KUDETA | Kudeta ialah rampasan kuasa secara mengejut terhadap pemerintahan sesuatu kerajaan oleh sekumpulan perancang. Kumpulan perancang itu biasanya terdiri daripada pegawai awam yang mengancam dan seterusnya menggunakan angkatan bersenjata, polis dan komunikasi negara dalam rampasan kuasa. | UMUM | |
ARISTIDE, JEAN-BERTRAND | Aristide, Jean-Bertrand (1953– ) ialah bekas Presiden Haiti. Dia menjadi presiden yang pertama dipilih secara demokrasi pada bulan Disember 1990. Tetapi, pada bulan September 1991, dia digulingkan dalam rampasan kuasa tentera dan hidup dalam buangan di Amerika Syarikat. Pada bulan Oktober 1994, dia kembali ke Haiti dan menuntut balik untuk menjadi presiden. | UMUM | |
AIDIT D.N. | Aidit D.N. (1923–1965), mengetuai Parti Komunis Indonesia dari tahun 1951 hingga tahun 1965. Dia berjaya membina sebuah parti politik Indonesia yang terbesar dan tersusun dengan baik, dengan keanggotaan lebih daripada tiga juta orang. Parti Komunis yang diketuainya menyokong Presiden Sukarno. Selepas percubaan rampasan kuasa oleh pegawai tentera prokomunis pada tahun 1965, Aidit melarikan diri ke Jawa Tengah, dan dia telah ditembak di sana. | UMUM | |