengambil maklum akan aduan tuan ini dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan tuan.
Sekiranya ada maklumat lain, pihak tuan juga boleh mengemukakan aduan terus kepada Editor Sinar Harian untuk tindakan selanjutnya. 
Lain-lain12.05.2021
Apakah makna Intifada?Intifadah (perkataan Arab) bermaksud kebangkitan penduduk Palestin untuk menentang orang Israel yang menduduki Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, yang bermula pada tahun 1987.Makna28.07.2006
Penggunaan ritma pantun yang kurang tepat, semasa penutup kata pada setiap kali Berita RTM. "Dari sungai ke segara, Palestin pasti merdeka". Ritma di penghujung 'ra' dan 'ka', agak pelik. Mohon pencerahan.Untuk makluman, rima ialah  bunyi yang sama pada huruf akhir atau suku kata akhir dalam baris puisi (pantun). Rima akhir pula ialah rima pada setiap baris sesebuah puisi seperti rima dalam pantun empat kerat, iaitu a,b; a, b. Untuk rima akhir perkataan "segara" dan "merdeka", iaitu "ra" dan "ka" merupakan rima yang dikenali sebagai rima yang tidak sempurna tetapi diterima kerana bunyinya hampir sama apabila didengar. Sastera27.02.2024
adakah betul perkataan 'memperdamaikan'? adakah damai kata nama atau adjektif?Perkataan memperdamaikan boleh digunakan yang bermaksud membaikkan semula dua pihak yang bergaduh (berperang, bermusuh-musuhan dan lain-lain) atau menjadikan berdamai. Contoh ayat, Dia mencuba memperdamaikan orang-orang Israel dengan orang-orang Palestin.Tatabahasa16.08.2010
Manakah jawapannya I Guru-guru diminta untuk memastikan murid-murid tiada bermasalah disiplin di sekolah. II Ibu bapa yang hadir ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah menyesal sikap murid-murid yang tidak menghormati tetamu. III Program Nilam dianjurkan bertujuan untuk memupuk sikap suka membaca dalam kalangan murid-murid di sekolah. IV Para pemimpin Palestin bersetuju untuk berbincang di meja perundingan sebagai langkah penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi. A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IVHanya ayat no. 4 sahaja yang betul. Ayat yang betul ialah i. Guru-guru diminta untuk memastikan murid-murid tiada masalah disiplin di sekolah. ii. Ibu bapa yang hadir ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah kesal akan sikap murid-murid yang tidak menghormati tetamu. iii. Program Nilam dianjurkan bertujuan memupuk sikap suka membaca dalam kalangan murid di sekolah.Lain-lain19.08.2010
mksud kegawatan ekonomi. Punca, kesan dan cara mengatasi masalah kegawatan ekonomi.

Saudara,

Perkataan gawat bermakna berbahaya, genting, tegang: perdarahan demikian biasanya tidak begitu ~ tetapi perlu diadakan pemeriksaan dahulu;

menggawatkan : menimbulkan ketegangan, membahayakan (keadaan dll), menggentingkan (keadaan dll): kekejaman yg di lakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin semakin ~;

kegawatan : keadaan gawat, kegentingan, ketegangan: jelas sekali masyarakat yg didiskusikan oleh dramatisnya sedang berada dlm ~, kritikal, penuh krisis dan kekacauan; hanya beberapa hari sebelum dijalankan upacara akad nikah, barulah terjadi ~ itu.

Untuk mengetahui punca, kesan dan cara mengatasinya, saudara perlulah membuat penyelidikan dan rujukan di perpustakaan di tempat saudara tentang isu ini.   

Lain-lain10.11.2009

Kembali ke atas