euro | (unit) mata wang tunggal yg digunakan di negara anggota Kesatuan Eropah, antaranya Perancis, Jerman, Sepanyol, Itali, Portugal, Austria, Finland dan Greece | Kamus Dewan Perdana |
El Salvador | negara republik di Amerika Tengah, berhampiran pesisir Lautan Pasifik, yg pantainya bertanah rendah tetapi berpenara di bahagian tengahnya. Negara ini merdeka drp Sepanyol pd tahun 1841, dan menjadi republik pd tahun 1856 | Kamus Dewan Perdana |
Ecuador | negara republik yg terletak di Amerika Selatan, tanahnya meliputi dataran pantai Lautan Pasifik dan dipisahkan oleh banjaran dan penara pergunungan Andes yg terdiri drp hutan lembah Amazon. Negara ini merdeka drp Sepanyol pd tahun 1822 dan menjadi republik pd tahun 1830 | Kamus Dewan Perdana |