Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Senegal


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SENEGAL

Senegal ialah negara di pantai barat laut Afrika.

Ia terletak di hujung bonjolan besar di utara

Afrika yang menganjur ke arah barat menghala ke

Lautan Atlantik. Ia menganjur lebih jauh ke barat

daripada negara-negara lain di tanah Besar Afrika.

UMUM 
DAKAR

Dakar (pend. 978 523), ibu negara dan bandar

terbesar di Senegal dan bandar yang paling

jauh di barat bahagian tanah besar Afrika. Dakar

merupakan pelabuhan utama Senegal dan menjadi

pusat perindustrian dan pengangkutan yang

penting.

UMUM 
SENGHOR, LÉOPOLD SÉDAR

Senghor, Léopold Sédar (1906–2001) ialah

Presiden Senegal dari tahun 1960 hingga tahun

1981. Dia juga terkenal kerana puisi dan karyanya

tentang politik, budaya, dan masyarakat.

UMUM 
SERVAL

Serval ialah kucing liar yang besar yang hidup di

Afrika, dari Tanjung Harapan ke utara hingga ke

Senegal dan Sudan. Serval jantan panjangnya dari

90 sentimeter hingga 120 sentimeter dan

tingginya 45 sentimeter hingga 60 sentimeter

pada paras bahu. Ia mempunyai ekor sepanjang

30 sentimeter dan telinga yang besar.

UMUM 
SAHEL

Sahel ialah kawasan padang rumput kering di

Afrika. Sahel terletak di bahagian selatan Sahara,

dan merentangi sebahagian besar negara Senegal,

Mauritania, Mali, Burkina Faso, Niger, Nigeria, Chad

dan Sudan. Sesetengah ahli geografi juga mengambil

kira kawasan kering Ethiopia, Kenya dan Somalia

sebagai sebahagian daripada Sahel. Kemarau yang

teruk telah beberapa kali melanda Sahel. Kawasan itu

menjadi terlalu kering semenjak tahun 1968. Berjutajuta

penduduk di Sahel mati kerana tanaman musnah

disebabkan oleh kemarau.

UMUM 

Kembali ke atas