Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata SK


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah yang betul? 1 sebatang cangkul atau sebilah cangkul 2 Beliau merupakan Guru Besar SK Bayan Permai atau Beliau merupakan guru besar SK Bayan Permai Terima kasih1. Sebatang cangkul. 2. Beliau merupakan Guru Besar SK Bayan Permai.Lain-lain01.05.2007
Tuan, Merujuk perkara di atas, saya mewakili SK 1 Gombak ingin memohon sumbangan daripada pihak tuan untuk mengadakan sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat SK 1 Gombak yang akan diadakan pada 12 November 2019. Email ini dihantar sebagai permohonan awal sahaja. Sekiranya pihak tuan berbesar hati untuk memberi sumbangan, kami akan menghantar surat permohonan yang rasmi beserta keterangan berkaitan dengan program tersebut. Pihak sekolah amat berbesar hati atas kesudian tuan untuk memberi sumbangan. Terima kasih. Yang Menjalankan Amanah, Aznida Nasruddin AJK Sumbangan Program Hari Kanak-kanak SK 1 Gombak.Salam puan budiman,

Memohon sumbangan.

Dimaklumkan bahawa, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka akan mempertimbangkan permohonan sumbangan berbentuk buku-buku terbitan DBP.

Sehubungan dengan itu, surat permohonan rasmi bolehlah dihantar kepada:

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat,
Pejabat Ketua Pengarah,
Aras 7, Menara DBP,
50460 Kuala Lumpur.

Tel.: 03-2147 9464
Faks: 03-2147 9406
E-mel: mariati@dbp.gov.my
Lain-lain29.10.2019
Mana patut saya gunakan? 1 Dia berasal dari negeri Pahang. 2 Dia berasal dari Negeri Pahang. 3 Saya membeli-belah di pasar raya Sunshine. 4 Saya membeli-belah di Pasar Raya Sunshine. 5 Dia ialah guru besar SK Air Itam. 6 Dia ialah Guru Besar SK Air Itam. 7 Dia ialah Guru besar SK Air Itam. 8 Dalam majlis itu, guru besar memberikan ucapan. 9 Dalam majlis itu, Guru Besar memberikan ucapan. 10 Dia berasal dari Negara Jepun. 11 Dia berasal dari negara Jepun. 12 Mak cik Minah berada bersama dengan kami. 13 Mak Cik Minah berada bersama dengan kami.

Jawapan yang betul adalah seperti yang berikut:

1.   Dia berasal dari negeri Pahang.

2.  Saya membeli-belah di Pasar Raya Sunshine.

3.  Dia ialah Guru Besar SK Air Itam.

4.  Dalam majlis itu, guru besar memberikan ucapan. (Nota: guru besar dalam konteks ayat ini ialah  kata nama am dan hendaklah ditulis dengan huruf kecil kecuali dijadikan kata nama khas; Contohnya, Tuan Haji Ahmad, Encik Ah Chong,  Guru Besar Ali SK Air Itam, Profesor Dr. Ah Lin, Dr. Muru, Kapal Diraja Malaysia, Proton Saga dan sebagainya)

5.  Dia berasal dari negara Jepun.

6.  Mak Cik Minah berada bersama dengan kami.

Tatabahasa10.05.2009
Adakah penggunaan perkataan eko sains sebagai nama khas betul? .Sebagai contoh Taman Eko Sains SK Kundasang.Menurut data kami, rangkai kata yang betul ialah Taman Ekosains SK KundasangLain-lain22.08.2019
Adakah betul penggunaan eko sains yang digunakan sebagai kata nama khas. Sebagai contoh Taman Eko Sains SK Kundasang.Penggunaan yang betul ialah Taman Ekosains SK Kundasang.Ejaan27.08.2019
Selamat sejahtera, Betulkah ayat ini? Abang saya bersekolah sama dengan saya di SK Bukit Baru. Terima kasih.Ayat yang diberi lazimnya diungkapkan dalam bahasa percakapan. Ayat yang gramatis, Saya dan abang saya bersekolah di SK Bukit Baru.Tatabahasa15.09.2016
Tuan/Puan, Saya menulis emel ini bertujuan untuk menyatakan pertanyaan saya tentang kitaran air semula jadi yang terdapat dalam buku teks Sains Tahun 5 SK, m/s 162-163. Saya mendapati isi kandungan yang disampaikan tidak sama dengan buku teks Sains Tahun 5 SJK. Berikut merupakan perbandingan versi SK dan SJK bagi tajuk kitaran air semula jadi: SK Air menyejat menjadi wap air. -> Wap air terkumpul menjadi awan. -> Awan terkondensasi menjadi hujan. SJK Air menyejat menjadi wap air.(Penyejatan) -> Wap air terkondensasi menjadi titisan air.(Kondensasi) -> Titisan terkumpul menjadi awan. -> Titisan air dalam awan menjadi berat dan menurun, maka membentuk hujan. (kerpasan) Saya harap boleh mendapat penerangan yang selanjut atau apa-apa sumber yang boleh dijadikan sebagai rujukan supaya pertanyaan ini dapat diselesaikan, pada masa yang sama juga memberi maklumat yang benar dan tepat kepada murid-murid. Sekian. *Buku teks yang dinyatakan merujuk kepada buku teks KSSRKami mencadangkan pihak puan berhubung terus dengan Bahagian Buku Sekolah, DBP melalui Ketua Bahagian, Puan Hajah Zainah binti Mohd. Azahari melalui talian/e-mel 03-21479550/zainah@dbp.gov.my atau Pegawai Kanan Bahagian Buku Sekolah, Puan Zaiton binti Ismail melalui talian/e-mel 03-21479541/zaiton3@dbp.gov.my.Lain-lain28.01.2015
Bentuk penulisan yang manakah betul bagi contoh di bawah? S.M.K. Seri Setia atau SMK Seri Setia S.K. Taman Midah atau SK Taman MidahBentuk yang betul:

1. SMK Seri Setia
2. SK Taman Midah
Ejaan17.01.2017
Assalamulaikum.. Bagaimana untuk saya mendapatkan senarai kata / istilah untuk Buku Teks Bahasa Melayu Tahun Lima SK? Saya merupakan pelajar peringkat Phd yang sedang membuat kajian berkaitan perkataan / istilah dalam Buku Teks BM Tahun Lima.

Merujuk pertanyaan Khidmat Nasihat Bahasa tentang senarai penggunaan perkataan atau istilah khusus dalam buku teks BM Tahun 5 SK, kami memaklumkan bahawa tiada ketetapan senarai penggunaan perkataan dan istilah khusus dalam pembinaan buku teks tersebut. Hal ini memandangkan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) juga tidak membekalkan senarai perkataan dan istilah tertentu bagi pembinaan buku teks BM SK

Pihak kami mencadangkan saudara untuk merujuk buku teks fizikal bagi mendapatkan perkataan atau istilah yang digunakan. Untuk makluman, buku teks BM dibina daripada beberapa tema, seperti Kesihatan dan Kebersihan, Keselamatan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan, Integriti, dan Pertanian dan Perternakan. Semestinya ada istilah tertentu yang digunakan dalam konteks tersebut. 

Sekian. 

Istilah13.02.2023
Saya adalah guru Perpustakaan & Media di SK Iskandar Perdana. Pada 4 Julai 2013 yang lalu Pusat Sumber sekolah saya telah menjemput Ketua Pengerah Dewan Bahasa dan Pustaka , Datuk Dr Awang B Sariyan datang ke sekolah saya untuk perasmian Pusat Sumber Sekolah. Oleh itu tahun ini saya mewakili pihak sekolah ingin membuat lawatan penanda aras ke DBP ( guru & murid) untuk meluaskan lagi pengetahuan dan mengenali DBP dengan lebih dekat lagi. Bagaimanakah caranya dan prosedur untuk saya membuat lawatan ke sana? Apakah alamat dan pihak yang boleh dihubungi? Terima kasih. Pengurus lawatan: Pn Zurina Bt Ahmad SK Iskandar Perdana, 32610 Seri Iskandar, Perak. Tel: h/p: 0195037796 Tel Sekolah: 05 3711584Berkaitan dengan perkara ini, dengan hormatnya puan boleh menghubungi Encik Azimin bin Daud, Bahagian Komunikasi Korporat DBP melalui talian 03-2147 9485 atau e-mel azimin@dbp.gov.my . Selain itu, puan juga boleh menulis surat kepada Tuan Haji Razali bin Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, Aras 11, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain03.07.2014
12345

Kembali ke atas