Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Rusia


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Adakah "Russian ruble" sesuai diterjemahkan kepada "Rubel Rusia" atau "Rouble Rusia"? Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih.Dalam data rujukan kami, kedua-duanya boleh digunakan, iaitu Rubel dan Rouble bagi unit mata wang Rusia.Penyemakan dan penterjemahan12.08.2018
Bagaimanakah bentuk ejaan perkataan berikut apabila menerima imbuhan di-...-kan atau meN-...-kan? 1. Rusia 2. Amerika 3. Melayu 4. Cina 5. Islam 6. Buddha Perkataan di atas melibatkan terjemahan yang tidak menerima huraian sebagai padanan (contoh huraian: dijadikan bersifat Rusia, dianutkan dengan agama Buddha dsb). Sekian, terima kasih. Qiu SyahApabila nama bangsa,suku bangsa dan bahasa daripada kata dasar kepada kata terbitan, nama tersebut tidak lagi ditulis dengan huruf besar. Contohnya, kemelayuan, kemalaysiaan, kecina-cinaan, keinggeris-inggerisan, penjawaan, pemelayuan dan memelayukan.Tatabahasa14.06.2013
Saya ingin bertanya mengenai terjemahan satu perkataan dibawah kategori sukan. Alat tersebut hanya mempunyai perkataan terjemahan dalam bahasa Inggeris dan diambil dari perkataan bahasa Rusia. Nama alat tersebut ialah Kettlebell (Eng; manakala dalam bahasa Rusia disebut Гири - Giri). Saya pernah terbaca satu artikel dalam surat khabar tempatan di mana ianya diterjemahkan sebagai "Besi Tampin". Soalannya ialah: adakah apa-apa cadangan terjemahan dari DBP untuk perkataan Kettlebell? Jika ada, apakah terjemahan sebenar? Jika tiada, bolehkan perkataan besi tampin digunakan sebagai terjemahan untuk perkataan kettlebell. Sekian Terima kasih

Kettlebell ditakrifkan sebagai “a round weight with a flat bottom and thick handle on top that is used for exercise and weight training”, iaitu sejenis pemberat daripada besi yag berbentuk bulat dan bertangkai dan digunakan untuk senaman. Tampin ialah bakul tradisional yang diperbuat daripada daun mengkuang yang dianyam untuk menyimpan manisan, biasanya dodol. 

Jika dilihat dari segi ciri-ciri seperti saiz dan bentuk, “kettlebell” seakan-akan tampin.  Oleh yang demikian, “Besi Tampin” sebagai padanan bahasa Melayu untuk “kettlebell” boleh diterima.

Istilah24.03.2019
Adakah ayat-ayat di bawah betul dari segi penggunaan tatabasa dan istilahnya? 1. Guru luar bandar perlu 'fahami' transformasi pendidikan negara 2. 'Justeru', amat penting sesebuah universiti menekankan nilai-nilai kemanusiaan dalam jiwa mereka. 3. Polis Rusia telah menahan sekumpulan orang,menurut jawatankuasa 'antikeganasan' negara. 4. Salah satu daripada letupan 'mensasarkan' pasar ikan di Baga Sola 'ketika' dua lagi berlaku di sebuah kem pelarian di luar bandar.Jawapan:

1. Guru luar bandar perlu 'fahami' transformasi pendidikan Negara. - Ayat ini tidak gramatis. Ayat yang tepat: Guru luar bandar perlu memahami transformasi pendidikan Negara.
2. 'Justeru', amat penting sesebuah universiti menekankan nilai-nilai kemanusiaan dalam jiwa mereka. - Perkataan justeru tidak boleh diletakkan di pangkal ayat kerana justeru merupakan penanda wacana. Contoh ayat: Saya amat menyayangi dia, justeru merancang untuk melamarnya hujung bulan ini.
3. Polis Rusia telah menahan sekumpulan orang, menurut jawatankuasa 'antikeganasan' negara. = Ayat ini tidak gramatis. Ayat yang lebih tepat: Polis Rusia telah menahan sekumpulan orang, berdasarkan keputusan jawatankuasa antikeganasan Negara.
4. Salah satu daripada letupan 'mensasarkan' pasar ikan di Baga Sola 'ketika' dua lagi berlaku di sebuah kem pelarian di luar bandar. = Ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang tepat: Salah satu daripada letupan menyasarkan pasar ikan di Baga Sola, manakala dua lagi berlaku di sebuah kem pelarian di luar bandar
Tatabahasa01.11.2015
1. Prepositional case yang saya maksudkan ini memang saya ingin gunakan untuk merujuk kepada kasus di bahasa Rusia. Contohnya, dalam/atas/sekitar (in/on/about) rumah merupakan prepositional case. (telah diterjemahkan) 2. Mana satu yang betul perkataan ini berasal "daripada" bahasa Inggeris atau "dari" bahasa Inggeris?

1. Berdasarkan contoh prepositional case yang diberikan, DBP mencadangkan kasus preposisi sebagai padanan. Dalam bahasa Melayu kata ini merujuk pada kata sendi nama (kata sendi yang diletakkan di depan kata nama).

2. Ayat yang betul ialah Perkataan ini berasal daripada bahasa Inggeris.
Tatabahasa18.09.2014
Selamat Satu Malaysia, tolong jawab 1) sama ada sesuai kata 'roh' dalam ayat di bawah atau tidak? 'Walaupaun Rusia telah menyambut seribu tahun sejak pembabtisan , namun roh tahayul dan pagancy masih terasa' 2) tidak kah lebih sesuai menggunakan 'bau tahyul' daripada 'roh'? Terima kasih Tatiana

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, roh bermakna 1. yg dihembuskan Allah SWT ke dlm badan manusia dan hiduplah ia: semua mendoakan ~nya dirahmati Allah; ~ al-Kudus gelaran yg diberikan kpd malaikat Jibrail; 2. ki semangat, jiwa: hukum yg benar-benar tepat dan sesuai dgn ~ Islam manakala tahayul pula bermakna 1. hanya rekaan khayalan belaka (sebenarnya tidak ada), impian sahaja, hanya dlm angan-angan: meramal-ramal itu permainan kanak-kanak, ~ orang Melayu; 2. kepercayaan yg karut-karut (kpd sesuatu yg sebenarnya tiada): menurut ~ orang tua-tua bilamana hari kiamat Kara Eng Data akan pulang kembali. Pagan pula orang yg tidak percaya pd sebarang agama utama, spt Islam, Kristian, atau Yahudi.

 Merujuk Kamus Dewan, ketiga-tiga perkataan ini berlainan makna.

Tatabahasa24.02.2010
Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi mata wang "Russian ruble"? Mohon bantuan dan pendapat pihak DBP. Terima kasih.Penggunaan yang sesuai ialah Ruble Rusia sama seperti Ringgit Malaysia.Penyemakan dan penterjemahan01.11.2018
Saya ingin bertanya, apakah kepentingan penguasaan bahasa asing untuk kemajuan negara? Bagaimanakah cara untuk mengekal dan mendaulatkan bahasa Malaysia di samping menguasai bahasa asing sperti bahasa Jepun, Rusia dan Inggeris?Bahasa asing perlu juga dikuasai untuk menambahkan pengetahuan dan ilmu dalam pelbagai bidang. masih terdapat banyak buku rujukan dalam bahasa asing yang belum lagi diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Cara yang terbaik untuk mengekalkan dan mendaulatkan bahasa Melayu adalah dengan mengamalkannya dalam urusan harian kita dan juga  di peringkat antarabangsa.  Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya berasa bangga dengan bahasa kebangsaan kita dan mengamalkannya seharian hingga ke peringkat antarabangsa.Lain-lain27.04.2008
Terima kasih kerana memberikan jawapan yang cepat untuk soalan saya sebelum ini. Saya amat berpuas hati dengan jawapan yang diberikan. Berikut ialah soalan-soalan baru daripada saya. Sekali lagi, saya mohon maaf kerana ketika ini saya sebarang buku yang boleh dijadikan rujukan. Sila ambil masa yang yang perlu kerana saya tidaklah tergesa-gesa.

Padanan bahasa Melayu bagi perkataan kingdom ialah kerajaan, alam atau dunia. Penggunaan padanan ini bergantung pada maksud atau konteks penggunaannya. Bagi menjawab soalan saudara tentang penggunaan perkataan ini bagi  negara Rusia dan Jerman saudara boleh  membuat rujukan dalam buku atau makalah tentang  sejarah negara-negara tersebut untuk mendapatkan istilah sebenar yang digunakan. Tentang ejaan nama-nama tempat di luar negara hanya nama yang sudah biasa digunakan dieja dalam bahasa Melayu seperti Jepun, Rusia, Perancis. Selain itu tetap dieja seperti ejaan dalam bahasa Inggeris. Saudara boleh merujuk pihak Wisma Putra untuk maklumat lanjut.

Kata ganti nama ia boleh digunakan. Perkataan Perdana Menteri tidak menjadi menteri perdana kerana penggunaan ini merupakan kecualian peraturan D-M. iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama pada nama-nama jawatan. Contoh lain ialah timbalan menteri, naib presiden, ibu pejabat  dan pembantu penyelidik.       

Lain-lain04.07.2008
Prepositional case merupakan perkataan bahasa Inggeris yang bermaksud sejenis kasus tatabahasa yang menandakan objek kata depan. Apa perkataan itu dalam bahasa Melayu? Adakah kasus kata depan, kasus berpreposisi, kasus preposisi atau sebagainya?

Mengikut Kamus Dewan, prepositional ialah kata depan atau preposisi,maka kami mencadangkan padanan kasus kata depan atau kasus preposisi. Carian di internet mendapati prepositional case digunakan dalam bahasa Rusia. Mohon diberikan contoh prepositional case dalam bahasa Melayu agar kami dapat memberikan padanan lain.  

 

Tatabahasa17.09.2014
12

Kembali ke atas