Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata PdP

Juga ditemukan dalam:


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum tuan, Manakah yang tepat, pdp, p& p atau pnp. Terima kasih tuan.Waalaikumsalam. Soalan puan tidak jelas. Singkatan "pdp" itu untuk perkataan apa? Sila hantar semula soalan puan.Lain-lain08.02.2015
Apakah singkatan yang Tepat untuk "Pengajaran dan pembelajaran" adakah "pdp" atau "PnP" atau "p&p". Singkatan yang manakah yang Tepat untuk saya gunakan. Terima kasih.Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025, frasa "Pengajaran dan Pembelajaran" ditulis penuh. Bagaimanapun, jika ada keperluan meringkaskan frasa tersebut, ejaan yang betul ialah "PdP" kerana dari segi ilmunya dalam penulisan perkataan tidak digabungkan dengan symbol, seperti ejaan P&P dan PnP lebih mirip kepada sebutan dalam bahasa Inggeris (and).

Ejaan11.09.2016
Zainab Abdullah Assalam admin ... mohon bantuan dan pengesahan pihak DBP berkenaan penggunaan singkatan 'pdp' seperti surat yg dilampirkan yang saya terima pagi ini melalui kumpulan whatsapp. Banyak kekeliruan timbul dalam kalangan guru yg mendpt penerangan berkaitan singkatan tersebut. Ada yg memaklumkan mereka mendpt penjelasan singkatan sebenar yg diterima pakai oleh pihak DBP ialah 'P&P. Terima kasih. SILA RUJUK SURAT YANG DIKELUARKAN OLEH DBP, no rujukan fail - DBP/323/600-2/3/17 K.4 (67) bertarikh 22 September 2016.Penjelasan kami adalah seperti isi kandungan surat berkenaan. Apabila ada keperluan menggunakan singkatan antara prinsip pembentukan singkatan termasuklah pemilihan huruf awal perkataan. Contohnya, huruf P, d dan P ialah huruf pertama bagi setiap perkataan dalam frasa “Pengajaran dan Pembelajaran”. Berasaskan prinsip inilah singkatan yang betul ialah “PdP”, sementelah singkatan ini telah mantap penggunaannya. Adapun bentuk yang lain, seperti “P&P” ialah bentuk yang tidak menepati rumus pembentukan singkatan kerana dalam teks bahasa Melayu, simbol tidak digunakan dalam frasa ataupun ayat.Ejaan27.09.2016
Saya guru Kesusasteraan Melayu.Saya amat berbesar hati jika pihak DBP dpt brkerjasama untuk meningkatkn pdp guru-guru kesusasteraan melayu.Saya ada cadangan .Antaranya : 1.Sesi dialog terbuka dgn penulis teks novel kesusasteraan melayu Saya sudi memberikn kerjasama sekiranya pihak tuan dpt merealisasikn hasrat saya ini demi kepentingan anak didik dan martabat subjek kesusasteraan melayu. No.telefon saya 012 4941273.Kami mencadangkan tuan menghubungi Ketua Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran DBP, Puan Hajah Siti Aisah Murad, melalui talian 03-2147 9222, e-mel aisah@dbp.gov.my.Lain-lain28.05.2015
Adakah pihak dbp akan menyediakan software khas yang boleh digunakan oleh golongan pendidik di Malaysia dalam pdp di sekolah?Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan perancang bahasa negara bertanggungjawab dalam usaha membina dan mengembangkan bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara kita dalam skala yang lebih besar. Komponen kecil seperti penggunaan bahasa dalam sektor pendidikan dan teknik pembelajaran boleh rujuk pihak yang berwenang, iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia.Lain-lain04.10.2015
salam 1 malaysia, Adakah ayat berikut sesuai digunakan. mohon pembetulan (jika perlu) Selain itu, dasar penempatan guru baharu dan pertukaran guru perlu dibuat pada awal tahun (januari) supaya tidak tidak menggangu PdP dalam bilik darjah serta pengurusan sekolah yang lain. Untuk meminimumkan masalah akibat daripada permasalahan ini, pihak KPM dan JPN perlu tegas dan tidak boleh ada campur tangan politik dalam hal tersebut, sebagaimana yang dicadangkan oleh pentabir sekolah dalam kajian ini. terima kasih. sekianSelain itu, dasar penempatan guru baharu dan pertukaran guru perlu dibuat pada awal tahun (bulan Januari) supaya tidak tidak menggangu PdP dalam bilik darjah serta pengurusan sekolah yang lain. Untuk meminimumkan masalah akibat permasalahan ini, pihak KPM dan JPN perlu tegas dan tidak boleh ada campur tangan politik dalam hal tersebut, sebagaimana yang dicadangkan oleh pentabir sekolah dalam kajian ini. Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen (walau dihantar satu demi satu). Pada masa akan datang, sila rujuk Kamus Dewan (boleh dilayari melalui laman www.prpm.dbp.gov.my) dan buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa28.09.2015
Assalamualaikum wbt tuan.. saya pelajar PhD dari UKM, bidang sumber dan teknologi. sekarang saya sedang membuat pembetulan untuk viva. saya ingin bertanyakan soalan mengenai pengubahsuaian perkataan bagi Personalized Learning, sekiranya ditukar kepada bahasa melayu..boleh kah dijadikan Pembelajaran yang diPeribadikan? Dan pada awal tahun 2013, saya telah menggunakan singkatan Pembelajaran yang diPeribadikan dengan PdP.Namun pada tahun lepas...pertukaran PdP ini adalah istilah bagi pengajaran dan pembelajaran..bukan lagi P&P.. Jadi saya mohon untuk pihak tuan membuat semakan bagi (1)- Personalized Learning - Pembelajaran yang diPeribadikan (atau penggunaan ini boleh ditukarkan bahasa atau saya perlu italic kan sahaja dalam tesis sy) (2)- Singkatan yang sesuai untuk Pembelajaran yang diPeribadikan - yang lama saya guna PdP (3)- Adakah P&P sudah tidak boleh digunakan lagi dalam penulisan tesis? Maklum balas dan bantuan daripada pihak tuan, saya dahulukan dengan jutaan terima kasihUntuk makluman, dalam bidang Pendidikan terdapat istilah "personalized teaching" yang padanan bahasa Melayunya ialah pengajaran diperibadikan. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "personalized learning" ialah pembelajaran diperibadikan. Untuk makluman puan juga, tidak terdapat singkatan yang khusus untuk istilah ini dalam pangkalan data istilah DBP.  Istilah01.02.2016
Akronim terkini bagi pengajaran dan pembelajaranDalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025, frasa "Pengajaran dan Pembelajaran" ditulis penuh. Bagaimanapun, jika ada keperluan meringkaskan frasa tersebut, ejaan yang betul ialah "PdP" kerana dari segi ilmunya dalam penulisan perkataan tidak digabungkan dengan simbol, seperti ejaan P&P dan PnP lebih mirip kepada sebutan dalam bahasa Inggeris (and).

Tatabahasa16.05.2017
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya boleh ke jika saya menterjemahkan 'sensemaking' sebagai "pertimbangan"? Selain kepekaan dan pengamatan? Hal ini kerana kajian ini untuk mendalami dan meneroka secara lebih mendalam proses pertimbangan (sensemaking) guru perakaunan tentang PdP secara atas talian? Tambahan pula, kajian ini menggunaan teori organisasi konsep pertimbangan daripada Weick 1995. Terima kasih Tn.

Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan “sensemaking” ialah “kepekaan deria” dan “pengamatan rasa".

Lain-lain06.10.2021
Salam sejahtera kepada Tuan/Puan. Saya ingin mengetahui isitilah Bahasa Melayu yang sesuai digunakan untuk perkataan constructionism, instructionism, constructionist dan instructionist. Untuk makluman, Constructionism ialah teori pembelajaran yang dipelopori oleh Dr. Seymour Papert. Instructionism merujuk kepada amalan yang berpusatkan guru. Guru harus mengalihkan pendekatan PdP dari perpektif intructionist ke constructionist. Terima kasih.

Dengan maklumat terhad yang diberikan, kami mencadangkan perkataan-perkataan tersebut diterjemahkan kepada: 

1. constructionism - teori/faham/aliran pembinaan (ilmu)  

2.  instructionism - teori/faham/aliran pengajaran (ilmu) 

3. constructionist -  pembina 

4. instructionist -  pengajar.

Penyemakan dan penterjemahan16.04.2014
12

Kembali ke atas