Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sejarah (kata nama)
1. Dalam konteks sastera lama
bersinonim dengan asal usul, salasilah, asal keturunan, susur-galur, asal-usul, surih-surih, titisan darah, silah-silah,

2. Bersinonim dengan peristiwa: kisah, riwayat, tambo, tawarikh, babad, teromba,

Kata Terbitan : bersejarah, mensejarahkan, pensejarahan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
autobiographyautobiografiKesusasteraanTiadaRiwayat hidup pengarangnya sendiri. Autobiografi berlegar pada peristiwa yang dianggap penting dan menarik dalam kehidupan pengarang dan ditulis sendiri oleh pengarangnya secara berterusan. Autobiografi merupakan gabungan renungan dan ingatan pengarang yang kadangkala dibauri oleh imaginasi. Penulisan autobiografi biasanya panjang, iaitu hampir sama dengan memoir. Namun memoir lebih bertumpu pada suatu masa tertentu yang sejajar dengan peristiwa penting yang melibatkan tokoh penting, berbanding autobiografi yang lebih menekankan perkembangan diri penulisnya sendiri. Autobiografi berbeza dengan diari atau jurnal yang rata-ratanya tidak memperlihatkan pengisahan yang berterusan. Diari atau jurnal tidak mempunyai tujuan percetakan untuk bacaan khalayak seperti autobiografi. Bentuk penulisan sebegini telah dikenali terutamanya dalam kesusasteraan lama Mesir, namun istilah autobiografi ini mula digunakan oleh Southey pada tahun 1809. Pada tahap awalnya, autobiografi sering disamaertikan dengan sejarah seperti dalam karya Julius Caesar berjudul Caesar�s Commentaries. Walau bagaimanpun, mulai kurun ke-16, bentuk autobiografi mendapat perhatian ramai, dan mula digunakan secara lumrah. Bentuk autobiografi yang dianggap terawal dihasilkan ialah Confessions oleh St. Augustine (397-399) yang mengisahkan renungannya tentang perkara yang bersifat rohaniah. Contoh lain yang terkenal ialah Grace Abounding To The Chief Of Sinners (1666) oleh John Bunyan. Autobiography oleh Benjamin Franklin (1766), Confessions oleh Jean-Jacques Rousseau (1781,1788), Dichtung und Wahrhett (Puisi dan Kebenaran) (1810-1830) oleh goethe, dan The Prelude (1850) oleh William Wordsworth. Contoh karya autobiografi dalam kesusasteraan Arab ialah Tawq al-Hamamah fi al-Ulfah wa al-Ullaf oleh Ibn Hazm al-andalusi, manakala dalam sastera Turki ialah Boyle Gelmis Boyle Gitmez oleh Aziz Nesin. Dalam kesusasteraan Melayu, terdapat Hikayat Abdullah (1834) oleh Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Contoh lain ialah Sejambak Kenangan oleh A. Samad Ahmad, dan Kenang-kenangan Hidup oleh Hamka. Autobiografi berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �penulisan riwayat hidup sendiri�. Lihat juga bildungsroman, biografi, memoir.

Kembali ke atas