Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Serbia


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SERBIA

Serbia ialah salah satu daripada dua republik

Yugoslavia, selain Montenegro. Pada tahun 1918,

Serbia menjadi sebahagian daripada kerajaan

Serb, Croat dan Slovene, yang kemudiannya

dinamakan Yugoslavia. Pada tahun 1946, Yugoslavia

menjadi sebuah negara persekutuan yang terdiri

daripada enam republik dan Serbia ialah republik

yang terbesar antara kesemuanya. Pada tahun 1991

dan tahun 1992, empat daripada republik itu, iaitu

Slovenia , Croatia, Macedonia, dan republik Bosnia-

Herzegovina telah mengisytiharkan kemerdekaan

mereka. Pada bulan April 1992, Serbia dan

Montenegro membentuk sebuah Yugoslavia yang

baharu dan lebih kecil.

UMUM 
PETER I

Peter I (1844–1921), raja Serbia, memerintah dari

tahun 1903 hingga tahun 1921. Selepas

kemangkatan ayahandanya, Putera Alexander, Peter

menjadi ketua dinasti Karageorgevic. Baginda

menjadi raja apabila raja Serbia yang juga bernama

Alexander dibunuh.

UMUM 
MILOSEVIC, SLOBODAN

Milosevic, Slobodan (1941– ), menjadi

Presiden Serbia, salah sebuah republik yang

membentuk Yugoslavia pada tahun 1989. Dia telah

dilantik semula pada tahun 1990 dan tahun 1992.

Milosevic menjadi terkenal kerana semangat

kebangsaannya yang melampau. Pada tahun 1990, dia

telah menghapuskan kuasa pemerintahan sendiri

yang dipegang oleh orang-orang Serbia di wilayah

Kosovo dan Vojvodina.

UMUM 
MONTENEGRO

Montenegro ialah salah sebuah daripada dua

republik di Yugoslavia. Yang satu lagi ialah Serbia.

Pada tahun 1918, Montenegro menjadi sebahagian

daripada kerajaan Serb, Croat, dan Slovena yang

kemudian dinamakan Yugoslavia. Pada tahun 1946,

Yugoslavia disusun semula sebagai sebuah negara

persekutuan yang terdiri daripada enam buah

republik. Di antara bulan Jun 1991 dan bulan

Mac 1992, empat daripadanya, iaitu Bosnia-

Herzegovina (juga dinamakan Bosnia dan

Hercegovina), Croatia, Macedonia dan Slovenia

mengisytiharkan kemerdekaan mereka. Pada bulan

April 1992, Montenegro bersatu dengan Serbia

untuk membentuk sebuah negara Yugoslavia baru

yang lebih kecil.

UMUM 
PUPIN, MICHAEL IDVORSKY

Pupin, Michael Idvorsky (1858–1935) ialah

jurutera elektrik, pendidik, dan pereka cipta

Serbia-Amerika.

UMUM 

Kembali ke atas