Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Rwanda


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
trusteeship councilmajlis pemegang amanahSains PolitikHubungan AntarabangsaSistem pemegang amanah PBB yang telah menggantikan Sistem Mandat Liga Bangsa (LBB). Di bawah sistem ini, PBB melalui majlis pemegang amanah melantik negara tertentu untuk mentadbir wilayah yang penduduknya dianggap masih tidak berupaya memerintah sendiri. Wilayah yang ditadbir melalui sistem ini ialah negara bekas jajahan kuasa yang kalah dalam Perang Dunia Kedua. Antara negara bekas jajahan tersebut ialah Rwanda, Burundi, Tanzania, Togoland, Cameroon, Naurau dan Somalia. Pada 1 November 1994, majlis ini menangguhkan operasinya selepas Palau, iaitu wilayah terakhir yang ditadbir oleh sistem ini mencapai kemerdekaan pada 1 Oktober 1994.
Nuremberg TribunalTribunal NurembergSains PolitikHubungan AntarabangsaTribunal yang terdiri daripada hakim Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Kesatuan Soviet dalam Perbicaraan Jenayah Perang pada tahun 1945�1946. Perbicaraan ini melibatkan 20 orang pegawai atasan Nazi atas kesalahan jenayah terhadap kemanusiaan semasa kekuasaan Nazi di Eropah. Beberapa orang daripada pegawai ini telah dihukum mati oleh tribunal ini. Nuremberg telah menjadi satu contoh teladan dalam perbicaraan jenayah perang, dan beberapa perbicaraan lain telah dilaksanakan selepasnya seperti perbicaraan jenayah perang Tokyo selepas kekalahan Jepun, perbicaraan Eichmann (1961) dan tribunal jenayah perang Bosnia dan Rwanda.
developing countrynegara membangunPentadbiranTiadaKelompok negara yang berada pada tahap pembangunan sederhana atau mundur dalam bidang sains dan teknologi, ekonomi, sosial dan politik. Kebanyakan negara ini mencapai kemerdekaan selepas Perang Dunia Kedua. Negara membangun masih bergantung kepada bantuan negara maju atau organisasi antarabangsa, dan sumber pendapatan negara lebih tertumpu kepada sumber alam. Sistem politiknya belum mencapai tahap kematangan dan tidak mengamalkan persaingan yang bebas seperti negara maju. Sistem pentadbiran di negara membangun juga masih dalam proses pemantapan dengan pelbagai percubaan diaplikasi dalam usaha meningkatkan kecekapan. Kebanyakan negara membangun terdapat di Asia, Afrika dan Latin Amerika seperti Filipina, Rwanda, Mesir dan Chile.
tribal politicspolitik kabilahSains PolitikPolitik PerbandinganPolitik yang bersifat tradisional yang mengutamakan ikatan kekeluargaan, suku atau kaum. Sentimen keagamaan, bahasa yang digunakan, budaya, daerah dan primordial yang lain cukup kuat mempengaruhi politik jenis ini. Hubungan patronage dan kekerabatan ini mengatasi ikatan kepartian, ideologi, kerasionalan dan nasionalisme. Politik ini masih banyak terdapat dalam negara sedang membangun seperti di Asia dan Afrika. Hal ini menyukarkan amalan demokrasi, penglibatan yang tinggi dan persaingan yang bebas dilaksanakan di negara tersebut. Contohnya, politik dalam suku kaum Bushman di Botswana, suku kaum Masai di Kenya dan suku kaum Hutu dan Tutsi di Rwanda. Sinonim politik kesukuan.
International Movement of the Red Cross and the Red CrescentPergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit MerahSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan yang pada mulanya dikenali sebagai Palang Merah Antarabangsa dan kemudiannya bertukar nama pada tahun 1986 bagi merangkumi beberapa cawangan di negara Arab. Pergerakan ini membiayai Persidangan Palang Merah Antarabangsa yang merupakan badan tertinggi dalam pergerakan ini. Badan ini bersidang setiap empat tahun sekali dan anggotanya terdiri daripada wakil setiap Pertubuhan Palang Merah daripada beberapa jawatankuasa antarabangsa. Kini, lebih kurang 175 buah negara mempunyai Pertubuhan Palang Merah. Semua aktiviti pertubuhan ini dibiayai oleh yuran keahlian dan sebilangannya mendapat subsidi kerajaan. Aktiviti pergerakan ini telah berkembang sejak Perang Dunia Kedua dan meliputi pelbagai bidang. Antaranya untuk menjaga kebajikan pelarian akibat peperangan, bencana alam dan konflik etnik di serata dunia, termasuk di Hungary (1956), Somalia (1992), Rwanda (1994) dan Yugoslavia (1990-an). Pergerakan ini juga menyelaras usaha pertolongan antarabangsa dalam bencana alam seperti kejadian angin kencang dan ombak besar yang melanda Pakistan Timur peredaan ketegangan Pergerakan Antarabangsa (Bangladesh) pada tahun 1970, dan gempa bumi di Armenia (1988) dan Turki (1999). Sinonim PBSM.

Kembali ke atas