Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (protin) zat yg membina tubuh (ter­dapat dlm daging, susu, telur dll): ~ membina tubuh serta membaiki segala bahagian tubuh yg rosak, luka, atau cedera; berprotein mengandungi protein: makanan yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /protin/ zat yg perlu utk membina tubuh dan menjaga kesihatan, yg biasanya terdapat dlm daging (susu dan telur). ~ haiwan protein yg diperoleh dr haiwan, spt ikan dan lembu. ~ tumbuh-tumbuhan protein yg diperoleh dr tumbuh-tumbuhan, spt kacang soya dan kacang tanah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Protein


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.saya ingin mendapatkan kepastian bagi istilah 'adaptor protein'. ringkas mengenai 'adaptor protein'. ia merupakan pelengkap kepada gabungan protein dalam transduksi pengsiyaratan sel. tanpa protein tersebut, pengisyaratan hiliran tidak dapat dilaksanakan. dalam pangkalan data DBP, istilah adaptor protein masih belum dimasukkan. bolehkah saya lakukan 'diirect translation' bagi istilah tersebut yakni protein penyesuai. memandangkan, protein diterjemah sebagai protein manakala adaptor adalah sebagai penyesuai. terima kasih atas nasihat yang diberikan.Mengikut data DBP dalam bidang sains, memang ada istilah adaptor yang diberikan padanan penyesuai.  Contohnya molecule adaptor = penyesuai molekul (biologi), adaptor = penyesuai (kimia). Maka dari segi pembentukan, protein adaptor boleh diberikan padanan penyesuai protein.Istilah22.08.2017
Istilah bagi “protein coagulating enzymes” telah dipadankan dengan “enzim pembeku protein”. Walau bagaimanapun, melalui semakan kami di PRPM, terdapat padanan “enzim pengkoagulat protein” dan “enzim penggumpal”. Sekiranya istilah “enzim pengkoagulat protein” boleh digunakan, sama ada terdapat perkataan “mengkoagulatkan” untuk dipadankan dengan perkataan “coagulating”. Begitu juga sekiranya “enzim penggumpal” boleh digunakan, adakah “perkataan “coagulating” boleh dipadankan dengan “menggumpalkan” dalam konteks contoh ayat di bawah ini. Cheese 106. (1) Cheese shall be the fresh or matured solid or semi-solid product obtained by coagulating milk, cream, skimmed or partly skimmed milk or any components of milk, or a mixture of any such substance with rennet or any other protein coagulating enzymes and includes the food for which a standard is prescribed in regulations 107 and 108. Keju 106. (1) Keju hendaklah hasil pepejal atau separa pepejal yang segar atau matang yang diperoleh dengan membekukan susu, krim, susu skim atau susu skim separa atau mana-mana komponen susu, atau campuran mana-mana bahan sedemikian dengan renet atau apa-apa enzim pembeku protein lain dan termasuklah makanan yang standardnya ditetapkan dalam peraturan 107 dan 108.Berdasarkan semakan PRPM, padanan istilah bahasa Melayu bagi "coagulate" ialah "gumpal", manakala "coagulating" dalam bahasa Melayu ialah "pengkoagulat; penggumpal; penggumpalan".

Bagi terjemahan konteks ayat yang diberikan, perkataan "menggumpalkan" susu dan padanan "enzim penggumpal protein" boleh disesuaikan dalam penggunaan ayat tersebut. Kamus Dewan Edisi Keempat merakamkan penggunaan "gumpal" bagi susu. Terjemahan ini bergantung kepada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain28.05.2021
Assalam Saya ingin mendapatkan terjemahan yang betul untuk perkataan berikut 1. Hi Protein Unbleached Plain Wheat Flour 2. Hi Protein Unbleached Whole Wheat Flour Terima kasihUntuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "Hi Protein Unbleached Plain Wheat Flour" dan "Hi Protein Unbleached Whole Wheat Flour". Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Tepung Gandum Biasa Tanpa Pemutih Protein Tinggi dan Tepung Gandum Lengkap Tanpa Pemutih Protein Tinggi.Istilah08.04.2014
Salam dan selamat sejahtera, Saya ingin bertanya mengenai terjemahan untuk 'protein shake'. Terima kasih.

Terjemahan yang sesuai bagi “protein shake” ialah protein kocak, merujuk campuran bahan yang mempunyai kandungan protein dan air yang digoncangkan sebelum diminum, contoh lain penggunaan pola terjemahan ini ialah “milk shake”, iaitu susu kocak.

Istilah17.12.2019
Apakah padanan bagi "Protein Efficiency Ratio (PER)"Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

Protein Efficiency Ratio
(PER) - nisbah kecekapan protein 

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain23.07.2021
Adakah padanan “presented as such” dalam ayat di bawah ini betul dari sudut padanannya iaitu “disediakan sedemikian”. 391.(7) The protein content of the processed cereal-based foods for infants and young children shall be as follows: (c) For products mentioned in subparagraph (1)(c)(iv) which is made with the addition of a high protein food, and presented as such, the added protein shall not be less than 1.5 g per 100 kcal or 0.36 g per 100 kJ. 391.(7) Kandungan protein bagi makanan diproses yang berasaskan bijirin untuk bayi dan kanak-kanak kecil adalah seperti yang berikut: (c) bagi produk yang disebut dalam subperenggan (1)(c)(iv) yang dibuat dengan penambahan makanan berprotein tinggi, dan disediakan sedemikian, protein yang ditambah hendaklah tidak kurang daripada 1.5 g bagi setiap 100 kcal atau 0.36 g bagi setiap 100 kJPadanan bahasa Melayu "disediakan sedemikian" bagi perkataan "presented as such" boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.Lain-lain27.07.2021
Mohon pendapat: Orang yang tidak makan makanan berdaging dipanggil Vegetarian, apakah panggilan kepada orang yang alahan kepada sesuatu bahan/makanan? Adakah orang itu dipanggil Alergen? Mohon bantuan. Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud Alergen ialah bahan protein atau bukan protein yg boleh menyebabkan alahanan. Istilah yang sesuai digunakan untuk orang yang mempunyai masalah alahan adalah seperti berikut: Contoh Alahan Makanan Laut. Istilah28.04.2016
maksud "talasemia" didalam kamus dewan bahasaTalasemia bermaksud sejenis penyakit keturunan yang berpunca daripada kurangnya protein globin yang menjadi komponen hemoglobin dalam darah.Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1580. Makna20.11.2008
Jika pemayur adalah padanan bagi istilah vegetarian, bagaimana pula pescatarian (hanya makan hasil laut seperti ikan, kerang-kerangan dan sayur-sayuran darat tanpa ayam/daging), pollotarian (mendapatkan sumber protein haiwan daripada ayam sahaja bukan daging atau ikan) dan vegan (seseorang yang tidak makan atau menggunakan apa - apa yang dihasilkan daripada haiwan misalnya belulang untuk kasut kulit dan sebagainya).Belum ada lagi padanan bagi perkataan pescatarian dan pollotarian. Dalam teks Bahasa Melayu kedua-dua perkataan ini dihuraikan berdasarkan konsep makna perkataan tersebut sepertimana vegan, huraiannya orang yang makan sayur dan buah-buahan sahaja.

Istilah13.03.2018
Salam sejahtera. Semasa di sekolah rendah, guru mengajar bahawa Kata Ganti Nama ke-3 "ia" khas untuk binatang dan benda bukan untuk manusia. Kemudian saya mendapati bahawa "ia" juga dipakai untuk manusia. Sebuah buku tatabahasa menunjukkan kesalahan umum seperti berikut; "Makanlah ikan kerana IA mengandungi protein", sepatutnya "Makanlah ikan kerana IKAN mengandungi proten", dan "Ikan-ikan itu mati kerana MEREKA terkena racun", sepatutnya "Ikan-ikan itu mati kerana IKAN-IKAN terkena racun." Bagi pendapat saya, saya lebih selesa dengan ayat yang dinyatakan sebagai kesalahan umum di atas kerana ikan dan ikan-ikan tidak perlu disebut 2 kali dalam setiap frasa ayat, memadai menggunakan KGN ke-3, "ia". Sila betulkan saya. Terima kasih.Pendapatan saudara/i tentang penggunaan "ia" tidak tepat. Perkataan ia sememangnya digunakan untuk merujuk manusia. Perkataan ia merupakan kependekan daripada perkataan dia yang digolongkan sebagai kata ganti nama diri ketiga. Berdasarkan contoh yang diberi, ayat "Makanlah ikan kerana iakan mengandungi protein" betul, untuk ayat kedua cukup sekadar menulis "Ikan-ikan itu mati kerana terkena racun".Tatabahasa06.04.2013
12

Kembali ke atas