Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sesuatu yg telah diuntukkan, bahagian atau jumlah (wang dll) yg ditetapkan (ditentukan) utk: Dewan Rakyat telah me-luluskan ~ utk membina rumah-rumah pemulihan akhlak; 2. syarat atau ketentuan (dlm undang-undang dsb): ~ undang-undang utk membataskan poligami. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sesuatu yg diuntukkan; bahagian yg disediakan (utk sesuatu): ~ sudah dibuat utk membina surau itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
untuk (kata tugas)
1. Bersinonim dengan bagi: bahagian, habuan, umpuk, hak,

2. Bersinonim dengan guna: buat, bagi, bakal,

3. Bersinonim dengan sebagai: dijadikan sebagai, digunakan sebagai,

4. Bersinonim dengan supaya: agar, moga,

Kata Terbitan : memperuntukkan, peruntukan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perbezaan Akta Bahasa Kebangsaan dan Akta Pendidikan

Saudara,

Akta Bahasa Kebangsaan membincangkan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan, manakala Akta Pendidikan menyentuh aspek sistem pendidikan negara.   

Lain-lain04.07.2010
Mohon semak ayat di bawah, ayat mana yang betul? 1) tertakluk peruntukan diluluskan pada tahun 2024 2) tertakluk kepada peruntukan diluluskan pada tahun 2024 3) tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan pada tahun 2024 4) tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan pada Tahun 2024Ayat yang betul ialah "Tertakluk pada peruntukan yang diluluskan pada tahun 2024"Tatabahasa31.10.2023
Semua tuntutan hendaklah dibuat di Jabatan Pelajaran Negeri di bawah peruntukan Kumpulan Wang Amanah. Semua tuntutan hendaklah dibuat di Jabatan Pelajaran Negeri bawah peruntukan Kumpulan Wang Amanah. Ayat mana yang betul?Ayat yang betul ialah Semua tuntutan hendaklah dibuat di Jabatan Pelajaran Negeri di bawah peruntukan Kumpulan Wang Amanah kerana "di bawah" di sini bermaksud tertakluk pada peraturan, undang-undang, bimbingan, arahan, kuasa dan sebagainya.Tatabahasa11.02.2010
Dalam peruntukan di bawah ini, kedua-dua perkataan “pasted” dan “affixed” telah dipadankan dengan perkataan "dilekatkan". Bolehkah perkataan “pasted” dipadankan dengan “ditampalkan” dan “affixed” dipadankan dengan “dilekatkan”? “6. (2) Where a food sample is divided into three parts one of such label as specified in subregulation (1) shall be pasted on each part of the sample while the remaining label is to be affixed to the request for analysis form. (2) Jika sesuatu sampel makanan dibahagikan kepada tiga bahagian satu daripada label yang dinyatakan dalam subperaturan (1) hendaklah dilekatkan pada tiap-tiap bahagian sampel itu manakala label yang tinggal hendaklah dilekatkan pada borang permintaan bagi analisis.”.Padanan bahasa Melayu yang diberikan bagi "pasted" sebagai ditampalkan dan "affixed" sebagai dilekatkan adalah betul dan boleh digunakan bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan28.05.2021
Dalam peruntukan di bawah ini perkataan “contaminate” dan “taint” dipadankan dengan “mencemari” dan “merosakkan” masing-masing. Kami bercadang untuk menukar padanan tersebut kepada “mengkontaminasikan” dan “mencemarkan”. Adakah cadangan padanan ini bersesuaian? “36A. (1) The reduced iron powder specified in paragraph 36(2)(c) shall be enclosed in a sachet in such a manner that the oxygen absorber will not contaminate, taint or migrate into the food. (1) Serbuk besi yang diturunkan yang dinyatakan dalam perenggan 36(2)(c) hendaklah dibungkus dalam paket mengikut cara yang penyerap oksigen itu tidak mencemari, merosakkan atau masuk ke dalam makanan.”.

Mengikut Daftar Istiah Bahasa Melayu, padanan "contamine" dalam bahasa Melayu ialah "pengkontaminasi" yang bermaksud menjadikan sesuatu tidak selamat digunakan kerana dicemar oleh bahan yang membahayakan, manakala perkataan "taint" pula membawa maksud "cemar", "dicemari", "tercemar" dan "kotoran".

Berdasarkan pertanyaan tersebut, cadangan ayat yang sesuai ialah "Serbuk besi yang dikurangkan seperti yang dinyatakan dalam perenggan 36(2)(c) hendaklah dibungkus dalam uncang mengikut cara yang betul supaya penyerap oksigen itu tidak mencemari, merosakkan atau masuk ke dalam makanan.”.

Istilah28.05.2021
Padanan dalam peruntukan di bawah ini bagi “gelling agent” ialah “agen penggelan”. Kami bercadang untuk menggunakan padanan lain iaitu “agen pengegelan” atau “agen antikerak”. Adakah padanan yang dicadangkan ini sesuai bagi istilah ini.Kami mencadangkan padanan bagi istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

gelling agent - agen pengegelan


Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain28.05.2021
Selamat sejahtera. Saya hendak bertanya mengenai ayat ini: "Mengemukakan maklumat penyaluran peruntukan yang diturunkan ke akaun sekolah kepada PPD untuk tujuan semakan dan pengesahan penerimaan peruntukan." Adakah penggunaan perkataan 'untuk tujuan' dalam ayat tersebut adalah lewah? atau jika penggunaan 'bertujuan untuk' sahaja dianggap lewah dalam bahasa melayu?
Ayat yang gramatis ialah  "Mengemukakan maklumat penyaluran peruntukan yang diturunkan ke akaun sekolah kepada PPD untuk semakan dan pengesahan penerimaan peruntukan."
Tatabahasa02.12.2020
Boleh terangkan rumus tatabahasa 'peruntukan'? Kalau ditambah 'di' menjadi 'diperuntukan' atau 'diperuntukkan' amat mengelirukan kerana khidmat nasihat dbp mempunyai kedua-dua jawapan. saya mohon bahagian khidmat nasihat selalu kemas kini jawapan-jawapan terdahulu yang salah untuk dibuang daripada sistem supaya tidak mengelirukan pengguna. Terima Kasih....Memperuntukkan ialah kata terbitan daripada kata dasar peruntukan. Peruntukan menerima apitan di-...-kan menerbitkan kata diperuntukkan, bukannya apitan di-...an yang memungkinkan kata terbitan diperuntukan. Mohon maaf atas kekeliruan maklumat yang kami berikan.Tatabahasa16.07.2020
Ayat yang ditulis oleh DBP:- Ayat yang betul ialah "Tertakluk pada peruntukan yang diluluskan pada tahun 2024" Soalan saya: kenapa guna perkataan pada bukan kepada? tertakluk pada paeruntukan ATAU tertakluk kepada peruntukan (mengelirukan) Mohon jasa baik DBP untuk menjelaskan dengan jelas supaya BM dapat digunakan dengan berkesan tanpa mengelirukan.Untuk makluman tuan, frasa yang betul ialah "tertakluk pada" kerana kata sendi nama "pada" digunakan untuk menunjukkan maksud sandaran, seperti "tertakluk pada" . Dalam hal ini "peruntukan" menjadi sandaran bagi "tertakluk", justeru frasa yang betul ialah "tertakluk pada peruntukan".Tatabahasa06.11.2023
Perkataan "nutritionally adequate" dalam peruntukan di bawah ini dipadankan dengan "berzat secukupnya" manakala dalam peruntukan yang lain perkataan "nutritionally" dipadankan pula dengan dengan “pemakanan”. Melalui semakan kami, perkataan “nutritionally” seperti “nutritionally-related disease” dipadankan dengan “penyakit berkaitan pemakanan”. Oleh itu, apakah padanan bagi "nutritionally adequate" dan "nutritionally available carbohydrates" 389A. (2) Follow-up formula shall be nutritionally adequate to contribute to normal growth and development when used in accordance with its direction for use. 389A. (2) Rumusan susulan hendaklah berzat secukupnya untuk menyumbang kepada tumbesaran dan perkembangan yang normal apabila digunakan mengikut arahan penggunaannya. 389A.(6) Follow-up formula shall contain nutritionally available carbohydrates suitable for the feeding of infant of six months and children in such quantities as to adjust the product to the energy density in accordance with the requirements set out in subregulation (4). 389A.(6) Rumusan susulan hendaklah mengandungi pemakanan karbohidrat sedia ada yang sesuai untuk makanan bayi yang berumur enam bulan dan kanak-kanak kecil dalam kuantiti tertentu supaya keluaran diselaraskan dengan kandungan tenaga mengikut kehendak yang dinyatakan dalam subperaturan (4).Padanan kata bahasa Melayu bagi "nutritionally adequate" ialah cukup berzat. Padanan kata bahasa Melayu bagi "nutritionally available carbohydrates" ialah pemakanan berkarbohidrat atau pemakanan tersedia karbohidrat.

Pihak puan juga boleh merujuk dan menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan penterjemahan.
Lain-lain18.07.2021
123456789

Kembali ke atas