Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Palestin


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARAFAT, YASSER

Arafat, Yasser (1929–2004) ialah Presiden

negara Palestin dan juga Presiden Pertubuhan

Pembebasan Palestin (PLO) semenjak tahun 1969.

Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) adalah

sebuah kesatuan rakyat Palestin yang bersumpah

taat setia untuk mengembalikan ketuanan kerajaan

Palestin. Lihat Palestin, Sejarah.

UMUM 
PERTUBUHAN PEMBEBASAN PALESTIN

Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).

Pertubuhan ini merupakan wakil tunggal bangsa

Arab Palestin yang berdaftar secara rasmi. Tujuan

utama pertubuhan ini ialah mengembalikan bumi

Palestin yang telah dirampas oleh Israel ke tangan

mereka semula. Palestin merupakan tempat

bersejarah yang penting kini; ia mengandungi

Palestin yang telah dijajah semenjak tahun 1948 dan

Tebing Barat, serta Semenanjung Gaza yang dijajah

semenjak tahun 1967.

UMUM 
PALESTIN, SEJARAH

Palestin, Sejarah ialah bumi Arab yang

bersejarah, terletak di hujung timur Laut

Mediterranean. Palestin dianggap salah satu

kawasan bersejarah terkemuka di dunia kerana di

situ muncul dua agama besar, iaitu agama Yahudi

dan Nasrani. Ia merupakan tanah suci dan tempat

yang banyak berlaku peristiwa-peristiwa yang

tertera di dalam kitab-kitab suci. Di Palestin juga

terdapat tempat-tempat suci orang Islam, iaitu

Masjid al-Aqsa, kiblat pertama dan tanah haram

ketiga selepas Makkah dan Madinah serta tempat

Rasulullah SAW diperjalankan dalam perjalanan

Israknya. Lihat Masjid al-Aqsa.

UMUM 
DARWAZAH, MUHAMMAD ‘IZZAH

Darwazah, Muhammad ‘Izzah (1306 –1404

H/1888–1984 M) ialah sasterawan dan ahli sejarah

yang berasal dari Palestin. Dia lahir di bandar

Napies di Palestin. Dia mendapat pendidikan di

Palestin dan memegang banyak jawatan penting

seperti Pengarah Hal-Ehwal Islam Palestin.

Darwazah menyertai gerakan nasionalisme di

Palestin. Dia kehilangan pendengaran pada tahun

1352 H, menyebabkan dia hanya menumpukan

perhatian terhadap bidang pembacaan dan

penulisan. Dia menghasilkan lebih daripada

50 buah buku dalam pelbagai bidang ilmu

pengetahuan terutamanya dalam bidang pengajian

al-Qur’an dan sejarah.

UMUM 
ANTONIUS, GEORGE

Antonius, George (1892–1942) ialah penulis dan

aktivis politik Palestin. Pada bulan Januari 1939, dia

dipilih sebagai salah seorang wakil bagi mewakili

negara Arab dalam persidangan mengenai masa

depan Palestin. Antonius kemudian dilantik sebagai

setiausaha agung bagi perwakilan Arab. Persidangan

yang diadakan di London itu berlangsung selama

enam hari dan berakhir dengan jalan buntu.

UMUM 
PERANG SALIB

Perang Salib ialah nama sempena serangan

askar-askar Kristian yang tersusun membentuk satu

gagasan untuk menguasai Palestin. Serangan ini

berlaku antara abad ke-5 dan abad ke-8 H./ 11–14

M. Serangan ini disebabkan oleh dua faktor utama,

iaitu bentuk muka bumi Palestin yang strategik dari

segi geografi yang menyambungkan di antara

timur dengan barat, dan keinginan menguasai

tempat suci (Baitulmaqdis). Seterusnya mereka juga

bertujuan menyekat usaha pembukaan negara-

negara dan kejayaan orang Islam yang bersifat

toleransi terhadap agama-agama samawi yang lain.

Mereka telah menyusun tentera yang datang dari

Eropah Barat dan melancarkan lapan serangan

utama antara tahun 490 H. dan 669 H., 1096 M. dan

1270 M. Tahun tersebut dianggap sebagai tahun

peluasan ekonomi bagi Eropah Barat dan

peningkatan kekuatan senjata.

UMUM 
KAUM KANAAN

Kaum Kanaan ialah orang yang disebut dalam

Wasiat Lama . Kaum Kanaan mendiami Canaan,

nama Palestin dalam kitab Bible, kira-kira pada

tahun 3000 S.M. Mereka merupakan penduduk

utama di tanah ini sehinggalah orang Israel

menakluknya pada tahun 1200 S.M. (lihat Palestin

[Sejarah awal dan penempatan orang Ibrani]).

UMUM 
SALAHUDDIN AL-AYYUBIPengasas Empayar Ayyubiyyah yang memerintah Mesir, Syria, palestin, Utara Mesopotamia dan Yaman sekitar penghujung abad ke 6 H./12 M.AGAMATokoh
SAMARIA

Samaria ialah nama bandar dan juga wilayah di

sekitar Palestin purba. Raja Omri membangunkan

Samaria pada kira-kira tahun 800 S.M. dan

menjadikannya ibu negara kerajaan Israel. Raja Omri

menamakannya sempena nama Shemer, pemilik

tanah tempat Samaria didirikan.

UMUM 
Q

Q ialah huruf ke-17 dalam abjad Inggeris. Ia

merupakan huruf yang digunakan oleh orang

Semit yang pernah tinggal di Syria dan Palestin.

Q ialah huruf ke-17 dalam abjad Inggeris. Ia

merupakan huruf yang digunakan oleh orang

Semit yang pernah tinggal di Syria dan Palestin.

Mereka menamakannya sebagai qoph yang

mungkin bermaksud beruk atau monyet dan

mereka menulisnya dengan simbol gambar yang

melambangkan seekor monyet. Orang Yunani

kemudiannya meminjam huruf Q ini buat seketika

waktu dan menyebutnya koppa. Orang Rom

mengambilnya daripada orang Yunani, dan

memberikan bentuk huruf Q besar seperti yang

ada kini. Mereka juga memperkenalkan penggunaan

huruf u selepas q . Lihat Abjad.

UMUM 
12345

Kembali ke atas