Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
REPUBLIK AFRIKA TENGAH

Republik Afrika Tengah ialah negara yang

jarang penduduknya di tengah Afrika. Sebahagian

besar Republik Afrika Tengah adalah dataran

tinggi yang luas dan beralun dan diselang-seli

oleh lembah sungai yang dalam. Rumput dan

pokok yang tumbuh berselerak menutupi

sebahagian besar negara ini. Hutan hujan yang

tebal terdapat di barat daya, dan bahagian timur

laut yang paling jauh adalah kering-kontang.

Antelop, kerbau, gajah, gorila, singa, badak

sumbu, dan haiwan liar lain hidup di Republik

Afrika Tengah.

UMUM 
SUNGAI UBANGI

Sungai Ubangi ialah anak sungai utama di

sebelah utara Sungai Congo, Afrika. Sungai Ubangi

yang dieja sebagai Oubangui, berukuran kira-kira

2250 kilometer panjang termasuk hulu sungainya

iaitu Sungai Mbomu. Sungai ini terbentuk daripada

gabungan Sungai Mbomu dengan Sungai Uele,

dan mengalir masuk ke dalam Sungai Congo

berhampiran Tasik Tumba di Zaire.

Sungai Ubangi membentuk garisan sempadan

sepanjang kira-kira 1100 kilometer yang

memisahkan Zaire dengan Congo di sebelah barat,

dan Republik Afrika Tengah di sebelah barat laut.

Sungai ini boleh dilayari sepanjang tahun bermula

dari bahagian hilir Bangui, Republik Afrika Tengah.

UMUM 
BOTSWANA

Botswana ialah negara yang terletak di

tengah-tengah selatan Afrika. Nama rasminya

ialah Republik Botswana. Botswana mempunyai

kerajaan demokrasi. Hingga awal tahun 1990-an,

ia adalah satu daripada beberapa negara Afrika

yang mempunyai lebih daripada satu parti politik.

Beberapa negara yang lain kemudiannya mula

menerima pakai sistem pelbagai parti. Botswana

ialah anggota negara-negara Komanwel, iaitu

persatuan bekas tanah jajahan British.

UMUM 
TANZANIA

Tanzania ialah sebuah negara yang besar di

timur Afrika yang bersempadan dengan Lautan

Hindi. Sebahagian besar Tanzania terletak di tanah

besar Afrika dan sebahagian yang lain terdiri

daripada beberapa buah pulau yang berhampiran.

Ibu negara Tanzania dan bandar terbesarnya ialah

Dar es Salaam. Sebuah ibu negara yang baru,

Dodoma, di bahagian tengah Tanzania dijadualkan

siap pada tahun 1990-an. Nama rasmi negara ini

ialah Republik Bersatu Tanzania.

UMUM 

Kembali ke atas