Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Mn; merungus berbunyi gemuruh (besar), menderam; ~-rungus kecil bernyanyi perlahan-lahan (utk diri sendiri sahaja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : suku kaum peribumi di Sabah, terĀ­masuk dlm rumpun kaum Kadazan Dusun, kebanyakannya tinggal di Kudat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Rungus


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Maaf, saya ingin bertanya tentang rantai pinakol. Adakah pihak DBP tiada sebarang maklumat tentang pinakol? Saya telah membuat carian di carian umum tetapi tidak dijumpai. Mohon pencerahan daripada pihak DBP.Pinakol merujuk pada hiasan gubahan manik yang dipakai oleh masyarakat Rungus di utara Sabah, Kudat. Gubahan manik Pinakol telah menjadi warisan turun temurun dikalangan masyarakat Rungus di Kudat. Pinakol menjadi pusaka turun temurun dalam keluarga rungus di sebelah perempuan iaitu, peninggalan ibu kepada anak perempuannya. Pinakol terdiri daripada sepasang tali pinggang jenis selempang bermanik leper yang dikenakan melintang dada ke belakang bagi kegunaan hiasan biasa. Sejenis lagi biasanya dikenakan pada tradisi perkahwinan suku kaum Rungus di Kudat. Hasil kerja manik, warna yang digunakan dan reka bentuknya dapat membezakan etnik Rungus dari etnik lain di Sabah dengan mudah. Ia sering dikenakan bersama pakaian tradisi masyarakat Rungus yang kebiasannya bewarna hitam. Selain itu, Manik jenis ini juga  digunakan sebagai rantai leher untuk lelaki dan perempuan.Lain-lain02.07.2020
1.tapak tangan dlm rungus 2.Upacara memindahkan tulang dari keranda atau tajau untuk dikebumikan dlm lundayehSoalan yang diberi tidak difahami. Sila kemukakan semula soalan dengan lebih jelas.Lain-lain06.11.2020
Saya berminat menulis dan menerbit buku-buku berasaskan suku kaum Rungus. Apa kah syarat-syarat nya?

DBP sentiasa membuka peluang kepada warga karyawan untuk berkarya. Oleh sebab sdr menetap di Sabah, sdr boleh berhubung terus dengan Pegawai Komunikasi DBP Cawangan Sabah, Puan Nelawati Ngadul di talian 088-439260 atau menulis surat kepada Pengarah DBP Cawangan Sabah, Kompleks DBP Sabah, Telok Likas, 88873 Kota Kinabalu, Sabah.

Lain-lain15.09.2009

Kembali ke atas