Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Romania


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ROMANIA

Romania , juga dieja Rumania, ialah negara di

timur Eropah. Namanya bererti tanah orang Rom.

Negara ini dinamai sedemikian kerana ia adalah

sebahagian daripada empayar Rom pada zaman

purba. Orang Romania merupakan satu-satunya

bangsa Eropah timur yang bahasa dan keturunan

mereka berasal daripada orang Rom. Bucharest

ialah ibu negara dan bandar terbesar di Romania.

UMUM 
PLOIESTI

Ploiesti (pend. 199 269; pend. kaw. met. 254 592)

merupakan pusat industri minyak di Romania.

Bandar ini terletak di kawasan pengeluar minyak

terbesar di selatan tengah Romania. Untuk lokasi,

lihat Romania (peta).

UMUM 
LEU

Leu ialah unit standard duit syiling bagi Romania.

UMUM 
MOLDOVA

Moldova ialah negara di selatan-tengah Eropah

yang bersempadan dengan Romania di barat dan

Ukraine di tiga bahagian yang lainnya. Dari tahun

1940 hingga tahun 1991, Moldova ialah republik

dalam Kesatuan Soviet. Ia dikenali sebagai

Moldavian Soviet Socialist Republic (Republik

Sosialis Soviet Moldova), atau ringkasnya Moldavia.

Apabila Kesatuan Soviet dibubarkan pada tahun

1991, Moldova diisytiharkan sebagai negara yang

merdeka.

UMUM 
PERGUNUNGAN CARPATHIAN

Pergunungan Carpathian ialah sebahagian

daripada sistem pergunungan yang utama di

kawasan tengah Eropah. Pergunungan ini

memanjang sehingga kira-kira 1500 kilometer di

sepanjang sempadan Slovakia-Poland dan ke

Romania . Kebanyakan daripadanya terletak di

Slovakia dan Romania. Untuk lokasi, lihat Eropah

(peta bentuk muka bumi). Aras yang paling tinggi

ialah Gerlachovsky Sˇtit (2655 meter) di Gunung Tatra

Slovakia dan Rysy (2499 meter) di Poland.

UMUM 
STEIN, SIR AUREL

Stein, Sir Aurel (1862–1943) ialah orientalis,

penjelajah, dan ahli arkeologi Romania. Dia

menjalankan penyelidikan geografi di Kashmir dan

sempadan barat laut India. Dia juga menemui

perkaitan yang mungkin wujud antara tamadun di

sepanjang Sungai Indus dengan Sungai Euphrates

di Baluchistan dan Parsi. Stein merupakan perintis

yang membuat peninjauan dari udara untuk

penyelidikan geografi. Buku Stein termasuk An

Archaeological Tour in Gedrosia (1931) dan On Old

Routes of Western Iran (1940). Stein lahir di

Budapest, Hungary dan menuntut di Dresden,

Jerman. Dia menjadi rakyat British pada tahun 1904.

UMUM 
BUCHAREST

Bucharest atau dalam bahasa Romania,

Bucure¸sti (pend. 1 961 189; pend. kaw. met. 2 227

568) ialah ibu negara dan bandar raya terbesar di

Romania.

UMUM 
ODESSA

Odessa (pend. 1 106 000) ialah sebuah bandar raya

pelabuhan di Ukraine. Ia terletak di pantai barat daya

Ukraine, berhampiran sempadan Romania. Odessa

terletak di Laut Hitam, 51 kilometer ke barat daya

muara Sungai Dnepr. Bagi lokasi Odessa, lihat

Ukraine (peta).

UMUM 
ORANG TATAR

Orang Tatar ialah penduduk Eropah dan Asia

yang berbahasa Turkik. Kebanyakan orang Tatar

tinggal di bahagian tengah dan selatan Rusia, dan

di Bulgaria, China, Kazakhstan, Romania, Turki, dan

Uzbekistan. Orang Tatar ialah bangsa Turki, dan

mereka berkait rapat dengan orang Turki.

UMUM 
TEMBOK ROM

Tembok Rom ialah tembok penghalang yang

dibina oleh orang Rom di kawasan yang tidak

terdapat sempadan jajahan yang semula jadi.

Menjelang tahun 100 M., mereka telah membina

satu garisan tembok di negara yang kini ialah

Romania dan Jerman. Mereka kemudiannya

membina Tembok Hadrian dan Tembok Antonine

di sepanjang sempadan utara wilayah Britain yang

mereka jajahi. Tembok ini yang dikenali sebagai

Hadrian dan Antoninus Pius sempena nama dua

maharaja Rom, dan kemudiannya menjadi tembok

Rom yang paling masyhur.

UMUM 
12

Kembali ke atas