Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Pembenar

Juga ditemukan dalam:


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Tolong jelaskan dengan terperinci mengenai KATA PEMBENAR. 2)Jelaskan maknanya dan konteks yang berkaitan dengannya secara terperinci.Kata pembenar ialah perkataan yang mengesahkan sesuatu pernyataan. Contoh kata pembenar ialah ya, benar, dan betul.  Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 9, halaman 256.Istilah20.03.2009
Salam sejahtera, boleh hamba tahu, bagaimana kita boleh membezakan penggunaan kata pembenar ya, betul dan benar? Sekian terima kasih!Kata pembenar ialah perkataan yang mengesahkan sesuatu pernyataan. Antara kata pembenar ialah “ya”, “benar” dan “betul”. Ketiga-tiga perkataan tersebut bersifat setara dan tidak ada perbezaan. Sehubungan dengan itu,  perkataan-perkataan tersebut boleh digunakan secara bersilih berganti.Tatabahasa27.04.2022
Salam sejahtera. Saya En. Yew yang mengajar di SJKC Desa Jaya, Kepong, Selangor. Saya menghadapi masalah dalam pembelajaran Kata Pembenar, iaitu ya, benar dan betul. Bagaimanakah saya dapat membezakan penggunaan ketiga-tiga jenis Kata Pembenar ini? Sekian, terima kasih.Berdasarkan makna kamus, tidak ada perbezaan bagi maksud perkataan ya, benar dan betul, maka penggunaannya boleh bertukar ganti dalam ayat.
Contohnya: 
(a) Ya, itulah orangnya.
(b) Benar, itulah orangnya.
(c) Betul, itulah orangnya.
Tatabahasa07.05.2014
1.Apakah perbezaan antara perkataan betul dan benar 2. Bagaimanakah penggunaannya dalam ayat ?Kata benar dan betul boleh berfungsi sebagai kata pembenar atau kata penguat bergantung pada kesesuaian ayat. Jika ayat 'Benar, kamilah penjaga kanak-kanak ini' (kata pembenar) dan 'Keputusan peperiksaannya buruk betul' (kata penguat).  Untuk makluman saudara kata benar dan betul adalah kata penguat belakang, manakala sungguh adalah kata penguat hadapan dan kedua-dua kata penguat (hadapan dan belakang) tidak boleh hadir dalam satu ayat.Tatabahasa06.02.2013
Salam sejahtera. Saya Cikgu Yew yang mengajar di SJKC Desa Jaya, Kepong, Selangor. Untuk makluman, saya hadapi masalah dari segi Kata Pembenar. Bagaimanakah saya hendak bezakan cara penggunaan ya, banar atau betul? Saya sudah bertanya kepada guru-guru di sekolah tetapi tidak sesiapa yang dapat memberikan jawapan yang memuaskan. Sekian, terima kasih.Buku tatabahasa tidak mengkhususkan penggunaan kata pembenar. Kamus Dewan pula memberi tarifan yang sama bagi benar dan betul. Oleh yang demikian, kami berpandangan kedua-dua kata pembenar boleh bersilih ganti penggunaannya.Tatabahasa06.05.2014
Adakah perkataan 'betul' dan 'benar' mempunyai sebarang perbezaan.Kata pembenar "benar" dan "betul" sama makna dan fungsinya dalam ayat.Tatabahasa15.09.2011
Salam sejahtera, Terima kasih ! Saya menerima respon daripada pihak DBP tadi mengenai soalan " sungguh hebat benar " dan " sungguh hebat betul " tetapi saya masih tidak memahami dgn jelas. Saya difahamkan " benar dan betul " bukan kata penguat tetapi kata pembenar. Jadi adakah " sungguh hebat benar " dan " sungguh hebat betul " itu salah ? Contoh ayat : Ahli gusti itu sungguh kuat betul . Adakah ayat ini gramatis ? Menurut sebuah buku, dikatakan kata " sungguh " dan " betul " tidak boleh hadir serentak dalam satu ayat yang sama. Sekiranya benar, mengapa dua kata tersebut tidak boleh hadir bersama dalam satu ayat ? Terima kasih & maaf mengganggu.Kata benar dan betul boleh berfungsi sebagai kata pembenar atau kata penguat bergantung pada kesesuaian ayat. Jika ayat 'Benar, kamilah penjaga kanak-kanak ini' (kata pembenar) dan 'Keputusan peperiksaannya buruk betul' (kata penguat). Frasa 'sungguh hebat benar' dan 'sungguh hebat betul' adalah tidak gramatis. Frasa yang gramatis ialah 'sungguh hebat', hebat benar' dan 'hebat betul'. Untuk makluman saudara kata benar dan betul adalah kata penguat belakang, manakala sungguh adalah kata penguat hadapan dan kedua-dua kata penguat (hadapan dan belakang) tidak boleh hadir dalam satu ayat.Tatabahasa21.02.2011
1. Respon kepada soalan saya yang lepas iaitu jika 'ya' merupakan kata pembenar, apakah bentuk kata terbitan 'ya' sekiranya digabungkan dengan imbuhan apaitan 'meN-...-kan'. Adakah 'mengeyakan', 'mengyakan' atau 'mengiakan'.( dengan membawa maksud bersetuju dengan pendapat orang lain) 2. "Saya" merupakan bentuk kata ganti nama diri orang pertama. Bagaimana pula dengan 'adik saya', 'abang saya' dan 'ibu saya'?. 3. Apakah bentuk ayat pasif bagi ayat aktif di bawah? i) Ibu saya menanam sayur di belakang rumah.1. Kata terbitan daripada perkataan ya ialah mengeyakan, jika perkataan ia menerbitkan perkataan beria-ia barulah menghasilkan perkataan mengiakan.
2. Saya ialah kata ganti nama diri pertama, manakala abang saya dan adik saya ialah frasa (bukan kata ganti nama diri).
3. Sayur ditanam ibu di belakang rumah.
Tatabahasa03.03.2012
Apakah itu praklausaKata Praklausa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, iaitu yang terdiri daripada kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar dan kata pangkal ayat. Fungsi kata praklausa adalah untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, atau sebagai penerang kepada pangkal klausa.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan bentuk-bentuk kata yang tergolong sebagai kata praklausa, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga pada halaman 254 hingga 257.
Tatabahasa10.08.2022
kata tugasKata tugas ialah unit yang tidak dapat berdiri sendiri yang memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Fungsinya sebagai  penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, dan pemeri. Contoh : dan, atau, wah, sila, maka, akan, sangat, pun, dan ialah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 91 - 93.Tatabahasa18.03.2010
12

Kembali ke atas