Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kep Setiausaha; 2. Id kep Sekretaris Umum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : singkatan bagi bongsu; mak ~ mak bongsu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata SU


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Su Yang Oct 5th, 10:14pm Salam. Sy nak beli buku2 atau cerpen lama karya azizi hj abdullah seperti seorang tua di kaki gunung, karya senjakala..authornya sy agak lupa..mungkin pramoedeya anantoer..bagaimana ya?Buku terbitan DBP boleh dibeli di Kedai Buku DBP atau mana-mana kedai buku di seluruh Negara. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. selain itu, semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com , dan buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my Terima kasihLain-lain05.10.2015
Salam sejahtera. Panggilan keluarga seperti Along, Angah, Pak Long dan Mak Su dikategorikan sebagai frasa nama khas atau frasa nama am? Adakah huruf pertama bagi panggilan-panggilan tersebut perlu ditulis dengan huruf besar? (Contoh: Pak Long, Mak Su) Saya agak keliru kerana terdapat data dalam PRPM yang menggunakan huruf besar serta huruf kecil bagi merujuk panggilan yang sama. (Contoh: mak su, Mak Su) Mohon pencerahan. Terimas kasih.Panggilan keluarga seperti along, angah, pak long dan mak su dikategorikan sebagai kata nama am dan ditulis huruf kecil di tengah ayat dan huruf besar pada permulaan ayat (Along, Angah, Pak long, Mak su). Walau bagaimanapun, panggilan tersebut menjadi kata nama khas apabila bergabung dengan nama individu. Contohnya, Along Ayuni, Angah Athirah, Pak Long Awang dan Mak Su Hamuni.Lain-lain28.06.2019
saya nama Su-i-nee Salaeh sedang belajar Universiti Fatoni kelas dasar ingin bertanyakan: tentang asal usul perkataan''isyarat'' apakah artinya dan contoh ayat terima kasihKata ‘isyarat’ ialah kata pinjaman daripada kata Inggeris. Sila layari prpm.dbp.gov.my/" target="_blank">http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari" untuk mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Makna22.09.2014
Salam sejahtera. Bagaimanakah mengeja perkataan yang mempunyai vokal berganding seperti suis? Dieja [su] + [is] atau dieja sekaligus [suis]? Atau kedua-dua cara mengeja pun betul? Terima kasih.Perkataan suis merupakan dua suku iaitu dieja [su] + [is]. Sebutannya ialah [suis]. Ejaan dan sebutan merupakan perkara yang berbeza.  Sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi- Sebutan- Jawi untuk lebih lanjut.Tatabahasa07.03.2013
Salam sejahtera, Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Nenek baru sampai ke rumah Mak Su dari Kelang. 2. Majlis itu berlangsung sehingga ke tengah malam. Terima kasih.1. Nenek baru sampai ke rumah Mak Su dari Kelang.
2. Majlis itu berlangsung sehingga tengah malam.
Tatabahasa08.05.2017
Dari segi tatabahasa, adakah 'ambil berat' patut dibubuh imbuhan meN- dalam ayat-ayat berikut dalam konteks penulisan? 1) Pak Su ambil berat akan anak-anaknya. 2) Kita patut ambil berat terhadap warga tua. Jika dibubuh imbuhan, adakah kata sendi nama 'akan' dan 'terhadap' perlu digugurkan? (ikut prinsip kata kerja transitif)Ayat yang gramatis ialah "Pak Su mengambil berat perihal anak-anaknya" dan "Kita patut mengambil berat perihal warga tua". Mengambil berat ialah kata majmuk yang bermaksud memberikan perhatian yang istimewa. Manakala dalam konteks kata kerja transitif kata kerja mengambil perlu diikuti langsung oleh objek yang terdiri daripada kata nama seperti "buku" dan "bola" menjadi "mengambil buku" dan "mengambil bola". Kata sendi nama "akan" pula perlu didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Oleh itu, kata sendi nama "akan" digugurkan dalam ayat contoh tersebut.Tatabahasa05.06.2013
Ingin tahu maksud perkataan "takhrij" dan "tahqiq" Terima kasih. SUTakhrij ialah suatu konsep ilmu dalam pengajian hadis, tahkik bermaksud benar atau sahih. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku yang berkaitan dengan pengajian hadis dan sanadnya.Makna04.04.2014
Untuk perkataan vokal bergabung seperti suis, kain, buih.... Adakah ia dikira satu suku kata atau dua suku kata ?Perkataan suis (su.is), kain (ka.in) dan buih (bu.ih) mengandungi dua suku kata.Tatabahasa19.03.2018
anak pertama = anak sulung, boleh dipanggil kak long? anak kedua= boleh dipanggil kak ngah? anak ketiga nak panggil apa? anak keempat boleh dipanggil adik su ( adik bongsu)?Anak ketiga lazimnya dipanggil Alang. Panggilan yang biasa ialah Kak Lang dan  Mak Lang.Makna19.02.2008
Apakah perbezaan perkataan KESUSASTERAAN dengan KESASTERAAN. Apakah kata apitan bagi KESUSASTERAAN dan apakah kata dasar bagi KESUSASTERAAN? Jika Ke...an ialah kata apitan bagi KESUSASTERAAN, apakah maksud 'SU' dalam perkataan tersebut? Minta pencerahan. Terima kasih.Sastera membawa beberapa maksud, antaranya termasuklah bahasa yang digunakan dalam kitab dan sastera juga sama maksudnya dengan kesusasteraan, iaitu hasil karya yang mempunyai ciri-ciri khusus. Untuk melihat makna tersebut, klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sastera+dan+kesusasteraan. Tidak ada maklumat lain termasuklah tentang etimologi kata kesusasteraan dalam pangkalan data kami.Tatabahasa04.08.2014
123

Kembali ke atas