Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
selat
Rujuk :laut

Puisi
 

Buah jering di atas para,
     Diambil budak sambil berlari;
Keringlah laut selat Melaka,
     Barulah saya mungkirkan janji.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SELAT MELAKA

SELAT MELAKA, perairan penting dan laluan utama di antara Timur dengan Barat.  Selat Melaka memisahkan Sumatera dengan Semenanjung Malaysia lebih 600 batu nautika.  Selat ini juga menghubungkan Lautan Hindi dengan Laut China Selatan.  Kelebarannya berbeza-beza dari tiga batu nautika di laluan paling sempit berhampiran Singapura, hingga 300 batu nautika berhampiran jalan masuk di barat laut. Selat Melaka agak cetek dan di jalan masuk di bahagian selatan terdapat banyak pulau kecil  yang dikelilingi oleh terumbu, beting pasir dan arus yang berbahaya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
MUAR

Muar (pend. 400 000), daerah terbesar di

bahagian barat negeri Johor yang menghala ke

Selat Melaka. Bahagian barat dan utara daerah ini

bersempadan dengan Melaka, Negeri Sembilan

dan Pahang. Bahagian pantai Muar bermula dari

Sungai Kesang hingga Sungai Sarang Buaya.

Sungai Muar merupakan sungai yang terbesar

dan mempunyai sejarah tertua di pantai barat

Johor. Terdapat 17 buah mukim di daerah Muar,

iaitu Bandar, Bukit Serampang, Tangkak, Grisek,

Serom, Bukit Kepong, Sungai Raya, Lenga,

Kundang, Kesang, Sungai Terap, Sungai Balang,

Jalan Bakri, Jorak, Parit Jawa, Ayer Hitam dan Seri

Menanti.

UMUM 
ASAHAN

Kerajaan yang terletak berhampiran Sungai Asahan.  Sungai Asahan yang bermula dari Danau Toba, menjadi jalan perhubungan yang penting di antara daerah Batak di Kawasan pedalaman dengan Selat Melaka. 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
BENTANBENTAN, pulau yang terbesar di Kepulauan Riau, terletak di pintu masuk bahagian selatan ke Selat Melaka.  Pulau Bentan dikelilingi oleh batu karang dan sepanjang pantainya mendatar tetapi lebih cerun di bahagian pedalaman hingga mencapai ketinggian 1340 m.  Penduduk Bentan terdiri daripada Orang Laut dan mereka amat penting dalam bidang ekonomi di Sriwijaya, sebuah entrepot sekitar abad ke-7 M. Sebagai entrepot, Sriwijaya bertindak menghantar hasil-hasil laut ke pasaran Sriwijaya, mengawal jalan-jalan kapal daripada lanun dan menyediakan nakhoda dan pengemudi untuk kumpulan armada laut.  Pada abad ke-13, kejatuhan kerajaan Sriwijaya menjadikan Bentan lebih bebas.  Pada tahun 1323, Bentan menghantar dutanya ke China.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PULAU PANGKORPULAU PANGKOR, pulau jajahan negeri Perak yang terletak di Selat Melaka. Di pulau inilah termeterainya satu perjanjian yang dikenal dalam sejarah Malaysia sebagai Perjanjian Pangkor (1874). Perjanjian itu menandakan bermulanya campur tangan pihak British dalam pentadbiran dan pemerintahan negeri Perak.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PERAK

PERAK, negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia, terletak di antara garisan bujur 10030’

Timur dan 10145’ Timur dan di antara garisan lintang 340’ Utara dan 550’ Utara. Perak di

sempadani oleh Selangor di selatan; Pahang dan Kelantan di timur; Kedah, Pulau Pinang dan

Thailand di utara; dan Selat Melaka di baratnya. Luas Perak ialah lebih kurang 21 005 kilometer

persegi, termasuklah sebahagian besar dataran pantai barat. Sungai Perak yang menjadi fokus

perkembangan penghidupan mengalir sejauh 406 kilometer ke selatan dan membelah Banjaran

Keledang di timur dan Banjaran Bintang di barat sebelum meliku ke barat di Teluk Intan dan

bermuara di Selat Melaka.

UMUM 
PULAU KARIMUNPULAU KARIMUN, kepulauan di dalam kerajaan Johor-Riau pada abad ke-19. kepulauan ini terletak di Selatan Selat Melaka. Kepulauan Karimun iaitu Karimun Besar dan Karimun Kecil merupakan sebahagian daripada beberapa buah pulau besar dan pulau kecil. Pantai utara Pulau Karimun Besar jelas menganjur ke laut, manakala pantai barat dan selatan dikelilingi batu dan batu karang. Bahagian utara pulau agak bergunung-ganang dengan Gunung Jantan merupakan kemuncak tertinggi. Tanah-tanih di Pulau Karimun Kecil terdiri daripada granit, pasir dan tanah liat, tetapi subur.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
DIALEK MELAYU MALUKUDIALEK MELAYU MALUKU, dialek yang dituturkan di Kepulauan Maluku, Indonesia, yang terletak lebih kurang 3000 km dari Selat Melaka. Dialek ini berasal daripada ragam Melayu yang diketahui sudah digunakan pada awal abad ke-16, apabila orang Barat tiba di kepulauan tersebut.BAHASABahasa
JAMBI

JAMBI, ibu kota dan pelabuhan utama kerajaan Malayu (Suwarnabhumi) pada abad ke-7 M., ketika keagungan kerajaan Sriwijaya.  Kedudukannya yang menghala ke Selat Melaka dan Laut Cina Selatan menyebabkan kapal-kapal dari China, India dan Kepulauan Melayu mudah singgah di sini bagi mendapatkan bekalan dan perkhidmatan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
BANDAR MELAKA

BANDAR MELAKA, terletak pada garis lintang 2  11’U dan garis bujur 102  15’T, di muara Sungai Melaka, di pinggir pantai Selat Melaka. Kini bandar Melaka merupakan sebuah mukim yang tersendiri dalam daerah Melaka Tengah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
123

Kembali ke atas