Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Republik China


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CHONGQING Chongqing (pend. 2 730 000) juga dieja
Chungking, atau Ch’ung-ch’ing, merupakan ibu
negara Republik China dari tahun 1937 hingga
tahun 1946
UMUMUmum
SUN YAT-SEN

Sun Yat-sen (1866–1925), negarawan dan

pemimpin revolusi China, berjuang untuk

menubuhkan sebuah Republik China. Dia

umumnya dikenali sebagai Bapa Revolusi. Sun

terlalu idealistik untuk menjadi seorang pemimpin

politik yang berkesan. Namun Tiga Prinsip Rakyat

yang diketengahkannya (nasionalisme, demokrasi,

dan sosialisme) menjadi panduan kepada Republik

China, yang ditubuhkan pada tahun 1912.

Sun lahir di daerah Zhongshan di Provinsi

Guangdong. Ibu bapanya miskin. Dia belajar di

sekolah mubaligh Kristian di Hong Kong dan

Honolulu, dan menjadi seorang doktor. Dari tahun

1895 hingga tahun 1911, dia banyak mengembara

di Amerika Syarikat, Jepun, dan Eropah untuk

meraih simpati bagi prinsip republik, dan untuk

mencari bantuan kewangan bagi pergerakan

revolusinya menentang Dinasti Manchu. Dia

dibantu oleh masyarakat China di seberang laut

dan pesimpati Inggeris, Amerika dan Jepun.

UMUM 
TAIWAN

Taiwan ialah sebuah pulau yang bergunung-ganang,

terletak di Laut China Selatan, lebih kurang

140 kilometer dari perairan China. Orang Cina

menamakan pulau ini Taiwan yang bermaksud teluk

yang berteres. Hutan yang tumbuh meliar, sumber

keindahan pulau ini, telah menyebabkan pelayar

Portugis pada tahun 1590 menamakan pulau ini Ilha

Formosa yang bermaksud pulau yang indah.

Selepas Komunis China mengambil alih

pemerintahan di tanah besar China pada tahun 1949,

kerajaan Nasionalis China telah berpindah ke

Taiwan. Presiden Parti Nasionalis China,

Generalisimo Chiang Kai-shek menjadikan Taipei

sebagai ibu negara Republik China. Kerajaan

Nasionalis juga mengambil alih beberapa buah

pulau di Selat Taiwan yang memisahkan Taiwan

dengan China. Pulau-pulau ini termasuk Quemoy,

Matsu dan gugusan Pulau Pescadores. Pulau

Quemoy dan Matsu adalah sebahagian daripada

provinsi Fujian kepunyaan Tanah Besar China, tetapi

ditadbir oleh Taiwan.

UMUM 
PENGAJIAN MELAYU DI CHINA

PENGAJIAN Melayu DI cHINA, pusat pengajian bahasa Melayu.  Pengajian Melayu di China sudah mencapai hasil yang cukup berkesan pada zaman dahulu, namun semua pengajiannya masih dilakukan secara perseorangan tanpa ada satu pusat pengajian.  Pusat pengajian Melayu  yang pertama muncul pada tahun 1927 ketika Univesiti Jinan, Shanghai menyelenggarakan Departmen Usaha Kebudayaan Nanyang.  Pengajian Melayu merupakan salah satu kursus yang dikendalikan di universiti ini.  Pada masa perang menentang Jepun, The South Seas Society yang dipindahkan dari Singapura ke Chongging pada tahun 1942, menjadi pusat pengajian Melayu yang penting.  Pada bulan Julai 1949, Jurusan Melayu digabungkan ke dalam Fakulti Bahasa Timur di Universiti Peking dan namanya ditukar kepada Jurusan Bahasa Indonesia.  Inilah pusat pengajian Melayu yang pertama selepas tertubuhnya Republik Rakyat China.  Kursus ini menitikberatkan bahasa, sastera, kebudayaan dan sejarah Indonesia/Melayu. 

BAHASAInstitusi/Organisasi
PU YI

Pu Yi (1906–1967), yang biasanya dikenali sebagai

Henry Pu Yi, ialah maharaja China yang terakhir.

Pada tahun 1911 dan tahun 1912, ketika baginda

masih kecil, revolusi telah menjatuhkan kerajaan

Manchunya, dan menggantikannya dengan

republik.

UMUM 
TRISNO SUMARDJO

TRISNO SUMARDJO (1916 – 1969), pelukis, penulis dan penterjemah Indonesia. Dia lahir pada 6 Disember 1916 di Surabaya, Jawa Timur. Trisno Sumardjo mempunyai kelulusan AMS-II Barat Klasik dari Yogyakarta, Jawa Tengah, pada tahun 1937. kemudian dia menjadi guru sekolah swasta (1938 – 1942) dan sebagai Pegawai Jawatan (Jabatan) Kereta Api (1942 – 1948). Dia juga menjadi editor majalah Seniman (1947 – 1948), ketua majalah Indonesia (1947 – 1948), Sekretaris Lembaga Kebudayaan Indonesia (1950), editor penyelaras majalah Seni (1954), Sekretaris Umum Badan Musyawarat Kebudayaan Nasional (1956), Ketua Delegasi Pengarang Indonesia ke Republik Rakyat China (1957), editor penyelaras majalah Gala (1968) dan Ketua Badan Pengurus Harian Taman Ismail Marzuki (TIM), merangkap sebagai Ketua Kesenian Jakarta yang pertama (1968 – 1969). Pada tahun 1952, Trisno Sumardjo mendapat biasiswa Rockfeller dalam rangka lawatan muhibbah ke Amerika Syarikat dan ke beberapa negara Eropah Barat. Pada 17 Ogos 1963, dia menandatangani Manifes Kebudayaan, di Jakarta.

SASTERATokoh

Kembali ke atas