Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Semenanjung Malaysia


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ISLAM DI SEMENANJUNG MALAYSIA

ISLAM DI SEMENANJUNG MALAYSIA, perkembangan agam Islam di Semenanjung Malaysia yang bermula pada abad ke-12. Islam di Semenanjung Malaysia tidak terpisah daripada perkembangan Islam di Alam Melayu baik dari segi sejarah mahupun gerakannya. Bukti kedatangan Islam di Sumatera Utara sejak tahun 1113 melalui mubaligh Abdullah Arif seperti mana yang tercatat dalam Hikayat Aceh, merupakan rentetan kedatangan Islam ke Pasai pada tahun 1292. Sumber China pula mencatakan dua utusan Pasai bernama Hassan dan Sulaiman yang bertaraf menteri beragama Islam dihantar ke negeri China. Rentetan seterusnya membuktikan Islam di Semenanjung Malaysia berlaku sebelum tahun 1303 (702 H.) sebagaimana terbukti pada Batu Bersurat Terengganu dan beberapa tempat yang lain di Alam Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN SEMENANJUNG MALAYSIA

PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN SEMENANJUNG MALAYSIA, pertubuhan yang membolehkan kaum wanita bergiat cergas dalam kegiatan kebajikan dan memajukan masyarakat. Pertubuhan ini juga dikenali sebagai Women’s Institute (WI). Pertubuhan ini telah diasaskan oleh isteri Pesuruhjaya Tinggi British, Lady Templer, pada tahun 1952. Ia merupakan satu-satunya pertubuhan yang ahli-ahlinya terbuka kepada wanita yang berumur 15 tahun ke atas dan semua bangsa dan agama dan tidak bersifat politik. Pejabat WI terletak di No. 2, Jalan Lembah 5/2, Off Jalan Gasing, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
PAHANG

Pahang (pend. 1 350 200), negeri yang terbesar di

Semenanjung Malaysia. Keluasannya ialah 35 965

kilometer persegi. Pahang terletak di pantai timur

semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan

Johor di sebelah selatan, Selangor dan Perak di

sebelah barat, dan Terengganu di sebelah utara.

Manakala di sebelah timurnya ialah Laut China

Selatan. Ibu negeri Pahang ialah Kuantan. Pekan ialah

bandar diraja. Sungai Pahang merupakan sungai

terpanjang di Semenanjung Malaysia.

UMUM 
PULAU PINANG

Pulau Pinang (pend. 1 750 100), negeri yang

terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia.

Negeri ini terdiri daripada pulau yang dikenali

sebagai Pulau Pinang yang meliputi kawasan seluas

lebih kurang 285 kilometer persegi, dan sebidang

tanah yang memanjang (terletak di tanah besar

Semenanjung Malaysia) dikenali sebagai Seberang

Perai, seluas 760 kilometer persegi. Kedua-dua

kawasan ini terpisah oleh selat berukuran tiga

kilometer hingga lapan kilometer lebar.

UMUM 
PERAK

PERAK, negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia, terletak di antara garisan bujur 10030’

Timur dan 10145’ Timur dan di antara garisan lintang 340’ Utara dan 550’ Utara. Perak di

sempadani oleh Selangor di selatan; Pahang dan Kelantan di timur; Kedah, Pulau Pinang dan

Thailand di utara; dan Selat Melaka di baratnya. Luas Perak ialah lebih kurang 21 005 kilometer

persegi, termasuklah sebahagian besar dataran pantai barat. Sungai Perak yang menjadi fokus

perkembangan penghidupan mengalir sejauh 406 kilometer ke selatan dan membelah Banjaran

Keledang di timur dan Banjaran Bintang di barat sebelum meliku ke barat di Teluk Intan dan

bermuara di Selat Melaka.

UMUM 
PERLIS

Perlis , negeri terkecil yang terletak di utara

Semenanjung Malaysia. Negeri Perlis pada

asalnya adalah salah sebuah jajahan Kesultanan

Kedah. Ketika itu Perlis disempadani oleh Setul

(Thailand), Songkhla ( Thailand) dan Kubang Pasu

(Kedah). Perlis adalah sebuah negeri pertanian

UMUM 
TERENGGANU

Terengganu ialah negeri yang terletak di pantai

timur Semenanjung Malaysia. Negeri ini

bersempadan dengan negeri Kelantan dan Pahang.

Sempadan di bahagian timurnya ialah Laut China

Selatan, manakala sempadan di bahagian selatan

ialah negeri Pahang. Pantainya sepanjang lebih

kurang 225 kilometer menghadap Laut China

Selatan dari Besut di utara hingga ke Kemaman di

selatan. Terdapat tujuh daerah di Terengganu iaitu

Besut, Dungun, Kemaman, Marang, Hulu

Terengganu, Kuala Terengganu, dan Setiu.

UMUM 
KEDAH

Kedah (pend. 1 308 400), negeri di utara

Semenanjung Malaysia. Ia juga dikenali sebagai

“negeri jelapang padi”. Kedah terdiri daripada 11

daerah dan 132 mukim.

UMUM 
SELANGOR

Selangor (pend. 2 289 236) ialah negeri yang

terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia,

keluasannya 8200 kilometer persegi, berada di

antara garisan lintang 3 ° 40’ dan 2 ° 30’ utara. Ibu

negerinya Shah Alam sementara bandar diraja ialah

Kelang yang terletak di bahagian barat negeri itu.

Shah Alam menjadi ibu negeri Selangor dan pusat

pentadbiran pada tahun 1980 setelah mengalami

perubahan pesat baik dari segi infrastruktur

mahupun kependudukan. Ini disebabkan kawasan

Shah Alam lebih luas dan mempunyai perancangan

bandar moden yang lebih sistematik. Shah Alam

semakin berkembang dengan mempunyai beberapa

buah hotel mewah dan kawasan perindustrian dan

pelancongan.

UMUM 
MELAKA

Melaka (pend. 504 500) ialah sebuah negeri yang

terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan

bersempadan dengan Negeri Sembilan dan Johor.

Melaka terdiri daripada tiga daerah, iaitu Alor Gajah,

Melaka Tengah dan Jasin. Negeri ini mempunyai

keluasan 1159 kilometer persegi dan terletak di

garisan lintang 2 0 11’ Utara, dan garisan bujur 102 0

15’ Timur.

UMUM 
12345678

Kembali ke atas