Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Poland


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POLAND

Poland ialah negara besar Eropah tengah yang

bersempadan dengan Laut Baltik. Warsaw ialah ibu

negara Poland dan bandar yang terbesar.

UMUM 
PITSUDSKI, JÓZEF

Pitsudski, Józef (1867–1935) ialah patriot Poland

yang memimpin pergerakan pembebasan Poland

daripada Rusia dan membantu menyatupadukan

negaranya. Pilsudski berkhidmat sebagai ketua

negara Poland yang pertama dan juga menteri

perang selepas Poland bertukar menjadi sebuah

republik pada tahun 1918. Perlembagaan demokrasi

yang baru diwujudkan menjadikan jawatan presiden

sebagai satu jawatan yang lemah. Oleh itu, Pitsudski

enggan dicalonkan untuk memegang jawatan

tersebut. Pada tahun 1922, dia mengundurkan diri

daripada politik buat sementara waktu. Pada tahun

1926, dia menggunakan kuasa tentera untuk

menggulingkan kerajaan. Profesor Ignacy Mos´cicki

dilantik menjadi presiden yang baru. Pitsudski

menjadi perdana menteri dan berkhidmat hingga

tahun 1928. Pada tahun 1930, dia sekali lagi menjadi

perdana menteri. Pitsudski berjaya mengekalkan

kuasa sebenarnya dalam kerajaan dan berkuasa

sepenuhnya sejak tahun 1926 sehinggalah dia

meninggal dunia.

UMUM 
KORIDOR POLAND

Koridor Poland ialah sejalur kawasan sempit

yang diambil dari Jerman dan diberi kepada

Poland selepas kekalahan Jerman dalam Perang

Dunia I (1914–1918).

UMUM 
KOSCIUSZKO, THADDEUS

Kosciuszko, Thaddeus (1746–1817), pahlawan

Poland yang berjuang untuk kemerdekaan Amerika

Syarikat dan Poland.

UMUM 
SUNGAI VISTULA

Sungai Vistula ialah laluan air yang penting di

kawasan timur Eropah Tengah. Sungai ini ialah

laluan yang sesak di Poland. Sungai Vistula

bermula di Pergunungan Carpathian di bahagian

selatan Poland, dan seterusnya mengalir mengikut

laluan berlingkar ke arah utara. Sungai ini

merentasi bandar Warsaw dan mengalir dalam

beberapa cawangan sebelum memasuki Laut

Baltik. Gda´nsk terletak di kuala Sungai Nogat, iaitu

cawangan sungai tersebut yang paling ke barat.

Lihat Poland (peta rupa bumi).

UMUM 
SINGER, ISAAC BASHEVIS

Singer, Isaac Bashevis (1904–1991) ialah

pengarang kelahiran Poland yang menerima

Hadiah Nobel untuk kesusasteraan pada tahun

1978. Singer yang menulis dalam bahasa Yiddish,

anak kepada seorang rabai. Pendidikan Yahudi dan

Poland membentuk asas penulisannya.

UMUMKonsep
SILESIA

Silesia ialah wilayah di barat daya Poland, timur

Jerman, dan bahagian utara Republik Czech. Kawasan

yang termasuk di dalamnya ialah bahagian hulu

Lembah Sungai Oder dan Gunung Sudetes. Silesia

meliputi kawasan seluas 49 000 kilometer persegi

dan berpenduduk kira-kira 10 000 orang. Katowice

dan Wroclaw, Poland merupakan bandar utamanya.

UMUM 
STRZELECKI, SIR PAUL EDMUND DE

Strzelecki, Sir Paul Edmund de (1797–1873),

ialah penjelajah dan ahli sains Poland, yang

mendaki dan menamakan Gunung Kosciusko,

puncak tertinggi di Alps Australia, pada tahun 1840.

Dia berminat dalam bidang geologi dan mineralogi.

Strzelecki meneroka sebahagian besar New

South Wales serta Pulau Tasmania. Pada tahun 1839,

dia menemui sedikit logam emas berdekatan Hartley

dan Wellington, di New South Wales. Dia

menyatakan bahawa kawasan Bathurst

mengandungi emas dalam jumlah yang banyak. Pada

tahun 1840, dia pergi dari Gunung Kosciusko melalui

Gippsland ke West Port, dan Melbourne. Laluan yang

sukar membuatkannya meninggalkan kuda dan

sebilangan contoh-contoh geologi. Strzelecki lahir

berhampiran dengan tempat yang kini dikenali

Poznan´, di Poland. Dia mendapat pendidikan di

Warsaw, dan menganggotai angkatan tentera

Prussia. Dia sampai di Australia pada tahun 1839,

tetapi menetap di Britain pada tahun 1843.

UMUM 
ASCH, SHOLEM

Asch, Sholem (1880–1957), pengarang kelahiran

Poland, orang pertama yang mendapat pengakuan

dunia kerana menulis dalam bahasa Yiddish.

Watak-watak dalam karya Asch mencari iman dan

merindukan sesuatu yang ideal. Suatu tema utama

dalam karyanya ialah bahawa individu, biar betapa

berdosa sekalipun dia, namun dia akan berusaha

mencari kesucian.

UMUM 
CHOPIN, FRÉDÉRIC FRANÇOISChopin, Frédéric François (1810–1849),
penggubah muzik kelahiran Poland, merupakan
seorang “master” dalam penggubahan muzik
piano. Chopin menggubah muzik kamar (muzik
untuk kumpulan alat yang kecil), beberapa lagu,
dan beberapa buah lagi untuk piano dan orkestra.
Tetapi kemasyhurannya terletak semata-mata atas
lebih daripada 200 gubahan untuk piano solo.
UMUMUmum
123

Kembali ke atas