Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Semenanjung Malaysia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
heritage coastpersisiran warisanPelanconganTiadaKawasan persisiran pantai yang menjadi lambang sesuatu budaya. Contohnya, pantai timur Semenanjung Malaysia menjadi lambang budaya Melayu.
faunafaunaBiologiEkologiSemua jenis haiwan yang terdapat di sesuatu kawasan, termasuk haiwan yang kecil dan besar, misalnya fauna bagi Semenanjung Malaysia ialah semua jenis haiwan yang terdapat di negara tersebut.
cocoa pod borerpengorek lenggai kokoBiologiEntomologiSerangga perosak yang menyerang tanaman koko. Serangga ini pertama kali dikesan di Sabah pada tahun 1980 dan di Semenanjung Malaysia pada tahun 1986.
codominantkodominanBiologiEkologiKeadaan apabila satu spesies atau lebih sam-sama menjadi dominan dalam satu komuniti tumbuhan, misalnya famili mempening, Lauraceae, dan berangan, Fagaceae yang sama-sama dominan dalam hutan pergunungan bawah di Semenanjung Malaysia.
paleobotanypaleobotaniArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTumbuh-tumbuhan pada zaman lampau yang ditemui di dalam tapak arkeologi seperti debunga. Tumbuh-tumbuhan ini dijadikan bukti pemakanan dan pengaruh persekitaran kehidupan masyarakat pada zaman itu. Di Semenanjung Malaysia, debunga kekacang berusia sekitar 10 000 tahun, ditemui di Gunung Senyum (Pahang), manakala debunga Oryza Satiya berusia 2500 tahun ditemui di Gua Sireh (Sarawak), di Kuala Selinsing (Perak) berusia 2200 tahun serta di Gua Cha (Kelantan) pula berusia sekitar 930 tahun.
mixed tidepasang surut campuranSains MarinTiadaAras air pasang dan air surut yang mempunyai perbezaan ketara, berlaku dua kali pasang dan dua kali surut dalam sehari dan boleh bertukar menjadi pasang surut jenis harian. Keadaan ini berlaku di perairan Semenanjung Malaysia.
bungkaubungkauMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipetik. Bungkau mempunyai pelidah yang dipasang pada rangka yang dipetik. Alat ini dimainkan dengan meletakkannya pada bibir pemain dan seterusnya rangka dipetik. Pelidahnya akan bergetar dan mulut pemain berfungsi sebagai alat bergaung. Bungkau juga dimainkan sebagai alat soIo oleh beberapa suku kaum asli di Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Alat muzik ini dikenali sebagai bungkau di Sabah, ruding dan junggon di Sarawak serta ranggong di Semenanjung Malaysia.

begutbegutMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon yang berflut. Begut diperbuat daripada buluh dan mempunyai tiga tubang jari yang ditiup di sisi. Flut ini menghasilkan lagu yang meniru bunyi burung. Begut dimainkan oleh orang asli suku kaum Jah Hut di Semenanjung Malaysia.

rebana hadrahrebana hadrahMuzikTiada

 1. Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram yang berbingkai. Dram berbingkai yang serupa dengan rebana bersaiz sederhana dan besar. Rebana hadrah dimainkan dalam orkestra teater hadrah di pantai barat dan utara Semenanjung Malaysia. Lihat juga rebana.

2. Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram yang berbingkai. Dram berbingkai sempit dengan piring logam kecil yang dilekatkan pada bingkai tersebut. Rebana ini mempunyai satu muka ku­lit dan dipegang secara menegak dengan sebelah tangan pemain. Sementara sebelah tangan lagi memukul rebana tersebut. Piring logam tersebut akan menghasilkan bunyi apabila muka kulit dipukul. Alat muzik ini menghasilkan rentak tertentu untuk mengiringi nyanyian zikir di kawasan pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia. Di pantai timur Semenanjung Malaysia, rebana yang berbentuk bingkai lebar berserta piling logam dikenali sebagai rebana kercing atau tar. Sinonim rebana kercing.

tartarMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Tar berasal dari Timur Tengah dan di-bawa ke Tanah Melayu oleh pedagang Arab. Alat muzik ini menyerupai alat muzik rebana hadrah yang juga dikenali se­bagai rebana kercing di pantai timur Semenanjung Malaysia. Tar dimainkan dalam ensembel bagi mengiringi teater rodat di Terengganu. Lihat juga rebana hadrah.

1234

Kembali ke atas