Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Republik Czech

Juga ditemukan dalam:


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
REPUBLIK CZECH

Republik Czech ialah negara yang terletak di

tengah Eropah yang memperoleh kemerdekaan

pada 1 Januari 1993. Negara ini bersempadan

dengan Poland di sebelah utara, Slovakia di

sebelah timur dan Jerman di sebelah barat. Prague

ialah ibu negaranya dan bandar yang terbesar. Dari

tahun 1918 hingga 31 Disember 1992, kawasan

yang kini Republik Czech bersatu dengan Slovakia

bagi membentuk sebuah negara yang lebih besar

dikenali Czechoslovakia.

UMUM 
OSTRAVA

Ostrava (pend. 331 448) ialah salah satu bandar yang

terbesar di Republik Czech. Ia terletak di bahagian

timur laut negara ini [lihat Republik Czech (peta)].

Ostrava merupakan pusat kawasan perindustrian

yang terbesar di negara tersebut. Bandar ini dikenali

kerana industri besi dan keluli yang sangat besar dan

kerana pengeluaran logamnya. Kawasan ini juga

mempunyai lombong batu arang, kilang penapisan

minyak, dan kilang kimia. Keluaran Ostrava yang lain

termasuklah bahan binaan rumah, makanan, pakaian

dan keluaran perabot.

UMUM 
MORAVIA

Moravia ialah sebuah kawasan geografi di

Republik Czech. Kawasan tersebut meliputi

26 097 kilometer persegi dan mempunyai jumlah

penduduk seramai empat juta orang. Brno ialah

bandar terbesar di Moravia dan kedua terbesar di

Republik Czech. Hanya Prague mempunyai lebih

ramai penduduk daripadanya. Dalam bahasa

Czech, Moravia dikenali sebagai Morava.

UMUM 
PRAGUE

Prague (pend. 1 189 828) ialah ibu negara dan

bandar raya terbesar di Republik Czech, dan pusat

kebudayaan, dan ilmu pengetahuan yang penting.

Prague, yang dikenali sebagai Praha dalam bahasa

Czech, merupakan salah sebuah bandar yang tertua

dan paling indah di tengah Eropah. Ia terletak di

Sungai Vltava di bahagian tengah negara itu (lihat

Republik Czech [ peta]). Prague juga dikenali

sebagai “Kota Seribu Menara” kerana terdapat

banyak gereja. Bandar raya ini merupakan salah

sebuah daripada beberapa bandar di tengah Eropah

yang terselamat daripada kerosakan besar dalam

Perang Dunia II (1939–1945).

UMUM 
SILESIA

Silesia ialah wilayah di barat daya Poland, timur

Jerman, dan bahagian utara Republik Czech. Kawasan

yang termasuk di dalamnya ialah bahagian hulu

Lembah Sungai Oder dan Gunung Sudetes. Silesia

meliputi kawasan seluas 49 000 kilometer persegi

dan berpenduduk kira-kira 10 000 orang. Katowice

dan Wroclaw, Poland merupakan bandar utamanya.

UMUM 
NEGARA SLAV

Negara Slav ialah negara yang kebanyakan

daripada penduduknya berbangsa Slav (negeri

Slav). Negara tersebut termasuk Republik Czech,

Poland, Slovakia, dan Slovenia di tengah Eropah,

Bosnia-Herzegovina (kadangkala dikenali sebagai

Bosnia dan Hercegovina), Bulgaria, Croatia,

Macedonia, dan Yugoslavia di selatan Eropah,

Belarus dan Ukraine di timur Eropah, dan Rusia,

yang terletak sebahagiannya di timur Eropah dan

sebahagiannya di Asia.

UMUM 
PERTEMPURAN AUSTERLITZ

Pertempuran Austerlitz ialah pertempuran

besar dalam Peperangan Napoleon. Ia berlaku pada

tahun 1805 berhampiran bandar Austerlitz (kini

dalam Republik Czech).

UMUM 
DOLAR

Dolar ialah unit mata wang di kebanyakan negara.

Perkataan dolar berasal daripada Joachimsthaler

–nama duit syiling yang pertama kali dibuat pada

tahun 1516 di sebuah daerah perlombongan

perak di Bohemia (kini Republik Czech).

UMUM 
SLOVAKIA

Slovakia ialah sebuah negara di tengah Eropah

yang mencapai kemerdekaan pada 1 Januari 1993.

Negara ini disempadani Poland di sebelah utara,

Ukraine di timur, Hungary di selatan, dan Austria

serta Republik Czech di barat. Dari tahun 1918

hingga 31 Disember 1992, Slovakia dan Republik

Czech merupakan rakan dalam negara yang lebih

besar, iaitu Czechoslovakia. Kerajaan komunis

mengambil alih tampuk pemerintahan

Czechoslovakia dari tahun 1948 hingga tahun 1989.

UMUM 
SUDETENLAND

Sudetenland ialah satu kawasan yang terletak di

cerun Pergunungan Sudeten. Ia terletak di Republik

Czech, bersempadan dengan Bohemia, Moravia, dan

Jerman. Pada suatu ketika dahulu, ramai orang

Jerman yang tinggal di Sudetenland. Perjanjian

Versailles dan St. Germain pada tahun 1919

menjadikan kawasan tersebut sebahagian daripada

Czechoslovakia masa kini. Perjanjian Munich pada

tahun 1938 menyerahkan kawasan tersebut dengan

kawasan Czech yang lainnya kepada Jerman (lihat

Perjanjian Munich). Pada tahun 1945, pihak Berikat

mengembalikan semula Sudetenland kepada

Czechoslovakia, dan penduduk Jerman disingkir dan

digantikan dengan penduduk Czech dan Slovak. Pada

tahun 1992, Czechoslovakia tidak lagi wujud dan

negara-negara merdeka di Republik Czech dan

Slovakia diwujudkan untuk menggantikannya.

UMUM 
12

Kembali ke atas