Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata SJK


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah padanan jawi untuk perkataan KLIA,MRSM,SMK, SJK(t) / sjk(c),SAM,SMP,RISDA,MARA,UIA,ADUN,UPSI

Padanan ejaan Jawi bagi singkatan (yang dilafazkan huruf demi huruf), ditulis dengan menggunakan sebutan atau nama huruf dalam abjad Rumi yang ditulis Jawi dan dibubuh tanda titik selepas setiap huruf tersebut: 

KLIA - کي.ּּاؠل.اءي.أي.

MRSM- عيم.ار.ايس.عيم.

SMK- ايس.عيم.کي.

SJK(t)- (.تي).  ايس.جيه.کي  

SJK(c)- (.سي).  ايس.جيه.کي  

SAM-ايس.أي.عيم.

SMP-.ڨي. ايس.عيم

UIA- يو.اءي.أي.

UPSI- يو.ڨي.ايس.أي.

Padanan ejaan Jawi bagi akronim nama khas atau akronim kata umum dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (yang dilafaz sebagai kata) boleh ditulis lengkap sebagai kata: 

RISDA-ريسدا

MARA- مارا

ADUN-ادون

Ejaan18.02.2022
Tuan/Puan, Saya menulis emel ini bertujuan untuk menyatakan pertanyaan saya tentang kitaran air semula jadi yang terdapat dalam buku teks Sains Tahun 5 SK, m/s 162-163. Saya mendapati isi kandungan yang disampaikan tidak sama dengan buku teks Sains Tahun 5 SJK. Berikut merupakan perbandingan versi SK dan SJK bagi tajuk kitaran air semula jadi: SK Air menyejat menjadi wap air. -> Wap air terkumpul menjadi awan. -> Awan terkondensasi menjadi hujan. SJK Air menyejat menjadi wap air.(Penyejatan) -> Wap air terkondensasi menjadi titisan air.(Kondensasi) -> Titisan terkumpul menjadi awan. -> Titisan air dalam awan menjadi berat dan menurun, maka membentuk hujan. (kerpasan) Saya harap boleh mendapat penerangan yang selanjut atau apa-apa sumber yang boleh dijadikan sebagai rujukan supaya pertanyaan ini dapat diselesaikan, pada masa yang sama juga memberi maklumat yang benar dan tepat kepada murid-murid. Sekian. *Buku teks yang dinyatakan merujuk kepada buku teks KSSRKami mencadangkan pihak puan berhubung terus dengan Bahagian Buku Sekolah, DBP melalui Ketua Bahagian, Puan Hajah Zainah binti Mohd. Azahari melalui talian/e-mel 03-21479550/zainah@dbp.gov.my atau Pegawai Kanan Bahagian Buku Sekolah, Puan Zaiton binti Ismail melalui talian/e-mel 03-21479541/zaiton3@dbp.gov.my.Lain-lain28.01.2015
Saya Cikgu Ng dari SJK Chung Hua No.4. Saya mempunyai satu persoalan tentang kata ganti nama diri. soalan : Perpaduan antara penduduk berbilang kaum dapat diwujudkan jika __________ bertolak ansur. A. kita B. mereka C. dia D. kalian Terima kasih atas kemuliaan tuan.

Perpaduan antara penduduk berbilang kaum dapat diwujudkan jika mereka bertolak ansur. - kata ganti nama diri ketiga yang menunjukkan ramai.

Tatabahasa07.05.2010
Dalam Buku Teks BM SJK(C) Tahun 5 m/s 7 (terbitan DBP) wujudnya ayat 'Saya juga banyak mempunyai kawan baharu." Adakah ayat tersebut betul? Jika ayat itu ditulis dengan 'Saya juga mempunyai banyak kawan baharu.' betul atau salah? Terima kasih.Kedua-dua ayat ini betul. kata banyak dalam ayat kedua ialah kata bilangan. Tatabahasa23.01.2008
Sila beri jawapan bagi buku aktiviti sjk c tahun 3 BM Jilid 1 KSSR. muka surat 74 bagi frasa yang mengandungi diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung....sekian terima kasih. adakah "akhir sekali" ialah konsonan bergabung atau digraf? aiskrim vanila dan hari khamis??? saya sangat keliru dengan sebutan tersebut....Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au dan oi. Contoh perkataan yang mempunyai diftong ialah lalai, kalau dan amboi.

Vokal berangkap pula ialah huruf vokal yang hadir secara berurutan dalam satu berkataan dan kedua-dua vokal itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh vokal rangkap ialah baik, cium dan  puisi.

Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu.

Konsonan bergabung atau konsosnan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit.

Tatabahasa19.02.2014
Selamat sejahtera, Dalam penulisan laporan BM format SJK(c), bolehkah di akhir laporan sebelum diturunkan tandatangan murid menulis disediakan oleh, kerana selama ini saya mengajar murid-2 meulis Laporan disediakan oleh,..... TQDalam penulisan laporan biasa, maklumat laporan 'disediakan oleh' boleh diletakkan di akhir teks atau laporan tersebut. Maklumat  ' Disediakan oleh' ini juga boleh diletakkan di awal laporan, terutamanya bagi lakporan berskema atau laporan panjang. Lain-lain04.06.2008
Salam sejahtera. Dalam buku teks BM tahun 1 SJK, saya mendapati hari raya ditulis dalam huruf level.Adakah ini betul?Frasa hari raya ialah kata nama am dan dieja dengan huruf kecil.Ejaan24.07.2017
Saya (Yogeswaran) sebagai wakil dari AJK PIBG di SJK(T) LADANG WELLESLEY. Berminat untuk membeli Buku Kamus Dewan Bahasa (Bahasa Malaysia) untuk murid-murid miskin.Jumlah dihendaki:540 buku unkuk tahun depan (Bulan January 2015).Salam sejahtera. Tuan bolehlah menghubungi Kedai Buku Koperasi DBP di talian 03-21479636 atau 03-21479677/9678Lain-lain23.09.2014
saya merupakan guru bahasa Melayu yang mengajar di SJK Tamil. Bolehkan pihak tuan menghantar sebarang brosur atau apa-apa maklumat serta info yang berkaitan dengan bahasa Melayu untuk penggunaan murid di sekolah saya.Tuan boleh terus menghubungi Puan Nor Hamuni binti Ibrahim@Yasin melalui talian 03-2147 9129 atau e-mel hamuni@dbp.gov.my untuk mendapatkan risalah dan pedoman bahasa Melayu. Satu lagi caranya tuan boleh menulis surat kepada Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Aras 25, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain11.03.2014
Salam sejahtera, - Di dalam buku teks Bahasa Melayu SJK Tahun 3, "Interneet" ( 'I' huruf besar) - Di dalam Pelita Bahasa April 2013 m.s 37-39, 'internet' ( 'i', huruf kecil). Yang mana satu betul ? Terima kasih.Internet ialah istilah khusus atau kata nama khas. Oleh itu, perkataan di pangkal kata dieja dengan huruf besar.
Ejaan07.05.2013
12345

Kembali ke atas