Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Second-hand


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Saya ingin bertanya berkenaan terjemahan terkini untuk frasa "second hand smoke" dalam Bahasa Malaysia. Saya ada terjumpa artikel dalam akhbar yang bertarikh 7 Julai 2020 yang mengguna pakai frasa "asap rokok terpakai". Adakah frasa "asap rokok sekunder" tidak boleh diguna pakai lagi?Padanan istilah tersebut masih kekal seperti yang berikut:

second hand smoke - asap sekunder

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain22.11.2021
Penggunaan terjemahan yang sesuai untuk i. Second Hand Smoke. Bolehkah saya menggunakan Asap Rokok Basi @ Asap Rokok Sekunder? ii. Third Hand Smoke. Bolehkah saya menggunakan sebagai Asap Rokok Tertier? Adakah betul terjemahan yang saya gunakan?Berdasarkan penjelasan tuan, cadangan terjemahan kami berdasarkan konsep yang berkaitan adalah seperti yang berikut:
1. "second hand smoke" = Asap Rokok Sekunder
2. "third hand smoke" = Asap Rokok Tertier
Penyemakan dan penterjemahan04.12.2015
ayat paparan iklan yang sesuai untuk syarikat yang menjual barangan second hand?Kami mencadangkan keterangan iklan yang sesuai ialah "Kedai Barangan Terpakai".Lain-lain02.10.2014
Apakah perkataan bahasa Melayu untuk : 1. secand hand smoke 2. roller coaster Terima kasih1. Second-hand smoke juga dikenali sebagai secondary smoke. Dalam bidang Aeroangkasa, istilah bahasa Melayu untuk secondary smoke ialah asap sekunder. 2. Perkataan "roller-coaster" dikekalkan dan diitalikkan ejaannya dalam bahasa Melayu.Istilah19.04.2018
Assalamualaikum Mohd Ayub dihantar gambar ini dan ingin dapati nasihat DBP samada perkataan 'sekendhend' wujud dalam bahasa kita. Tolong tengok lampiran fail. Sekian Mohd Ayub Bin LadinUntuk makluman tidak ada perkataan "sekendhand" dalam bahasa Melayu. Dalam pangkalan data istilah DBP, istilah bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris second hand  ialah terpakai atau barang terpakai.Istilah01.11.2012

Kembali ke atas