Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (protin) zat yg membina tubuh (terĀ­dapat dlm daging, susu, telur dll): ~ membina tubuh serta membaiki segala bahagian tubuh yg rosak, luka, atau cedera; berprotein mengandungi protein: makanan yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /protin/ zat yg perlu utk membina tubuh dan menjaga kesihatan, yg biasanya terdapat dlm daging (susu dan telur). ~ haiwan protein yg diperoleh dr haiwan, spt ikan dan lembu. ~ tumbuh-tumbuhan protein yg diperoleh dr tumbuh-tumbuhan, spt kacang soya dan kacang tanah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Protein


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fibrous proteinprotein bergentian; protein berserabut; protein berseratPerubatanTiadaProtein yang tidak larut di dalam air, biasanya terdapat pada rambut, kulit dan otot.
fibrous proteinprotein bergentian; protein berserabut; protein berseratVeterinarTiadaTiada
fibrous proteinprotein bergentian; protein berserabut; protein berseratKimiaTiadaTiada
proteinproteinVeterinarTiadaSebatian organik yang terdapat dalam organisma hidup yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen, nitrogen serta sulfur. Molekul protein terdiri daripada satu atau beberapa rantai panjang asid amino yang dihubungkan dalam urutan tertentu. Terdapat 20 jenis asid amino dalam protein. Protein berfungsi sebagai enzim, hormon, imunoglobulin, membaiki tisu yang rosak dan menghasilkan tenaga apabila dioksidakan. Protein juga terlibat dalam pengangkutan oksigen, pengecutan otot dan pengangkutan elektron. Protein dapat dikelaskan kepada protein globul yang selalunya larut dalam air seperti enzim, antibodi, hormon, hemoglobin dan kasein; protein gentian yang selalunya tidak larut dalam air dan berbentuk panjang serta kenyal seperti keratin, aktin, miosin dan fibrin; dan protein kompleks yang bergabung dengan sebatian lain seperti glikoprotein dan lipoprotein.
supplementary proteinprotein pelengkapVeterinarTiadaProtein yang dibekalkan kepada ternakan untuk memenuhi keperluan protein harian dalam situasi tertentu. Protein ini perlu diberikan sekiranya ternakan mendapat protein berkualiti rendah, diserang penyakit atau semasa ternakan mengalami tekanan. Selain itu, protein pelengkap juga diberi kepada ternakan untuk menggalakkan pertumbuhan dengan lebih cepat, merangsang pengeluaran susu atau semasa ternakan berada di peringkat akhir bunting. Antara sumber protein yang biasa diberikan ialah mil ikan, mil kacang soya dan konsentrat protein. Sumber protein pelengkap yang berasaskan tumbuhan pula antaranya ialah kekacang seperti petai belalang, glirisidia, kenaf dan mulberi. Walau bagaimanapun, sumber bukan protein seperti urea juga boleh dibekalkan kepada ternakan ruminan pada kadar antara 0.5% hingga 1%.
microbial proteinprotein mikrobVeterinarTiadaProtein yang terhasil daripada mikrob. Pada ternakan ruminan, protein ini banyak terdapat di dalam rumen yang terdiri daripada bakteria dan protozoa. Mikrob ini akan bergerak ke abomasum dan seterusnya dicerna oleh enzim pepsin dalam abomasum. Hampir 70% daripada keseluruhan protein yang diperoleh haiwan ruminan didapati daripada protein mikrob. Pada ternakan herbivor dan babi, protein ini terdapat di dalam kolon dan sekum serta menyumbang kira-kira 10% daripada keperluan protein untuk haiwan tersebut. Protein jenis ini juga terdapat dalam protein sel tunggal yang selalunya dijadikan sebagai sumber bahan makanan ternakan.
conjugate proteinprotein konjugatKimiaTiadaProtein yang bercantum dengan kumpulan bukan protein selain garam atau protein ringkas, dan mengandung asid amino, asid nukleik, karbohidrat, lipid dan sebagainya.
conjugated proteinprotein konjugatKimiaBiokimiaProtein yang bercantum dengan kumpulan bukan protein selain garam atau protein ringkas, dan mengandungi asid amino, asid nukleik, karbohidrat, lipid dan sebagainya.
digestible crude proteinprotein kasar boleh cernaVeterinarTiadaKuantiti protein kasar yang boleh dicerna dan diserap oleh haiwan. Kuantiti ini dikaitkan dengan kandungan protein yang terdapat dalam bahan makanan tersebut. Nilai protein kasar ini penting bagi merumus sesuatu rangsum yang berbeza mengikut jenis haiwan yang menggunakannya. Kaedah pengiraan nilai protein kasar boleh cerna ialah jumlah protein kasar yang dimakan oleh haiwan ditolak dengan protein kasar yang terdapat dalam najis haiwan tersebut.
complementary proteinprotein pelengkapGerontologiTiadaDua atau lebih protein yang saling melengkapi antara satu sama lain supaya asid amino perlu yang tidak terdapat dalam salah satu protein dibekalkan oleh protein yang lain.
12345678910...

Kembali ke atas