Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rampas
Kata Terbitan : merampas, rampasan, perampasan, perampas,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coup d�Etatrampasan kuasaSains PolitikHubungan AntarabangsaRampasan kuasa yang dilakukan oleh pihak tentera atau pihak awam untuk menjatuhkan kerajaan. Rampasan kuasa biasanya dilakukan oleh kelompok kecil kepimpinan tentera atau pihak awam melalui konspirasi politik terancang. Rampasan kuasa biasanya menggunakan taktik mengawal bahagian penting ketenteraan dan memastikan bahagian lain perkhidmatan bersifat berkecuali. Kumpulan utama ketenteraan ini menyingkirkan kepimpinan kerajaan, mengawal bahagian penting jentera kerajaan, saluran komunikasi seperti stesen televisyen dan radio, dan infrastruktur penting seperti perkhidmatan bekalan tenaga elektrik. Contohnya, pada zaman tradisional, rampasan kuasa pernah berlaku dalam empayar Rom. Pemerintah empayar Rom umpamanya Caligula dan penggantinya Claudius telah memegang tampuk pemerintahan melalui rampasan kuasa. Pada masa kini, rampasan kuasa kerap terjadi di negara membangun seperti Afrika, Amerika Latin dan Asia. Rampasan kuasa juga berlaku di beberapa negara di Eropah dan Pasifik. Contohnya, rampasan kuasa di Pakistan (1999), Fiji (2000), Guinea-Bissau (2003) dan Thailand (2006). Sinonim kudeta.
coup d'etatrampasan kuasaSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan politik yang bersifat mendadak dalam menjatuhkan sesebuah kerajaan atau pemerintahan dan seterusnya mengambil alih kuasa tersebut. Tindakan ini lazimnya dilakukan oleh golongan tentera atau pemimpin awam yang mendapat bantuan ketenteraan. Dari sudut sosiologi, rampasan kuasa terjadi dalam keadaan sesebuah kerajaan yang ekonomi dan sosialnya tidak stabil. Rampasan kuasa berbeza daripada revolusi. Revolusi merombak keseluruhan sistem masyarakat dan negara, sementara rampasan kuasa hanya menukar kepimpinan kerajaan atau elit yang memerintah tanpa mengubah struktur masyarakatnya. Pihak yang merampas kuasa biasanya akan mengembalikan urusan pemerintahan kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru apabila keadaan sosial telah kembali stabil. Namun begitu, terdapat juga situasi yang mengekalkan kuasa golongan yang melancarkan rampasan kuasa ini . Contohnya kebanyakan negara Amerika Latin dan Afrika mengalami kudeta tentera pada dekad 1960-an dan 1970-an. Sinonim kudeta/coup d'etat.
coup d'Etatrampasan kuasa/kudeta/coup d'EtatSains PolitikTiada-
coup d�EtatkudetaSains PolitikHubungan AntarabangsaLihat rampasan kuasa.
coup d'etatkudetaSains PolitikPolitik PerbandinganLihat rampasan kuasa.
coup d'etatcoup d'etatSains PolitikPolitik PerbandinganLihat rampasan kuasa.
coup d'etatcoup d'etatSejarahTiadaPertukaran kuasa yang berlaku secara kekerasan atau rampasan kuasa biasanya oleh pihak tentera.
state authoritypihak berkuasa negeriSains PolitikPolitik PerbandinganKuasa yang sah dimiliki oleh badan pemerintah sesebuah negara atau negeri. Autoriti ini sah apabila badan tersebut memperolehnya menurut peraturan perlembagaan dan tidak secara rampasan kuasa atau pemberontakan. Autoriti ini membolehkan pemerintah melaksanakan pentadbiran dengan rasmi seperti yang telah diluluskan oIeh badan perundangan. Bagi sistem demokrasi, tempoh autoriti pemerintahan pusat adalah berkala. Apabila penggal atau tempoh pemerintahan tamat, autoriti ini perlu dikembalikan kepada rakyat untuk pemilihan semula. Autoriti ini boleh dilaksanakan oleh agensi kerajaan yang menguruskan pentadbiran negara atau negeri seperti institusi polis, kastam, imigresen, jabatan hasil dan kerajaan tempatan. Sinonim pihak berkuasa negara/autoriti negeri/autoriti negara.
political decaykebobrokan politikSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan politik sesebuah negara yang menjadi semakin merosot kesan daripada sesuatu perkara, fenomena atau peristiwa seperti krisis ekonomi dan rampasan kuasa. Kebobrokan menggambarkan keadaan yang berubah menjadi semakin kacau tidak stabil, memberi kesan kepada kemelesetan ekonomi dan kemudiannya melahirkan ketidakpuasan hati masyarakat. Kedudukan hak dan tanggungjawab orang ramai tidak terpelihara dan kedudukan pemimpin tidak diperhatikan sehingga amalan penyalahgunaan kuasa menjadi semakin tinggi. Contohnya, kedudukan politik Indonesia pasca-Soeharto memperlihatkan kebobrokan politik untuk beberapa tahun.
revolutionaryrevolusionerSains PolitikHubungan AntarabangsaTindakan atau aktiviti bersifat revolusi yang bertujuan mengubah sistem yang wujud secara menyeluruh, terutama dalam kaedah pemerintahan apabila penggantian kuasa dilakukan secara kekerasan. Contohnya, pemberontakan dan rampasan kuasa yang dilakukan untuk menggulingkan sesebuah kerajaan.
12

Kembali ke atas